web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mun Ka Young Dilantik Duta Global Koleksi Terbaharu TUMI

Asra, koleksi yang kontemporari dan serba boleh terus mengukuhkan kedudukan TUMI dalam pasaran koleksi beg tangan wanita.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:02AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa TUMI memperkenalkan Asra, koleksi terkini beg tangan wanita yang direka supaya wanita moden mudah bergaya dan sentiasa bergerak.

Untuk meraikan koleksi serba baharu dan kategori wanita yang sedang berkembang ini, TUMI dengan bangganya memilih pelakon Korea Selatan, Mun Ka Young sebagai wajah koleksi ini, kempen pertamanya untuk jenama itu.

Dengan reka bentuk feminin dan praktikal untuk pelbagai acara, koleksi Asra mudah digayakan, dari siang membawa ke malam hari.

Koleksi ini hadir dengan tiga saiz berbeza dan empat pilihan warna menawan iaitu warna teras TUMI, Matte Black dan tiga warna bermusim iaitu Moonlight, Cameo Rose, dan warna Purple Sunset, iaitu warna cerah yang diilhamkan dari landskap indah Pulau Sentosa, Singapura.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan eDagang TUMI, Jill Krizelman, berkata TUMI teruja untuk memperluaskan tawaran pilihan untuk kategori wanita melalui pelancaran koleksi Asra.

“Ini membuktikan bahawa jenama ini menawarkan lebih daripada sekadar bagasi terkini.

“Kami mempunyai aksesori dan produk cantik yang berfungsi sebagai pelengkap yang sesuai dengan gaya hidup yang sibuk," ujarnya pada majlis pelancaran global yang diadakan di Singapura pada 27 Mac lalu.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan Mun Ka Young sebagai duta global TUMI. Beliau memiliki semua ciri-ciri  wanita TUMI iaitu yakin, berjaya dan perkasa,” tambah Krizelman lagi.

Setiap beg Asra menampilkan lisu dengan struktur yang lembut, perkakasan penyelaras, dan tali bahu bersimpul untuk menambah tarikan visual dan gaya.

Sentuhan tambahan termasuk poket luar berlapik mikrofiber, sesuai untuk telefon atau sepasang cermin mata hitam, dan pesona monogram kulit (dijual secara berasingan) untuk menambah sentuhan peribadi khas TUMI kepada mana-mana beg Asra.

Untuk menyebar luas tentang kehadiran koleksi ini dan pelantikan Mun, TUMI tidak ketinggalkan membawakan sebuah video kempen menakjubkan yang menyerlahkan keanggunan dan daya tarikan moden koleksi Asra.

Diarahkan oleh C Prinz dan dipotretkan oleh Bibi Cornejo Borthwick, kempen ini menampilkan Mun dengan beg Asra sambil meneroka ruang seni bina klasik seperti muzium.

Pilihan beg yang digayakan menjadi panduan untuk memudahkan beliau bergerak ke seluruh bilik, merakam intipati pelbagai gaya dan keanggunan koleksi itu.

"Saya berbesar hati apabila dipilih menjadi wajah koleksi beg tangan Asra baharu TUMI. Saya telah lama menjadi peminat TUMI, dan saya teruja kerana mereka meneroka siluet segar.

Kecantikan dan versatiliti adalah sebahagian besar daripada hidup saya, dan dengan TUMI, beg ini sangat sesuai untuk setiap perjalanan,” ujarnya.

Pelancaran tempoh hari turut dihadiri lebih 200 pengaruh, selebriti dan VIP terkemuka di rantau ini termasuk model dan pelakon Malaysia, Scha Al-Yahya, penyanyi dan pelakon Hong Kong, Charlene Choi, penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, pelakon Filipina Gabbi Garcia dan Sarah Lahbati, pelakon Vietnam, Diem My, pelakon Thailand Dunk Natachai Boonprasert dan pelakon Taiwan Tzeng Chih Chiao.

Harga koleksi Asra adalah dalam lingkungan RM270 hingga RM2,740. Pembelian boleh dilakukan di https://www.tumi.my/ dan butik TUMI di seluruh dunia. – Getaran, 4 April 2024

Foto : TUMI

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN