web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Kembali, Muzik : Ulasan 'Atas Angin Recovery Show'

Para peminat muzik akhirnya dapat melepaskan rindu melihat kumpulan kegemaran membuat persembahan depan mata.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 9:16AM

Kumpulan Skudap Skudip di acara 'Atas Angin Recovery Show'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan acara Recovery Pre-Show Oktober lalu, penganjur Atas Angin telah mengembalikan semangat gig dengan Atas Angin Recovery Show minggu lepas. 

Menurut Arif Imran (Bam), wakil Atas Angin, nama ini simbolik dengan keadaan sekarang di mana industri muzik sedang kembali pulih sedikit demi sedikit dengan adanya acara muzik seperti ini. 

Diadakan di Bsync Live Kuala Lumpur, acara ini menampilkan enam nama hebat dalam lapangan indie iaitu Margasatwa, Fugo, Orkes A. Hizadin, Johny Comes Lately, Jemson dan Skudap Skudip. 

Bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan sebarang penularan kes COVID-19, pihak penganjur mewajibkan setiap pengunjung membuat ujian COVID sebelum memasuki premis. Kit Ujian Kendiri COVID-19 ini turut termasuk dengan harga tiket gig ini. 

“Meskipun masih hidup dalam era pandemik, Recovery Show ini menandakan bahawa kita harus teruskan kehidupan. Seperti mana wabak ini sedang berubah, rutin seharian dan cara hidup kita juga perlu berubah dalam norma baharu dengan menghadapinya dengan cara baik serta berhati-hati. 

“Perancangan buat acara kali ini agak sukar lebih-lebih lagi sering ada berita tentang bakal adanya PKP lagi. Risikonya pula sangat tinggi buat kami sekiranya acara ditunda atau dibatalkan. Tetapi, kami bersyukur kerana dapat mengadakannya minggu lepas setelah berbulan-bulan diselubungi oleh PKP.

“Selain itu kami berasa puas hati dapat memberikan satu gig buat para penonton melepaskan rindu untuk melihat persembahan muzik depan mata sendiri dan secara fizikal. Diharapkan juga senarai kugiran yang ditampilkan telah menghibur semua,” tambah Bam.

Sebagai rumusan, barisan kumpulan yang membuat persembahan kali ini memang hebat dengan kehadiran pengunjung yang energetik. Terima kasih Atas Angin kerana mengadakan acara yang sungguh meriah ini.

Berikut adalah senarai lagu persembahan bagi setiap kumpulan dan gambar-gambar menarik dari acara ‘Atas Angin Recovery Show’:

 

Margasatwa

1. Gemersik Hilai 

2. Ego

3. Hadirmu

4. Yang Asli 

5. Asmara Botol Kaca

 

Fugo

1. Shalom 

2. Vanilla 

3. Moon & The Sun 

4. Suria Di Atas suria 

5. Shadow After Noon 

6. Julia

7. Waiting 

8. 99

 

Orkes A. Hizadin

1. Korupsi 

2. Kejayaan 

3. Rezeki 

4. Pemandu Kesepian 

5. Kehidupan 

6. 2.6 Bintang 

7. Menunggu 

8. Darling 

9. Temukan Aku 

10. Merdekakah Kita 

11. Merajuk 

12. Remaja

 

Johny Comes Lately

1. Ke Mana Kita

2. Fumikna

3. Siapa Harus

4. Kaya

5. Agent of Chaos

6. Fuyyoo

7. So Long My Friend

8. Joget

 

Jemson

1. Lu Power

2. Antara Benua 

3. Mula Semula

4. Kau Jiwaku

5. Xpdc

6. Kecewa

7. Rnrsm

8. Fanboy

9. Sakit Hati

10. Nostalgia

11. Pape Saje

 

Skudap Skudip

1. Mari Berdanska

2. Salam Rindu

3. Gadis Jadian

4. Potret

5. I Want to Hold Your Hand

6. Ska la la

7. Monkey Man

- Getaran, 17 Disember 2021

Semua gambar: Atas Angin

Berita Berkaitan

1

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN