web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘New World’ Taruhan Terbaharu Mystical Mirage 

Mystical Mirage mampu pergi lebih jauh dengan tema muzik baharu mereka. 

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 5:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah memperkenalkan diri dengan single ‘Blind’ kepada lapangan muzik indie dua tahun lalu, kumpulan Mystical Mirage kini kembali dengan single terbaharu mereka berjudul ‘New World’.

Untuk pengetahuan semua, kumpulan rock alternatif yang mempunyai nuansa elektro ini sudah wujud dalam industri muzik tanah air lebih sedekad. Mystical Mirage pada asalnya ditubuhkan sebagai projek muzik sampingan Ken (vokalis) dan Jimmy (gitaris) bagi menyertai pertandingan di universiti. 

Selepas menamatkan pengajian, kumpulan ini turut disertai Aaron selaku pemain gitar, Daniel (bass) dan Jared (dram) sebagai ahli tetap. Nampaknya takdir telah menentukan bahawa mereka serasi bersama sehinggalah hari ini. 

“Lagu ini seolah-olah memberi peringatan buat kita untuk melupakan perkara yang lalu dan harus pandang ke hadapan walau apapun yang terjadi.

“Ini adalah lagu pertama yang kami tulis di mana kami dapat melihat hala tuju sebagai sebuah kumpulan. Setelah sekian lama mencari identiti, kami sangat gembira dengan hasil kali ini,” kata Ken.

Penulis berasa Mystical Mirage mengetahui apa yang mereka ingin sampaikan dalam komposisi muzik terbaharu ini. Petikan gitar pada permulaan single ini cukup menenangkan hingga membuai perasaan penulis. Alunan vokal yang merdu beserta dengan latar muzik meletakkan ‘New World’ dalam list muzik kegemaran penulis. 

Kumpulan ini dikenali dalam beberapa acara yang melibatkan Anime, Comics dan Games (AGC) malah pernah berpeluang menjadi pembuka persembahan buat artis antarabangsa seperti HaKu, Fhana, Mindaryn serta Earthbound Papas. 

Tambahan pula, mereka juga pernah melancarkan beberapa lagu rendisi seperti ‘Nandemonaiya’ daripada filem Your Name. Lagu rendisi tersebut telah menarik perhatian ramai peminat Anime dan berjaya meraih lebih 300,000 penstriman di Spotify.

Kumpulan ini juga sempat berkongsi bahawa mereka bakal melancarkan album pertama tidak lama lagi. 

“Kami memastikan bahawa album akan datang mempunyai nuansa muzik yang segar dan berbeza daripada karya-karya terdahulu. Album ini menjadi titik permulaan arah baharu kami selepas bertahun bereksperimen dengan pelbagai bunyi. 

“Selepas kejayaan konsert jelajah kami di Taiwan pada 2019, kami mengeluarkan single berjudul ‘Blind’ di pelantar penstriman sebagai pivot untuk menerokai bunyi dan elemen yang lebih baharu.

‘New World’ sebenarnya merupakan lanjutan single tersebut tetapi pelancarannya ditangguhkan disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia.

“Oleh sebab lockdown, kami terpaksa merakamkan bahagian masing-masing secara sendiri di rumah. Rakaman ini melalui banyak fasa semakan untuk mendapatkan kepuasan bunyi semua ahli kumpulan,” jelas Ken. 

Mystical Mirage kini menumpukan perhatian untuk menulis material baharu dengan bunyi yang lebih segar. Mereka berharap agar mendapatkan permulaan yang baik dalam menembusi persada Muzik Malaysia.

‘New World’ boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 21 Januari 2022

Gambar: Mystical Mirage 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN