web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marriott Bonvoy X KHATAM: Kolaborasi Unik Raikan Ramadan Dan Syawal 

Kolaborasi ini mengangkat warisan Melayu, fesyen kontemporari dan pengalaman hospitaliti mewah dan eksklusif di hotel terpilih seluruh Malaysia

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2026 5:56PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada sesuatu tentang Ramadan dan Syawal yang tidak pernah berubah, bau kuih raya yang memenuhi ruang tamu, bunyi gelak tawa sanak saudara, dan helaian busana tradisi yang disarung penuh bangga. 

Tahun ini, tradisi itu diraikan dengan satu sentuhan yang lebih istimewa apabila dunia hospitaliti global bertemu seni fesyen tempatan dalam satu kolaborasi yang penuh makna.

Sempena musim perayaan kali ini, Marriott Bonvoy berganding bahu bersama jenama fesyen Malaysia yang dikenali dengan sentuhan warisan kontemporari, KHATAM, menerusi kempen eksklusif bertajuk A Memory Etched In Time.

Ia bukan sekadar kerjasama jenama, tetapi sebuah pertemuan nilai, antara kraf tradisi, reka bentuk simbolik dan pengalaman hospitaliti yang berteraskan hubungan manusia.

Kempen yang berlangsung dari 18 Februari hingga 20 Mac 2026 ini menghimpunkan pengalaman berbuka puasa, koleksi edisi terhad serta keistimewaan silang jenama yang eksklusif untuk ahli kedua-dua komuniti. 

Ia memperlihatkan bagaimana dunia fesyen dan hospitaliti boleh bersatu dalam meraikan tradisi dengan cara yang lebih segar dan bermakna.

Reka Bentuk Berteraskan Simbolisme Melayu

Intipati kolaborasi ini terletak pada bahasa rekaan KHATAM yang menampilkan dua ciptaan istimewa eksklusif untuk Marriott Bonvoy.

Antaranya ialah Samping Tampuk Kecepu, yang diinspirasikan daripada simbolisme Melayu klasik. Motif Tampuk Kecepu melambangkan fasa peralihan bunga menjadi buah, simbol permulaan yang penuh tujuan, keseimbangan dan kesinambungan. 

Garis tersusun menggambarkan keteguhan, manakala kuntum bunga halus membawa makna pertumbuhan dan pembaharuan. 

Ditenun menggunakan fabrik broked berkilau lembut, samping ini menjadi pelengkap sempurna Baju Melayu moden yang berkarisma.

Satu lagi elemen utama ialah Artisan Clay Batik, dihasilkan sepenuhnya dengan tangan oleh penggiat batik dari Kelantan menggunakan teknik batik tanah liat. Setiap helaian mempamerkan variasi motif dan tekstur yang unik, bukti ia mendapat sentuhan manusia, kesabaran dan warisan turun-temurun. Ia bukan sekadar kain, tetapi representasi seni dan memori budaya yang hidup.

Raya Lebih Bermakna Dengan Sentuhan Eksklusif

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, ahli KHATAM Loyalist dan Marriott Bonvoy boleh mendapatkan kotak biskut Raya edisi terhad serta sampul raya yang direka oleh artis Malaysia, Osman Akbar. 

Rekaannya merakam momen kebersamaan dan kemeriahan Aidilfitri dalam gaya artistik yang kontemporari. Kotak dan sampul eksklusif ini ditawarkan di tiga hotel terpilih iaitu Putrajaya Marriott Hotel, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan The Westin Kuala Lumpur, menjadikan pengalaman berbuka puasa bukan sahaja tentang sajian, tetapi juga tentang estetika dan memori yang ingin dibawa pulang.

Berbuka Puasa Penuh Gaya 

Melalui inisiatif Breaking Fast in Style, ahli KHATAM Loyalist layak menikmati potongan sehingga 20 peratus untuk bufet Ramadan terpilih di hotel Marriott Bonvoy di seluruh negara,  manakala ahli Marriott Bonvoy pula menerima diskaun 10 peratus bagi koleksi Raya dan kempen terpilih KHATAM.

Lebih menarik, kolaborasi ini tidak terhenti selepas Syawal. Di bawah payung Loyal to Tradition, kedua-dua jenama merancang integrasi jangka panjang antara ekosistem kesetiaan mereka, membuka akses kepada ganjaran silang, barangan eksklusif edisi terhad serta kolaborasi gaya hidup bermusim pada masa akan datang.

Kolaborasi ini membuktikan bahawa Ramadan dan Raya bukan sekadar musim promosi, tetapi ruang untuk meraikan identiti, kraf tempatan dan nilai kebersamaan dengan pendekatan lebih autentik dan berjiwa.

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi ini anda boleh layari marriottbonvoy.com atau khatam.com.my. - Getaran, 2 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 6 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang