Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bikin 'Scene': Farmasi Baharu Tahun 2021

Belakang parang kalau diasah tajam juga. Pandemik sejak tahun lalu tidak menghalang anak-anak indie tempatan untuk terus berkarya.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2021 11:56AM

Gambar: Skyler Gerald, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau ditanya pendapat aku tentang kesejahteraan scene indie di Malaysia pasca 2020, jawapan aku ada dua. Dari segi kebajikan, kewangan, dan ketahanan mental - semua anak indie diuji dan pastinya merasa keperitan. Tapi kalau dilihat dari sudut produktiviti dan impak dari karya yang dihasilkan, sejujurnya aku sangat teruja.

Semestinya berkarya merupakan coping mechanism buat orang seni, tapi buat anak-anak indie ‘susah’ atau ‘struggle’ itu bukanlah perkara yang baharu. Namun, aku tetap bersimpati dan memahami. Tak semua masih ‘mampu’ berkarya ketika ini. Bak kata ‘mereka’, 'art is not a necessity.' Dengan itu, ramailah anak indie yang terpaksa berhenti. Namun masih ada yang terinspirasi dan kekal produktif. Dan kepada mereka, aku tabik hormat. Ini kerana ketika menghadapi cabaran dan kesusahan seperti yang kita semua sedang lalui sekarang, nilai sebenar suatu karya seni itu semakin terserlah-- sebagai penenang jiwa, pembangkit semangat dan peneman hati. 

Kalau seni itu ubat, maka pada tahun 2020, anak-anak indie Malaysia telah membuka farmasi yang sangat hebat. Dan pada bulan pertama di tahun baharu ini, aku dengan bangga melaporkan farmasi indie Malaysia kekal dibuka dan masih aktif memperkenalkan vitamin-vitamin yang baharu (bahagian vaksin kita letakkan kepada mereka yang lebih mengetahui). 

Tepat jam 12 tengah malam, 1 Januari 2021, terdapat tiga tayangan perdana video muzik karya indie yang aku tahu (mungkin ada lebih lagi). Pertama The Rudean, sebuah kugiran glam rock and roll dengan video muzik 'Kerja Gila' arahan Fiqbob. Lagunya mempunyai retro feel dengan bunyian horns section yang menambah tenaga dan perisa. Video muziknya pula, aku beri markah bonus untuk shots dan lokasi yang menarik serta effort yang bagus untuk menyampaikan jalan cerita. 

Video muzik seterusnya adalah untuk lagu 'Cuba Kamu' oleh Rudeen menampilkan B-Heart, arahan Ekram Khalid (Sailang Visuals). Bagi aku dari segi lagu dan video, mereka berjaya menghasilkan sebuah kolaborasi yang bukan sahaja berjaya menunjukkan kekuatan masing-masing sebagai individu, malah tetap memberi impak sebagai sebuah karya kolektif. Apa yang disampaikan mempunyai perisa yang dark dan edgy tanpa terlalu mencuba. Tak terlebih garam, tidak terkurang gula.

Akhir sekali, video muzik 'Janji Manis' untuk kugiran Masdo. Walaupun lagu ini telah mendapat sentuhan dan cop mohor dari Abbey Road Studios (lagunya memang sedap), apa yang lebih menarik perhatian adalah karya Pert Doherty yang bagi aku telah meletakkan penanda aras baharu untuk video muzik animasi di Malaysia. Bukan setakat animasi yang smooth, malahan ia menarik perhatian dari segi konsep dan imaginasi. Ia sesuatu yang segar dan mengingatkan aku saat kali pertama menonton video muzik 'Slumber' dari OAG suatu ketika dulu.

Selain dari video, juga terdapat dua keluaran baharu yang dikesan oleh radar aku pada bulan ini. Pertama oleh Transitions yang meneruskan momentum mereka dari tahun lepas, dengan mengeluarkan EP yang memuatkan lima lagu. Bagi aku, keindahan karya mereka kali ini terletak pada lapisan bunyi yang tersangat minimal, dan kepandaian mereka untuk bermain di antara genre. Mungkin sebab itu juga mereka dikenali sebagai Transitions dan EP ini diberi tajuk ‘In Between’. Bijak. Mereka, bukan aku.

Untuk mengakhiri tulisan aku yang pertama ini, aku ingin berkongsi tentang karya yang menyebabkan aku sangat teruja untuk scene indie Malaysia pada tahun 2021. Ia datang dari sebuah kugiran yang memberikan sedikit teaser untuk album sulung mereka menerusi sebuah lagu bertajuk 'Lamunan Anak Bulan' yang dinobatkan sebagai “Best Song” di #TAPAUawards2020. Mungkin ada yang mengganggap Ramayan sangat berani untuk mengeluarkan album dalam keadaan sekarang dan mengambil risiko untuk memuatkan 10 buah lagu sekali gus. Namun setelah mendengar hasil karya mereka, ternyata tiada apa yang patut ditakutkan. 'Di Persiaran Cakrawala' membawa pendengar melayang ke angkasa untuk mengalami atmosfera dan graviti yang berbeza di setiap planet melalui lagu-lagu yang ditampilkan. Padanlah mereka mengambil masa tiga tahun menempuhi segala dugaan untuk hasilkan album ini. Dari kulit hinggalah ke isi, memang berbaloi. Malah, aku berani katakan album ini pastinya akan tercalon sebagai antara rilisan terbaik tahun ini, tak kiralah indie atau mainstream.

Dan ini baru Januari. - Getaran, 28 Januari 2021  


Playlist bulan ini:

Transitions - 'Masa Berganti Masa' (Kabus cover)

Rudeen ft. B-Heart - 'Cuba Kamu'

Raksa - 'Melakar'

Empty Page - 'Forever & Always'

Ramayan - 'Puas'

Ahmad Faris juga dikenali sebagai Fungus.
Suka indie tapi tak pernah berseluar 'skinny'
Tukang bikin di @TAPAUtv dan www.TAPAU.asia

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 20 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran