Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jaga dan Simpan Beg Tangan Dengan Betul

Obsesi wanita kepada beg tangan memang bukan kepalang. Tetapi, ramai sebenarnya tidak tahu penjagaan yang tepat untuk memastikan pelaburan ke atas beg tangan berbaloi.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 7:16PM

Gambar: Leisara, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita dan beg tangan memang tidak boleh dipisahkan. Ke mana saja kaki melangkah, beg tangan akan dibawa ke hulu dan hilir.

Mana mungkin item fesyen ini disisihkan kerana ia adalah pelengkap gaya. Ia adalah ‘fashion statement’ yang menjadi kebanggaan ramai wanita. Malah, tidak keterlaluan jika ia dilabel sebagai lambang status seseorang wanita. 

Beg tangan berjenama khususnya, ia menentukan status seseorang itu kerana puluhan, malah ratusan ribu wang ringgit perlu dihabiskan.

Gambar: Laura Chouette, Unsplash
Gambar: Laura Chouette, Unsplash

Obsesi wanita kepada beg tangan memang bukan kepalang. Tetapi, ramai sebenarnya tidak tahu penjagaan yang tepat untuk memastikan pelaburan ke atas beg tangan berbaloi. 

Memandangkan ketika ini ramai yang tidak dapat menggayakan beg tangan ke sana sini seperti biasa gara-gara pandemik COVID-19, baiklah ambil tahu tentang penjagaannya. Jom perhatikan tip di bawah.

 

1) Jangan simpan beg berjenama anda dengan sembarangan

Tina Craig, dari blog Bag Snob yang berpengaruh memberikan tip supaya selalu menyimpan beg berjenama mewah di dalam kotak asal. 

“Saya selalu mengesyorkan supaya menyimpan beg mewah anda dengan tisu bebas asid dan di dalam kotak asalnya, jika boleh. Sekiranya ruang menjadi masalah, simpan baju dan sweater lembut di dalam beg anda untuk menjaga bentuk dan menjimatkan ruang.”

"Jangan sekali-kali menggunakan surat khabar kerana dakwatnya boleh 'menjangkiti' lapisan beg.

Selain itu, simpan tali pautan rantai dan masukkan ke dalam beg supaya ia tidak meninggalkan kesan pada permukaan beg.

Dan akhirnya, letakkan dengan berhati-hati di dalam beg habuknya dalam posisi tegak, atau letakkan secara rata jika mempunyai pemegang atas, untuk memastikan pemegangnya tidak menyentuh badan beg.”

Gambar: Instagram @kulixe_
Gambar: Instagram @kulixe_

 

2) Elakkan beg tangan anda daripada kelembapan (berkulat)

Sebilangan besar dompet dilengkapi dengan sachet gel silika kecil untuk menyerap kelembapan berlebihan di udara, yang tidak boleh anda buang.

Sekiranya kebetulan beg anda sudah berkulat, keluarkan dari beg anti habuk, lap dengan kain kering yang sangat lembut dan biarkan di ruangan sepenuhnya selama 24 jam. Lebih baik beli alat penyahhidratan (dehumidifier) awal-awal lagi untuk mengelakkan kehadiran kulat yang menjengkelkan.

Gambar: Alfonso Ramirez, Unsplash
Gambar: Alfonso Ramirez, Unsplash

 

3) Hati-hati supaya warna tidak berubah

Berhati-hati semasa mengendalikan beg kulit berwarna. Ini kerana apabila ia bersentuhan dengan pakaian basah, atau permukaan basah, warna kulit boleh terkeluar dan mengotorkan pakaian anda. Tapi, paling tidak cool jika beg kesayangan kelihatan bertompok-tompok.

Sekiranya terdapat kesan air pada beg, biarkan ia kering secara semula jadi; tetapi untuk kesan yang serius, teruslah hantar kepada profesional.

 

4) Guna beg kecil untuk simpan alat mekap

Jika beg anda mempunyai banyak ruang penyimpanan, janganlah masukkan semua barang-barang yang diperlukan begitu sahaja. Sebaliknya, gunakan beg atau sisipan lebih kecil. Alat solek dan pen, jika dibiarkan terbuka secara tidak sengaja, boleh merosakkan lapisan dalaman. 

Sentiasa gunakan beg kosmetik kecil untuk menyimpan alatan mekap cecair, dan jangan sekali-kali membebankan beg anda. Melakukannya bukan sahaja akan merosakkan bentuknya, tetapi juga akan merosakkan kulit.

Gambar: Laura Chouette, Unsplash
Gambar: Laura Chouette, Unsplash

 

5) Pertimbangkan untuk gunakan pelapik / organizer

Lindungi bahagian dalam beg tangan daripada sebarang kekotoran, terutamanya jika anda sering menukar beg anda, dengan menggunakan pelapik beg tangan.

Beg anda bukan sahaja dilindungi, tetapi anda juga akan mendapat lebih banyak poket untuk menyimpan pelbagai barangan. Bahkan, pelapik juga memudahkan anda menukar beg dengan cepat.

Gambar: Instagram  @bociofficial
Gambar: Instagram @bociofficial

Ingat, beg tangan yang dibelai dengan baik, pasti akan membalas budi selama bertahun-tahun yang akan datang! - Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi