web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 8:52AM

Rizman Ruzaini antara jenama yang menawarkan potongan harga untuk busana hari raya.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selagi Syawal belum berakhir, selagi itulah ada peluang untuk menggayakan persalinan raya yang cantik untuk menghadiri acara rumah terbuka. Sebab itulah mereka yang berkemampuan banyak membeli baju raya dengan tujuan ini.

Bagi yang masih bercita-cita untuk tampil cantik dengan persalinan rekaan terbaharu, Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi.  Ini kerana banyak label fesyen yang mula menawarkan diskaun hebat. Bolehlah dapatkan kurung kedah yang diidamkan, atau dapatkan kaftan sulaman yang diintai sejak Ramadan belum bermula.

Lebih menarik, anda juga boleh membeli pakaian sedondon untuk digayakan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Kalau mampu mengapa tidak? Berikut adalah label fesyen yang sedang menawarkan diskaun hebat.

1. Wanzar

Label fesyen yang satu ini sedang mengadakan ‘Open House Sale 2024’ dengan menawarkan diskaun untuk semua koleksi baju raya tahun ini. Ada banyak pilihan yang menanti, sama ada rekaan tradisional yang memikat, mahupun rekaan moden yang menawan.

Koleksi raya 2024 daripada Wanzar bukan hanya tersedia untuk wanita, malah untuk lelaki dan juga kanak-kanak.

Jika menjengah ke ruangan ‘warehouse sale’, senyuman anda pasti lebih lebar kerana pakaian wanita dan lelaki boleh didapati pada harga serendah RM99.00.

2. Gio Fabrics

Label fesyen yang satu ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sering menjadi pilihan ramai setiap kali raya menjelma. Sebagai pembekal kain pasang, koleksi baju raya daripada Gio Fabrics memang tidak terkira banyaknya. Malah, kualiti kain yang ditawarkan tidak menghampakan.

Mereka yang gemar pakaian sedondon gemar ke sini kerana banyak pilihan tersedia sehingga rambang mata dibuatnya. Daripada rekaan tradisional sehinggalah rekaan moden, segalanya tersedia di sini.

Dengan label ini, anda boleh menikmati potongan lebih 70 peratus, dengan harga serendah RM39.90.

3. Bayu Somerset

Penggemar baju daripada fabrik kain kapas, Bayu Somerset adalah untuk anda. Dengan pilihan warna yang memikat, Bayu Somerset cantik digayakan pada bila-bila masa, malah pilihan atasannya juga sempurna untuk disuai padan dengan celana denim, mahupun skirt.

Untuk Raya 2024, Bayu Somerset membawakan koleksi baju dengan konsep Retro, African, Moroccan, Mexican dan banyak lagi.

Mengayakan persalinan daripada label ini bermakna anda seorang yang sukakan keceriaan dan berjiwa bebas. Rona-rona yang dibawakan menyuntik mood gembira dan membuatkan anda mudah dikesan apabila berada di dalam satu-satu acara rumah terbuka.

Dengan cuaca Malaysia yang semakin hangat, pilihan baju kain kapas adalah pilihan terbaik.

Label fesyen ini menyediakan potongan harga untuk pelbagai jenis koleksi untuk wanita dan kanak-kanak dan saiz yang tersedia juga banyak, daripada XS sehingga 5XL.

4. Rizman Ruzaini

Inilah peluang untuk anda mendapatkan koleksi baju raya daripada dua pereka fesyen yang semakin mendunia ini. Lebih-lebih lagi Raya 2024 adalah tahun terakhir Rizman Ruzaini hadir dengan koleksi baju raya.

Dengan potongan harga sehingga 70 peratus anda boleh tersenyum bangga apabila menyarungkan pakaian label ini di mana-mana acara rumah terbuka yang ingin dihadiri. Lebih-lebih lagi jika ia adalah jemputan daripada syarikat korporat atau tempat anda sendiri bekerja.

Sudahlah dapat menikmati diskaun hebat, pembelian secara dalam talian juga membolehkan anda memilih kaedah pembayaran secara ansuran sebanyak tiga kali. Sepasang kurung kedah moden kini boleh dibeli pada harga RM227.40, manakala baju Melayu berharga RM191.40 sepasang. – Getaran, 22 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN