Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Pencabul Dilarang Masuk’ Penganjur, Penggiat Gig Kecam Gangguan Seksual

Penganjur konsert turut bersatu mengetengahkan perkara ini malah mengambil tindakan lanjut untuk mengenal pasti pemangsa dan mengharamkan mereka daripada menghadiri mana-mana gig.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 9:17AM

Ilustrasi: Instagram @mayangazlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah berbuih mulut membicarakan tentang hal gangguan seksual yang kini makin menjadi-jadi.

Adakah masyarakat Malaysia tidak tahu bahawa menyentuh tanpa keizinan adalah salah satu bentuk gangguan seksual? Bagaimana agaknya perasaan pemangsa sekiranya semua ini berlaku kepada anak atau saudara perempuan sendiri?

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, tiada siapa patut diraba atau dilemparkan kata-kata jijik dan menakutkan seperti ugutan rogol serta kecaman.

Kita sebagai generasi muda harus bertindak dengan lebih baik dan tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa perkara ini boleh mengakibatkan kecelaruan pada mental mangsa dalam jangka masa yang panjang.

Hal ini tambah membimbangkan berikutan kes gangguan seksual yang berlaku di beberapa gig muzik indie yang tular baru-baru ini. Namun, reaksi ramai penggiat muzik mengecam isu ini adalah sesuatu yang baik.

Bukan itu sahaja, para penganjur konsert dan acara turut bersatu mengetengahkan perkara ini malah mengambil tindakan lanjut untuk mengenal pasti pemangsa dan mengharamkan mereka daripada menghadiri mana-mana gig.

“Kelebihan fizikal yang ada pada kaum lelaki sepatutnya bukan untuk menakutkan atau membahayakan wanita. Ia patut digunakan untuk melindungi dan memastikan keselamatan mereka.

“Sebagai seorang lelaki dan penganjur gig muzik indie, perkara negatif seperti hal gangguan seksual tidak boleh dipandang ringan.

“Gig muzik adalah satu platform untuk menampilkan bakat-bakat tanah air kepada orang ramai dan tidak boleh disalahgunakan sebagai satu tempat untuk melakukan perkara yang tidak senonoh ini.

“Penonton persembahan datang bukan untuk diraba tapi untuk melihat kugiran-kugiran kegemaran mereka serta menghayati lirik yang dipersembahkan. Situasi sebegini akan mewujudkan satu suasana yang negatif dan tidak selamat. 

“Jadi kami sekeras-kerasnya menentang hal ini sama seperti penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan nama scene indie. Kita perlu menjadi contoh dan mengubah cara pemikiran komuniti kita untuk menjadi lebih baik,” kata Gob Ahmad, koordinator acara Pesta Luas ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut, Arif Bam, salah seorang penganjur gig di Malaysia turut berkongsi pendapat yang sama.

“Bagi saya gangguan seksual tidak patut terjadi dalam masyarakat kita. Tak kisahlah di mana-mana pun. 

“Walaupun kami berusaha untuk menghentikan benda-benda ini daripada terjadi, masih ada yang terlepas dan melakukannya.

“Sebagai penganjur, kita tak boleh kawal setiap orang dalam lokasi tersebut. Dalam acara awam, apa yang kita boleh buat adalah untuk mendidik dan memberi peringatan. 

“Kami harap semua orang dapat memberi kerjasama dan menghormati satu sama lain. Yang paling penting, kepada mangsa, jika kejadian ini berlaku kepada anda, maklumkan kepada kami segera supaya kami dapat mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Apa yang lebih menakjubkan, ada juga penggiat seni yang mengambil langkah untuk menghasilkan imej dan video yang bertindak sebagai  'isyarat penggera keselamatan' sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Imej dan video oleh Sectionxsection yang boleh dimuat turun laman sectionxsection.gumroad.com/l/gigalarmpacks
Imej dan video oleh Sectionxsection yang boleh dimuat turun laman sectionxsection.gumroad.com/l/gigalarmpacks

Menerusi hantaran Instagram dan Twitter, penggerak indie, Sectionxsection berkongsi, “Kami menentang sekeras-kerasnya tindakan gangguan seksual di konsert. Sekiranya anda terlibat atau terlihat kejadian yang menjijikkan ini, tolong pancarkan isyarat ini agar pihak penganjur dapat menangkap pelaku tersebut.”

Warganet dan para penggiat seni juga turut berkongsi kemarahan dan pendapat mengenai isu tersebut. Mereka juga menghasilkan poster-poster bagi meningkatkan kesedaran awam tentangnya. 

Mayang Azlan yang juga seorang artis menerusi hantaran Instagram mengingatkan para pengunjung konsert untuk menjaga adab agar para penonton wanita berasa selamat.

Bukan itu sahaja, menerusi akaun Twitternya, pemuzik, Muhammad Alwee Mohamad Ali ada membongkar kes gangguan seksual yang perlu dibincangkan secara serius. 

“Pertama sekali, kita perlu mendidik dan terus meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu mengenai gangguan seksual. Tapi itulah, bila kita bercakap tentangnya, ada sesetengah pihak yang menyindir atau memperlekehkan perbualan tersebut.

“Kaum lelaki mahupun perempuan perlu menyedari bahawa gangguan seksual termasuk lawak seksual adalah satu perkara yang amat serius. Ia menyebabkan ketidakselesaan dan trauma terhadap seseorang bahkan boleh membuat mereka menghadapi masalah mental. 

“Kita perlu ubah stigma yang wujud. Mungkin sebab kita sudah terbiasa dengan perkara ini dari zaman dahulu, ia menjadi sesuatu yang dipandang mudah. Isu ini bukan gurauan,” katanya.

Menurut Nurlizawati Mat Sokhir, peminat scene indie, masyarakat dan komuniti perlu bersifat terbuka untuk menerima pandangan atau sebarang idea untuk menjadikan pendidikan perihal ini lebih mudah dan efisien. 

“Saya menyedari bahawa orang kita ada bersikap ‘defensive’ bila kita cuba mengajar mereka tentang isu-isu ini. Malah akan menggunakan kad atau sentimen agama seolah-olah wanita ini mempunyai kedudukan yang berbeza dalam masyarakat kita. Wanita juga manusia. Tiada beza. 

“Perempuan berhak menghadiri dan menganjurkan apa-apa jenis hiburan tanpa perlu ada sebarang diskriminasi terhadap mereka,” katanya mengakhiri temu ramah. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran