Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Saya Ada Cipta Lagu, Seterusnya Apa?

Khas untuk para pembaca yang berbakat menulis lagu, ‘Cikgu’ Jennifer Thompson ada petua untuk pastikan karya anda lebat membuahkan hasil.

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 11:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai penyanyi sudah mula menyedari hakikat bahawa mencipta dan memiliki hak kepada lagu sendiri sebenarnya sebuah medium perniagaan.

Hakikatnya banyak cabang untuk menjana pendapatan menerusi penciptaan lagu, antaranya dengan memberikannya kepada penyanyi lain, iklan, skor muzik filem dan pelbagai lagi. Asalkan, anda bijak untuk mencari peluang perniagaan menerusi kemahiran mencipta lagu.

Menerusi artikel ini, saya melihat ia lebih terarah kepada penyanyi dan kumpulan yang mencipta lagu sendiri. Lebih tepat, maksud menulis lagu di sini adalah anda menjadikan ia satu rutin perniagaan yang dilakukan setiap hari termasuk mempunyai koleksi lagu simpanan untuk dijual.

Dalam hal ini, kesungguhan anda dalam berkarya akan memberikan peluang yang lebih luas dalam industri.

Seterusnya, sekiranya anda menulis lagu untuk diri sendiri, wajar untuk memahami genre dan bahasa yang dipilih, tujuan lagu itu dan kesesuaian secara menyeluruh.

Mengambil kira trend hari ini, sebelum anda menyiarkan lagu ciptaan anda adalah sangat penting untuk mempunyai platform media sosial yang baik dan hubungan aktif dengan pengikut anda.

Malah, proses melahirkan lagu itu adalah kandungan menarik untuk anda kongsi di media sosial.

Gambar: Soundtrap, Unsplash
Gambar: Soundtrap, Unsplash

10 Tips yang boleh dipertimbangkan sebagai permulaan

 

1) BUAT KAJIAN

Fahami dan semak apa yang boleh dilakukan dengan lagu ciptaan anda. Banyak hal yang perlu diketahui termasuk stesen radio mana yang akan memutarkan lagu berkenaan.

Ambil tahu juga portal, blog dan radio dalam talian yang bersedia untuk mengulas lagu anda. Juga penting untuk mengintai peluang adakah lagu anda bersesuai dengan program televisyen, lagu tema drama atau filem, berkerjasama dengan iklan komersial jenama tertentu mahupun untuk jaringan sosial.

 

2) SEMAK CARA TERBAIK UNTUK LANCARKAN LAGU

Setiap perkara perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melancarkan lagu ciptaan anda.

Pelbagai faktor harus diperhalusi termasuk adakah anda mahu menerbitkan lagu itu sendiri atau ada syarikat rakaman yang boleh membantu terutama dalam era penstriman  dalam talian pada hari ini.

Anda juga perlu tahu platform penstriman yang tersedia dan sesuai dengan genre muzik anda. YouTube sebagai contoh, medium paling relevan bagi tujuan ini. Selain lagu anda, hal lain seperti muzik atau lirik video juga perlu diambil kira. Pastinya, anda juga perlu mempunyai saluran YouTube anda sendiri. Semua ini penting sebelum lagu anda dilancarkan.

 

3) SEDIAKAN BAHAN SIARAN BERKAITAN LAGU ANDA

Kenyataan media merangkumi biodata artis, foto, CD atau cenderahati berkaitan (jika ada), gambar muka depan single anda, bahan visual untuk lagu yang bakal dilancarkan (teaser, klip video, lirik video, di sebalik tabir, kiraan hari menjelang pelancaran) juga perlu ada sebagai sokongan untuk tujuan hebahan dan promosi sebelum pelancaran.

Jangan lancarkan lagu tanpa semua perkara ini kerana ia strategi yang salah.

 

4) CIPTA MOMENTUM SEBELUM HARI PELANCARAN

Menerusi platform yang anda miliki, mula kongsikan bahan berkaitan lagu yang bakal dilancaran termasuk sedutan muzik atau lirik.

Hal ini penting bagi memberitahu semua tentang lagu yang bakal menemui pendengar.

Tempoh empat hingga enam minggu paling sesuai untuk anda mula memastikan lagu anda mendapat putaran lebih-lebih lagi jika karya anda menawarkan muzik kepada penggemar muzik mainstream.

Lagu tidak akan dapat melekat dalam masa sehari dan bukan mudah untuk mendapat putaran di stesen radio dalam waktu singkat.

Bagi lagu bersifat bermusim seperti perayaan dan hari kebangsaan misalnya, tempoh lebih awal perlu bagai memastikan lagu yang dilancarkan mendapat perhatian pendengar.

 

5)  KAJI MEDIA SOSIAL

Kesemua platform seperti Instagram (Post/Stories/IGTV), Facebook, Twitter, YouTube, TikTok (tak baik ketawa) dan platform lain seperti Soundclud, Bandcamp dan lain-lain mempunyai pendekatan dan konsep pemasaran serta promosi yang berbeza.

Anda wajar fahami dan ambil tahu kesemua platform ini dan menggunakannya sebaik mungkin.

Gambar: Soundtrap, Unsplash
Gambar: Soundtrap, Unsplash

 

6)  MEDIA SOSIAL – INSTAGRAM / YOU TUBE / FACEBOOK / TWITTER

Penting untuk anda ketahui dan sediakan bahan visual untuk kesemua media sosial ini memandangkan masing-masing menggunakan size dan format yang berbeza.

Sama ada dari segi ukuran, kiri kanan, pergerakan visual serta cara anda muat naik. Sebagai contoh, untuk Instagram sahaja, bahan muat naik di ruangan utama dan di IG Story berbeza.

Begitu juga hal mengenai jangka masa yang diluangkan pengguna di platform media sosial adalah berbeza antara Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Hal ini perlu diambilkira supaya warga maya tidak bosan dengan kandungan yang sama. Boleh menggunakan bahan yang sama, tetapi pendekatan perlu berbeza dari segi kapsyen dan mood bahan yang dimuat naik. Sama tapi tak serupa.

 

7)  EMEL ATAU SENARAI WHATSAPP

Emel dan senarai WhatsApp membolehkan anda terus berhubung dengan pengikut dan peminat anda.

Mereka akan mendapat maklumat mengenai produk baharu, persembahan, bahan jualan dan lagu terus ke dalam pesanan yang dihantar seterusnya membawa mereka ke saluran yang berkaitan.

Pastikan pesanan anda sampai kepada mereka tetapi jangan menjengkelkan. Pastikan anda juga sediakan ruangan untuk mereka tamatkan makluman atau hentikan langganan dalam pesanan yang dihantar. Ya, ini juga indikator yang baik untuk anda ketahui peminat sejati anda.

 

8)  BLOGGERS / VIDEO REAKSI

Banyak laman yang membuat video reaksi, rebiu dan blog yang menulis berita hiburan. Sesuaikan laman yang selari dengan genre muzik anda. Ini penting supaya anda salurkan karya yang anda lahirkan kepada mereka yang berkaitan dan seterusnya dihebahkan kepada golongan sasar yang sesuai.

 

9) PUBLISIS MUZIK

Publisis ialah mereka yang mampu membantu anda membawa karya anda ke saluran yang tepat dan menepati pasaran yang lebih meluas.

Mereka ini pakar dan tahu saluran media yang tepat untuk mempromosikan karya anda tidak kiralah blogger, media utama, media dalam talian, televisyen atau radio.

Ya, pastinya khidmat mereka bukan percuma, tapi apa salahnya anda melabur untuk hebahan dan promosi demi kebaikan karya yang anda lancarkan. Pastinya lebih baik daripada anda lakukannya sendiri. Tak termampu nanti.

 

10)  KAJI DAN SERTAI AGENSI BERKAITAN KUTIPAN HASIL

Mulakan dengan menyertai agensi paling asas iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad untuk komposer dan penulis lirik dan Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) yang mewakili artis rakaman dan pemuzik.

Kesemua tip di atas kecuali nombor sembilan adalah antara usaha yang boleh anda lakukan hanya menggunakan masa dan kesungguhan anda.

Paling penting adalah anda lakukan dengan konsisten dan rajin. Gunakan semua peluang yang ada untuk mempromosikan karya anda termasuk meluaskan pengikut dan peminat anda. Bayangkan jika anda sasarkan 10 peminat sehari dalam masa sebulan, anda sudah memiliki 300 peminat.

Jika anda sendiri tidak perkenalkan dan percaya dengan karya anda, apatah lagi orang lain. Akhir sekali, kalau anda mahu tahu dengan lebih mendalam, YouTube dan Google adalah dua medium terbaik untuk mendapatkan pelbagai idea (video untuk ikat tali kasut secara kreatif pun ada!) Dan jika anda perlukan apa jua maklumat tambahan, industri kita mempunyai ramai orang yang baik.

Tanya sahaja mereka apa yang anda mahu tahu. Gabungkan informasi yang anda dapat dengan kreativiti anda sendiri, nah, anda pasti temui jalannya.

Semoga berjaya. Anda tahu bagaimana untuk hubungi saya.

Peace.Love.Respect.

Getaran, 12 Februari 2021  

Terjemahan: Syarrizuan Abdul Rashid

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 22 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 14 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor