web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fazley Jalin Kerjasama Dengan ENKÉ Hasilkan Wangian Yang Diinspirasi Daripada Manisan

Haruman ini tidak mengandungi alkohol, jadi sesuai untuk dipakai untuk ke masjid dan atau ketika menjalani ibadah haji dan umrah.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 7:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bersama jenama wangian tempatan ENKÉ telah berkolaborasi menghasilkan haruman yang diinspirasikan daripada manisan pencuci mulut.

Wangian yang didatangkan dalam bentuk set ini diberi nama Pâtissier Pure Parfum yang diilhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers' yang bermaksud jurumasak pastri yang telah menamatkan proses latihan yang panjang.

Dalam satu kotak, pembeli akan menerima tiga jenis wangian iaitu Parisian Macarons, Vanilla Cream Puff dan Lemon Meringue Pie yang dijual dengan harga RM149.

Menurut Fazley, ketiga-tiga haruman berkenaan dicipta berdasarkan menu pencuci mulut yang popular di restorannya, Suka Sucre.

"Suka Sucre sudah memasuki usia hampir 10 tahun. Antara produk utama kami adalah makaron. Kemudian kami hasilkan 'vanilla cream puff'. Bila kita buat 'plating dessert' ramai yang suka Lemon Meringue Pie.

"Jadi berdasarkan data restoran kami, memang tiga pencuci mulut ini yang paling menjadi kegemaran," katanya.

Tambah Fazley lagi, haruman ini juga boleh digunakan tanpa mengira jantina.

"Haruman akan menghasilkan bau yang berbeza pada orang yang berlainan. Bergantung pada suhu kulit, peluh dan suhu sekeliling. Jadi jika suami dan isteri pakai haruman yang sama, baunya akan berbeza.

"Saya ambil masa selama enam bulan untuk hasilkan bau yang tepat untuk haruman ini kerana saya mahu pastikan ia sesuai dengan pasaran Asia dan antarabangsa.

"Haruman ini tidak mengandungi alkohol. Jadi sesuai untuk dipakai untuk ke masjid dan umrah. Saya hasilkan minyak wangi yang bertemakan islamik, tetapi bau bauan dari Perancis. Ini adalah sesuatu yang berlainan daripada biasa,” ujar Fazley.

Sementara itu, pengasas jenama ENKÉ  iaitu Mohd Rashidie Ramli berkata, mereka memilih Fazley sebagai duta Pâtissier Parfum kerana memiliki reputasi yang baik dan pengaruh besar dalam kalangan pengikutnya.

"Kejayaan beliau dalam industri makanan dan wangian menjadikannya pilihan tepat untuk menjadi duta kami. Kolaborasi ini adalah percaturan yang dianggap luar biasa dan merupakan pentunjuk rezeki dari Allah swt pada pandangan saya.

"Keperibadian Fazley yang rendah hati dan ikhlas dalam membantu usahawan bumiputera menjadi nilai tambah kepada kerjasama ini," katanya.

Pâtissier Premium Parfum boleh dibeli dengan menghubungi nombor telefon 018-7681355, secara emel di [email protected] atau melalui laman media sosial Instagram @patissierparfum. – Getaran, 30 Mac 2024

Foto : PR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang