web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dendang Dae Kim: Ulasan EP ‘Redemption’

Pemuzik serba boleh, Dae Kim, baru mengeluarkan EP yang bertajuk 'Redemption.' Adakah ia sehebat lagu-lagunya sebelum ini? Teruskan membaca.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 3:30PM

oleh

Zam Nayan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya merinding pabila mendengar EP 'Redemption' Dae Kim. Persis perasaannya mendengar album Sigur Ros buat pertama kali.

Nada melankoli nan halus dari EP ini kini bukan sahaja menjadi halwa telinga, malah perlahan-lahan menjadi runut bunyi kehidupan saya sehari-hari. Ia membantu saya mencerna situasi hidup dan keadaan dunia sekarang.

EP terbaru ini diterbitkan sebagai persediaan untuk kemunculan album penuh Dae Kim. Ia juga menjadi sebuah karya yang cukup mengesankan selepas album pertamanya, ‘Solace’ pada tahun 2018. 

Sempurna susunan muziknya melayang keluar dari corong pembesar suara, mengisi ruang tamu rumah seraya menemani saya dan isteri kala lockdown ini. 

Pada saya, apa yang membezakan sebuah album bagus dan album hebat adalah cara lagu-lagu yang mengisinya dibuat dan disusun. Perjalanan albumnya sekata tanpa lagu tangkap muat.  

Durasi EP ini cuma 12:57 minit. Bayangkanlah, saya dapat mengulangnya berjam-jam tanpa rasa jemu sedikitpun. 

Da Vinci pernah berkata, “Kesederhanaan adalah kecanggihan muktamad.” EP tiga lagu ini umpama dibuat dengan bersahaja. Tetapi jika diamati, setiap nota bagai disulam teliti satu per satu. 

Dae meluahkan, “Untuk duduk lemah di hadapan piano dengan dua tangan kosong, memegang kekunci kayu piano yang tua, saya diingatkan tentang nilai kemanusiaan saya.”

Dae Kim
Dae Kim

EP ini ditulis, dirakam, diadun semuanya oleh Dae, seorang pemuzik serba boleh dalam masa tiga bulan semasa pengasingan di Seoul, Korea Selatan.

Indahnya lagu-lagu instrumental tanpa lirik. Memberikan kebebasan kepada pendengar untuk menginterpretasi semahunya. Seperti karya-karya seni agung yang lahir daripada pengalaman pembuatnya dan dikongsikan kepada dunia untuk ‘dinikmati.’  

Saya tidak mahu menjadi terlalu teknikal, tetapi lagu-lagu ‘Reductive Ruin’, ‘Lingering Lash’, and ‘Song For The Wounded’ memang berbunyi seperti mengangkat tema pengampunan, sesuai dengan tajuk EP. 

Mendengarnya berasa seperti diberi pengampunan serta diselamatkan daripada rasa bersalah dan segala hal duniawi yang remeh. 

Dae bagai melukis sebuah pemandangan indah yang dapat dilihat hanya dengan mata hati. Lagu-lagunya tenang, tetapi bercahaya cerah bak matahari yang digambarkan di muka sampul EP. 

Jelas sekali Dae sudah lebih matang dalam berkarya. Sejak awal penceburannya dalam bidang muzik di Kuala Lumpur sebagai seorang DJ bergenre hip hop/elektronik, dia sentiasa merendah diri serta mempunyai daya ingin tahu yang tinggi dan sentiasa bereksplorasi dengan bunyian. 

Memang seronok dapat melihatnya matang menjadi seorang pemuzik yang hebat dalam jangka masa yang singkat dengan lagu-lagunya yang pelbagai dan disusun dengan penuh kejujuran dan rasa cinta. 

Sekarang, dunia harus siap sedia untuk mahakarya Dae Kim yang seterusnya. 

Di sini saya kongsikan kompilasi lagu-lagu terbaik Dae Kim (setakat ini) untuk anda nikmati. - Getaran, 26 Februari 2021

Semua gambar: Ihsan Dae Kim

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...