Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ikon Filem Jadi Inspirasi Aidilfitri 2024

Siapa pun pilihan anda, pastikan anda tidak teragak-agak kerana anda perlu yakin setiap orang punya gaya tersendiri!

Gaya Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 8:06AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kurang seminggu lagi umat Islam akan meraikan hari raya yang ditunggu-tunggu selepas sebulan berpuasa.

Sambutlah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri penuh kilauan dan keanggunan dengan merancang persalinan yang sempurna agar foto-foto yang dihasilkan nanti boleh membuatkan anda tersenyum.

Selaraskan warna untuk foto anda, daripada klasik tradisional ke sentuhan moden. Untuk menjana idea, selain buat rujukan secara di dalam talian, boleh juga dapatkan inspirasi daripada ikon filem dan rancangan fesyen yang digemari.

Berikut adalah idea untuk penampilan yang sempurna pada musim Aidilfitri ini. Pilihlah  gaya yang anda sukai.

1. Vintaj Menawan- Imogene Scott, Death and Other Details

Jika anda gemar menggayakan rambut yang praktikal, memakai koleksi vintaj sebanyak yang mungkin, dan menyukai semua benda bermanik dan labuci, Imogene Scott mungkin boleh menjadi kawan baik baharu anda.

Imogene mendapati dirinya terperangkap dalam plot whodunit dalam pelayaran, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh kelihatan ‘mewah’ dan anggun, walaupun ketika berjemur di bawah sinaran mentari yang terik.

Hei, detektif bergaya ini juga mungkin boleh memberi inspirasi fesyen untuk digayakan ketika anda berkunjung ke rumah terbuka sepanjang Syawal ini. Penuhi gaya Imogene dengan cetakan retro, hiasan berkilauan dan tambah beberapa aksesori berani untuk menyerlahkan diri.

2. Silk Chic - Toda Mariko, Shōgun

Jika Jepun feudal Abad ke-16 mempunyai polis fesyennya sendiri, Toda Mariko akan menjadi ketua mereka.  Sebagai seorang wanita yang lahir dalam kelas atas yang misterius, Mariko biasanya tampil dengan kimono sutera dan satin yang dihiasi dengan bunga-bunga halus.

Jika anda mendapati diri anda mengagumi kimono Mariko, anda mungkin suka memakai abaya di pagi Raya. Ia praktikal, selesa dan sopan memastikan anda menjadi versi terbaik Lady of Steel ketika hari perhimpunan keluarga.

3. Glamour Memikat - Janine Teagues, Abbott Elementary

Janine Teagues ialah permata tersembunyi di Abbott Elementary, sering dilihat memakai baju sejuk, skirt labuh beralun dan popular, serta anting-anting besar! Kadang-kadang Janine dilihat berlebih-lebihan, tetapi sebagai seorang guru sekolah rendah yang sangat mengambil berat, dia layak diberikan A+ kerana menggayakan dirinya untuk keselesaan dan praktikal.

Untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ala Janine, pilih fabrik kapas atau linen dalam baju kurung pendek. Comel, namun masih dalam trend dan mudah untuk bergerak. Menggabungkan keselesaan dan gaya, pakaian ini sesuai untuk gadis aktif, dan mereka yang lebih suka untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak di majlis keluarga!

4. The Style Savant - Cruella de Vil, Cruella

Jika anda meminati watak Cruella, sudah pasti anda meminati rona hitam. Anda juga mungkin seseorang yang memilih warna yang menarik perhatian, seperti merah jambu terang, jingga atau merah. Serlahlah Cruella dalam diri anda tanpa gentar, ekspresi diri dan jelmakan estetika avant-gardenya.

Pakailah baju kurung rekaan berani bercorak hitam putih. Tambahkan perincian seperti hiasan bulu tiruan atau kulit, dan lengkapkan dengan aksesori penyataan seperti cermin mata hitam tebal atau skarf kepala yang dramatik.

5. Elegan Klasik - Cinderella, Cinderella

Siapa yang tidak kenal dengan Cinderella. Watak baik yang menjadi idola ramai. Dalam kisah turun-temurun ini, pari-pari yang melindungi Cinderella menggayakannya dengan busana sulaman halus dan kristal berkilauan penuh glamour.

Jadi, tulislah cerita Cinderella anda sendiri di hari raya ini. Pilih palet warna pastel seperti biru dan merah jambu lembut yang mengingatkan gaun ikonik sang puteri.

Pilih sifon dengan kilauan halus seperti labuci atau kristal. Pakai korset yang sesuai dan skirt meleret, dipadankan dengan anting-anting mutiara yang cantik untuk keanggunan gaya Cinderella.

Jadi tunggu apa lagi? Masih punya masa lagi untuk mencari helaian baju dan aksesori yang dihajati. Selain itu, jangan lupa ikuti kisah ikon-ikon fesyen ini dengan strim di Disney+ Hotstar.

Moga hari raya ini mencipta lebih banyak kenangan indah untuk dikenang di masa hadapan! – Getaran, 7 April 2024

Foto filem : Disney+ Hotstar

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja