web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shelhiel Dan 'Superstrobe', Lain Dunia

Bintang Shelhiel semakin cerah dengan hadirnya 'Superstrobe', buah tangan terbaharunya yang memuatkan lagu-lagu pelbagai bahasa.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2021 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kata-kata orang lain terhadap kita tak tentukan kegembiraan dan kejayaan hidup kita. Jadi, janganlah ambil peduli dengan pandangan mereka kerana itu akan membuat kita meragui kebolehan diri.

“‘Live life your own way and go with the flow’,” itu kata-kata semangat yang selama ini dipegang oleh penyanyi dan produser tempatan, Shelhiel.

Tidak asing dalam lapangan muzik, penyanyi ini sentiasa setia pada gaya muzik dan penampilannya dari usia kecil. Memberi penghargaan kepada ibunya, Shelhiel berkata ibunya adalah sebab dia berdiri seperti sekarang. 

“Ibu saya merupakan tonggak utama untuk semua yang saya lakukan. Walaupun saya berasal dari sebuah kampung kecil di Kedah, dia selalu menyediakan pakaian bergaya dan cantik untuk dipakai. Perbuatannya itulah yang membina perwatakan dan keyakinan saya,” katanya.

Sejak awal pembabitannya dalam dunia muzik, Shelhiel telah memasang pendirian bahawa akan terus kekal dan menjadi seorang pemuzik luar biasa generasi ini. 

Meskipun usianya masih muda,  dia sudah berjaya membawa pulang anugerah Malaysia PWH Music Award bagi susunan muzik terbaik untuk lagu ‘Extrication’ yang dinyanyikan oleh Shio. Lagu ini turut dijadikan lagu tema sebuah drama Netflix berjudul ‘The Ghost Bride’.

Baru-baru ini kami sempat menemu ramah Shelhiel secara eksklusif lewat panggilan video Zoom. Ini adalah lima perkara yang anda patut tahu tentangnya.

Boleh cerita sedikit tentang EP terbaharu Shelhiel, berjudul 'Superstrobe'?

EP ini mengandungi lapan buah lagu dan berkonsepkan dunia selari yang dinamakan ‘Earth 5-27’. Para pendengar dibawa mengikuti kisah hidup seorang ‘Guardian Angel’ selama 16 minit. Superstrobe adalah seperti versi fantasi kehidupan sebenar saya.

Walaupun plot cerita setiap lagu berkaitan, namun para pendengar boleh memilih pengakhiran sama ada sedih atau bahagia. Mereka juga boleh mendengar EP ini secara reverse untuk mendapat cerita yang berbeza.

Apa yang lebih menarik, saya juga kongsikan lagu bahasa Malaysia pertama saya dalam Superstrobe

Kenapa Shelhiel mengabungkan dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam single ‘Star’?

Saya selalu berkomunikasi dalam bahasa ‘Manglish’ (gabungan bahasa Mandarin dan Inggeris) dan juga bahasa Malaysia dengan semua rakan serta keluarga saya.

Jadi, masuk akal untuk saya mengekspresikan karya saya dengan cara yang paling selesa buat saya.

Saya juga ingin menonjolkan keunikan menjadi seorang rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Apa pendapat Shehiel tentang frasa ‘Kita harus yakin dengan keaslian sendiri’?

Individuality’ memainkan peranan penting dalam mengekspresikan diri saya sebagai seorang anak seni. Sejak muda, saya selalu mengelilingi diri dengan orang-orang yang mahukan terbaik untuk saya.

Itu telah membantu saya untuk menjadi lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Saya sentiasa gembira dan bangga dengan apa yang saya hasilkan. Saya ingin menggunakan kreativiti untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih indah dan baik.

Gaya fesyen Shelhiel selalu menjadi bualan orang ramai. Pernah tak terfikir untuk menjadi pereka fesyen?

Saya bukan hanya artis, komposer dan penerbit tetapi juga pengarah kreatif bagi EP ini. Konsep permainan dan rekaan animasi buat lagu ‘Star’ juga direka oleh saya. 

Kemahiran saya yang diasah dalam bidang seni bina dan reka bentuk serta rasa cinta terhadap anime banyak mengajar saya melihat dunia dalam perspektif yang lain. Mungkin itu juga telah mempengaruhi gaya fesyen saya.

Buat masa sekarang belum lagi tapi siapa tahu apa yang akan datang untuk saya pada masa depan. Mungkin suatu hari nanti saya akan membuka label fesyen sendiri?

Apakah harapan Shelhiel sebagai seorang artis?

Muzik adalah suatu yang saya gemari sejak kecil lagi. Justeru itu, saya sangat berharap agar menjadi salah satu artis tempatan yang dapat menebusi pasaran antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

EP terbaharu Shelhiel, Superstrobe, boleh didengar di pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. – Getaran, 3 September 2021

Sumber gambar: Shelhiel

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.