Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Raikan Sedekad Pentas Hip Hop Terbaik Negara di RTB Fest

“Tak akan sama dengan mana-mana persembahan anda pernah tonton!” Itu janji Raising The Bar Fest yang akan berlangsung esok, 6 Mac 2021.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 11:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau dikenang-kenang, ada banyak gagasan besar dimulakan di ruang yang kecil dan berlaku secara spontan. Itulah juga perkara yang terjadi kepada Jin Hackman yang mencetuskan siri acara terpenting bagi peminat muzik hip hop Malaysia yang diberi nama Raising The Bar (RTB).

Berawal sebagai acara bulanan, RTB kemudian mula mengadakan acara tahunan yang diberi nama Raising The Bar Fest.

Pada waktu itu, kita semua sedia maklum bahawa hip hop bukanlah sesuatu yang popular untuk dimegahkan apalagi menjadi sorotan mana-mana media. Tapi Jin percaya, RTB mempunyai hasrat dan harapan yang lebih besar daripada itu.

Pejam celik, rupa-rupanya RTB telah menginjak usia 10 tahun. Satu dekad bukanlah waktu yang sekejap. Ada banyak cerita yang tidak pernah didedahkan kepada khalayak. Getaran berkesempatan berbual dengan Jin sendiri untuk menyelongkar kisah rahsia di sebalik acara hip hop terpenting negara.

Tak cukup wang

Jin pada asalnya tidaklah menyangka bahawa festival ini boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. Dia tergelak kecil di hujung talian semasa diminta bercerita apa yang terjadi waktu tahun 2013, festival pertama RTB.

Waktu itu, Jin sengaja melontarkan idea untuk mengadakan satu festival meraikan muzik hip hop. Idea itu disambut baik oleh rakan-rakan rapatnya. Tapi pada waktu itu mereka tidaklah mempunyai kepakaran bagaimana menguruskan sesuatu majlis. Sebagai penganjur, mereka hanya berjaya mendapatkan dua penaja sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga tak cukup masa kerana hanya mempunyai sebulan tempoh promosi. 

“Kos untuk mengadakan Raising The Bar sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kami sangka. Walaupun ada penaja, tapi masih tak mampu untuk menampung kos keseluruhan. Jadi, selepas tamat majlis. Kami terpaksa melakukan pinjaman persendirian untuk melunaskan baki bayaran. Ia bukanlah pengalaman yang baik. Tapi setiap perkara yang terjadi, kami jadikan sebagai iktibar. RTB berikutnya, kami lebih bersedia dan tahu apa yang perlu kami lakukan,” ceritanya. 

Melawan kebiasaan

Apa yang menjadikan RTB begitu istimewa bagi peminat muzik hip hop adalah setiap festival yang dianjurkan tidak pernah membosankan. Walaupun mempunyai artis yang sama dijadualkan hadir, tapi mereka semua tidak pernah melakukan persembahan yang serupa. Jin juga mengakui berdepan cabaran untuk memastikan RTB konsisten relevan dan kreatif. 

Dalam tempoh 10 tahun ini, RTB telah membawa pelbagai tema, persembahan dan artis. Jin percaya, semua orang wajar mendapat tempat untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga berusaha untuk menjadikan hip hop sebagai muzik yang boleh dinikmati persembahannya oleh semua orang. Mereka mula berkolaborasi dengan penggiat seni komedi dan spoken word. Tidak cukup dengan itu, mereka meraikan hip hop pelbagai bahasa.

Memandangkan ramai yang merasakan bahawa hip hop didominasi oleh kaum lelaki, RTB pernah menghadirkan barisan rapper wanita yang tidak kurang hebatnya untuk berkongsi pentas yang sama. 

Setiap kali melihat penonton bersorak, bertepuk tangan dan artis yang diundang mendapat perhatian seperti yang diharapkan. Jin menangis terharu di tengah meriahnya suasana walaupun tak disedari sesiapa. Itulah yang membuatkan Jin bertekad untuk meneruskan festival ini dari tahun ke tahun. 

Gambar: Saufi Nadzri
Gambar: Saufi Nadzri

10 tahun RTB

Raising The Bar Fest yang bakal berlangsung 6 Mac ini akan menjadi detik istimewa bagi meraikan 10 tahun perjalanan mereka. Walaupun ia dijalankan melalui medium atas talian berikutan pandemik yang melanda dunia, namun Jin telah melakukan kajian dan persediaan dua kali ganda untuk memastikan penonton mendapat pengalaman seperti yang dijanjikan. 

Lebih ramai artis dengan persembahan bermutu akan menggegarkan pentas RTB Fest kali ini seperti Joe Flizzow, Sonaone, Yung Kai, Luqman Podolski, Lil Asian Thiccie dan ramai lagi.

“Apa yang saya boleh katakan ialah RTB Fest kali ini memang benar-benar berbeza.  Ia tak akan sama dengan mana-mana festival yang anda pernah tonton sebelum ini. Festival kali ini tak akan sama dengan apa yang anda bayangkan. Percayalah, dengan persiapan yang kami lakukan, persembahan sepanjang festival kali ini memang berkualiti tinggi. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan persembahan tersebut berbaloi dengan tiket yang anda beli!” ujarnya Jin menutup wawancara. 

Anda masih boleh mendapatkan tiket 10 tahun Raising The Bar di www.rtbfest.com dan bersedialah menyaksikan festival hip hop terpenting negara! - Getaran, 5 Februari 2021.

Gambar: Saufi Nadzri
Gambar: Saufi Nadzri

Semua gambar: Ihsan Raising The Bar

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar