web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Lepas Gian Pergi ‘Gig’? Baca Ini Sekarang

Jangan biarkan hujung minggu anda kebosanan. Berikut kami senaraikan acara 'gig' anak muda di sekitar Kuala Lumpur!

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 5:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak pandemik ini, ramailah yang kongsikan video lama-lama mengenang zaman semua orang masih dibolehkan berkumpul dan menghadiri konsert. 

Lama sudah aktiviti seperti ini dibekukan oleh kerajaan sejak gelombang kedua COVID-19 dalam negara kita.

Memandangkan acara keramaian sudah pun diizinkan, berikut kami kumpulkan antara acara yang anda boleh hadiri. Sudah tentulah ia dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.

Transitions x Servants

Kalau anda mahu duduk rumah sahaja minggu ini, tak ada masalah. Anda masih boleh layan gig online yang bakal diadakan 20 Mac ini. Lagu-lagu yang dibawakan oleh band Transitions dan Servants ini pula bertemakan emo post-hardcore. Sesuailah untuk anda yang tengah berada dalam mood sedih belakangan ini. 

Acara: Transitions x Servants

Lokasi: ANGKASA Event Space

Tarikh: 20 Mac 2021, 9 malam

 

Santai Malam

Tak berminat dengan lagu-lagu syahdu? Tak ada masalah! Apa kata anda sertai Santai Malam yang dibarisi band anak muda berbakat dari dalam dan luar negara bermula 15 Mac sehingga 10 April ini. Memandangkan ia disiarkan secara langsung di Instagram, anda boleh menonton acara meriah ini sambil memakai baju tidur.

Acara: Santai Malam

Lokasi: Atas talian

Tarikh: 15 Mac- 10 April 2021

 

Pelancaran Album PopKonspirasy

Nampaknya ada juga band yang tidak melepaskan peluang untuk meluncurkan album mereka. Tahniah untuk band Popkonspirasy! Tengah-tengah pandemik ini pun masih ligat berkarya. Walaupun tiket dah habis terjual, kami tetap kongsikan maklumatnya. Turut membuat persembahan ialah Iqbal, Bonafides, Orkes A. Hizadin.

Acara: PopKonspirasy

Lokasi: ANGKASA Event Space

Tarikh: 3 April 2021

 

Gig It Jiwa

Nampaknya Revolution Stage telah membuka pintu acara mereka dengan menganjurkan 'Gig It Jiwa' yang berlangsung selama 10 minggu di atas talian! Dengan harga tiket RM15, anda juga telah menyumbang derma melalui tabung Projek Bangkit Fundraising. Antara artis yang bakal membuat persembahan seperti Mafidz dan Khal Isyraf.

Acara: Gig It Jiwa

Lokasi: Atas talian

Tarikh: Bermula 20 Mac 2021

 

Lepas Gian

Nampaknya kawasan acara terkenal ANGKASA di Cheras telah membuka pintu mereka mulai bulan ini. Gig Lepas Gian dibahagiakan kepada dua sesi iaitu A dan B. Bagi sesi A, antara band tempatan yang akan memeriahkan hari anda ialah Airwaves on Fire, Here Comes July dan Empty Page. Manakala untuk sesi B, antara band yang membuat persembahan ialah The Fridays, Pasca Sini dan Patriots. Anda boleh membeli tiket di nombor 017-2031240.

Acara: Lepas Gian

Lokasi: ANGKASA Event Space

Tarikh: 27 Mac 2021

 

Lepas Gian Couple & Skudap Skudip

Kebetulan, ada dua gig dengan nama yang sama. Kepada peminat band Couple dan Skudap Skudip, jangan lupa tandakan kalendar anda pada 28 Mac ini pada jam 8:30 malam. Bertempat di ANGKASA, Cheras, anda boleh menikmati gig norma baharu ini dengan harga tiket serendah RM30 sahaja. 

Acara: Lepas Gian Couple & Skudap Skudip

Lokasi: ANGKASA Event Space

Tarikh: 28 Mac 2021

- Getaran, 19 Mac 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN