web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Things I Can’t Forget’ Perjalanan Sebuah Cinta Yang Gagal

Antara mengenang yang manis dan melepaskan semuanya pergi, Mayabayu berjaya menghasilkan sebuah lagu yang bakal membuat pendengar terduduk, mengimbau kenangan lama.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terpilih sebagai salah seorang finalis wanita tunggal bagi Projek Muzik Levis, Mayabayu telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar penyanyi biasa. Dengan taruhan single terbaharunya berjudul ‘Things I Can’t Forget’, Maya berharap ia dapat mengubati hati para pendengar yang sedang mencuba untuk ‘move on’.

Meminati nyanyian sejak kecil lagi, penyanyi kelahiran Sabah ini telah mencuba berkarya dalam pelbagai genre sepanjang kariernya sebelum mengetahui muzik apa yang sesuai dengan jiwanya. 

Mengambil inspirasi daripada karya idola-idolanya, Maya berkata, “Seperti ramai orang dari generasi ini, saya dibesarkan dengan lagu-lagu ciptaan Adele dan Taylor Swift.

“Saya memandang tinggi kepada mereka kerana mampu menghasilkan karya yang malar segar. Oleh itu saya berharap lagu ini dapat menjadi lagu tema putus cinta ramai orang.”

Kami sempat menemu ramah Mayabayu secara eksklusif baru-baru ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lagu terbaharunya ‘Things I Can’t Forget’ dan beberapa perkara lain.

Mengikut pemahaman kami, lagu ini ditulis mengenai kisah putus cinta rakan baik Maya, adakah dia mengetahui bahawa Maya akan menulis tentangnya?  

Saya rasa dia tahu, tapi tidak pasti jika dia benar-benar tahu atau tidak. Hubungan itu putus tanpa diduga dan memang mengejutkan kami berdua. Rakan saya ini adalah seorang yang sangat berwaspada dan sebelum menjalinkan apa-apa hubungan, dia akan berfikir berulang kali dahulu. 

Jadi ketika hubungannya berakhir, dia benar-benar dirundung kesedihan yang berpanjangan. Sebab itulah saya ingin menjadi suaranya, untuk membantu mengungkapkan segala perasaannya yang terbuku. 

Lebih-lebih lagi bila dia seorang yang harus mendengar lagu untuk mengubati hatinya. Sebagai seorang pemuzik, saya ingin membantu dan memberinya kekuatan untuk melewati hari-hari duka yang perlahan-lahan bertukar menjadi kembali gembira.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Maya ketika menulis lagu ini kerana ia merupakan dari pandangan pihak ketiga? 

Lagu ini sangat mudah untuk saya hasilkan walaupun ditulis daripada perspektif pihak ketiga. Saya sudah mengenali rakan baik saya hampir sedekad. Jadi, kami seperti kembar, kerana mempunyai hubungan yang sangat dekat dan mendalam.

Jika salah satu daripada kami berdepan dengan kesedihan atau kemarahan, kami turut merasakannya, seperti hubungan yang berakhir ini. Sejujurnya, saya juga cukup terluka. 

Tambahan pula, saya percaya kebanyakkan daripada kita pernah melalui episod patah hati dalam kehidupan kita. Oleh itu, lagu ini boleh 'menghubungkan' kita kepada emosi dan kenangan masa lalu. 

Bagaimana Maya mengurangkan nada marah dalam single ini?

Lagu ini adalah sebahagian daripada EP saya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia merupakan kisah 'perjalanan' pengakhiran sebuah hubungan dan setiap lagu menggambarkan tahap sedih, marah dan cemburu seseorang.

Bagi lagu ini pula, ia menceritakan tentang fasa 'mengenang' dan bagaimana kita cuba melepaskan sesuatu yang dicintai. Latar bunyinya juga mempunyai melodi gembira seperti lagu ‘The A Team’ oleh Ed Sheeran dan ‘Fast Cars’ oleh Tracy Chapman untuk mengurangkan emosi dalam lagu ini.

Bagaimana anda membezakan lagu ini dengan lagu putus cinta yang lain?

Terdapat banyak lagu yang menggambarkan situasi putus cinta dengan variasi bunyi yang berlainan. Saya lebih sukakan rentak yang rancak dengan gabungan muzik tahun 80-an, elektronik dan R&B.

Jika anda mendengar lagu ini dengan teliti, ia seperti ‘diary entry’. Lagu ini sangat dekat di hati saya dan rakan saya kerana ditulis berdasarkan momen spesifik yang bermakna padanya. 

Ketika berbual dengan kawan-kawan yang lain, mereka berkata mereka dapat menghayati kata-kata yang dilontar dalam penulisan lirik malah ia mengimbaskan kembali kepada cinta zaman muda suatu ketika dahulu.

Jika ketandusan idea untuk menulis lagu, apakah dua perkara yang Maya lakukan untuk mendapatkan sumber inspirasi?

Saya baru berjinak-jinak dengan sukan angkat berat dan mula menulis cerita pendek sejak bermulanya pandemik ini untuk mengalihkan perhatian daripada pemikiran negatif.

Sejujurnya, pandemik ini memberi kesan kepada saya sehingga saya tidak dapat untuk menulis apa-apa.  Aktiviti seperti ini  meniupkan kembali daya kreativiti dan semangat untuk menulis dalam diri saya. 

Single terbaharu Mayabayu berjudul ‘Things I Can’t Forget’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 22 Oktober 2021


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 19 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...