Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelan Pemakanan Tepat Bantu Badan Kekal Sihat Bertenaga Sepanjang Ramadan

Pelan pemakanan ageLOC® TR90® menggunakan saiz tangan sebagai panduan untuk kuantiti makanan.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 8:41AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai individu ketika berpuasa ialah, tubuh badan mudah lesu apabila waktu menginjak ke waktu tengah hari.

Dengan rutin harian yang padat, kelesuan menjadi halangan untuk meneruskan sisa-sisa hari yang panjang dengan efektif.

Golongan ibu bapa antara mereka yang mempunyai rutin yang padat kerana selain bergelut dengan tugasan di pejabat, mereka juga perlu menguruskan keperluan dan jadual harian anak-anak.

Bagi kumpulan individu, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien dalam hidangan adalah penting bagi menyokong rutin puasa dan mengekalkan kesihatan yang optimum.

Jadi, bagaimana pelan pemakanan anda sepanjang Ramadan ini? Adakah ia mengandungi nutrisi seimbang untuk memenuhi gaya hidup yang sibuk?

Jika tidak, mungkin anda perlu mencuba program ageLOC® TR90® oleh Nu Skin! Program ini menawarkan pendekatan holistik dalam penjagaan kesihatan, dengan menggabungkan pelan pemakanan yang ringkas, gaya hidup aktif dan rangkaian produk yang inovatif.

Dengan menerapkan kesemua elemen tersebut dalam rutin harian, seseorang itu dapat menjalani perjalanan kesihatan komprehensif yang menyokong matlamat mereka untuk menjadi versi diri yang lebih sihat.

Pelan pemakanan ageLOC® TR90® Nu Skin merupakan asas terhadap perjalanan kesihatan sepanjang Ramadan yang berperanan sebagai panduan strategik dalam pengambilan nutrisi seimbang dan pemakanan yang termaklum.

Direka khusus untuk selaras dengan tradisi Ramadan, pelan ini menekankan signifikan ‘makanan pembakaran’, ‘makanan penyimpanan’ serta 'makanan pelindungan' untuk menyokong objektif kesihatan dengan efektif, dan dalam pada masa yang sama menghormati amalan berpuasa.

Dengan mengutamakan pengambilan protein rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminimumkan pengambilan kategori makanan penyimpanan, pelan pemakanan ageLOC® TR90® memperkasakan anda untuk menyalurkan nutrisi kepada badan dan menguatkan daya tahan sepanjang tempoh berpuasa.

Keistimewaan pelan ini terletak pada penggunaan unik saiz tangan sebagai panduan untuk kuantiti makanan.

Memahami akan kuantiti makanan harus disesuaikan dengan saiz badan individu, pendekatan ini memastikan setiap individu mengambil jumlah kalori yang bersesuaian untuk mengekalkan tisu otot tanpa lemak dan menahan rasa lapar.

Pada dasarnya, pelan pemakanan ageLOC® TR90® menyediakan panduan praktikal tentang pengambilan makanan yang betul dalam kadar yang bersesuaian, agar individu boleh mengubah keperluan diet Ramadan mereka dengan penuh keyakinan dan keberkesanan.

Gabungan Gaya Hidup Aktif

Di samping diet penuh nutrisi, penting juga untuk mengamalkan aktiviti senaman yang konsisten dalam rutin harian bagi menggalakkan ‘mood’ positif serta membantu mengawal jadual tidur pada waktu malam.

Dengan mengamalkan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, ia dapat membantu anda dalam pengurusan berat badan. Tambahan pula, senaman galas berat yang digabungkan sepanjang program dapat membantu mengekalkan otot tanpa lemak dalam jangka masa panjang.

Paling penting adalah mencari aktiviti yang menarik minat dan lakukan pada intensiti yang bersesuaian dengan keadaan fizikal serta peringkat kehidupan anda. Apabila memasukkan senaman dalam rutin harian, anda akan memperoleh hasil yang lebih baik seiring dengan amalan diet yang seimbang.

Perjalanan Ramadan Yang Sihat Bersama Sistem ageLOC® TR90®

Apabila tiba waktu berbuka puasa, wajib untuk memberi badan anda nutrien yang penting. Dengan rangkaian produk inovatif Nu Skin, anda dapat memperoleh sumber protein lazat yang menawarkan penyelesaian mudah dan berkhasiat, berfungsi sebagai alternatif kepada protein tinggi yang mencukupi untuk sahur atau Iftar.

Menggabungkannya dengan pengambilan ageLOC® TR90® Trimshake adalah ideal untuk mereka yang mempunyai jadual sibuk dan yang menginginkan tambahan dalam diet penuh nutrisi mereka.

Menerusi rangkaian produk dalam Sistem ageLOC® TR90®, anda boleh menjana tenaga kepada badan dengan pemakanan yang diperlukan untuk mengharungi bulan Ramadan ini sambil menyokong matlamat pengurusan berat badan melalui Program ageLOC® TR90®.

ageLOC® TR90® TrimShake hadir dalam pelbagai perisa lazat seperti mocha, vanila dan coklat serta perisa baharu GreenShake yang sesuai untuk vegetarian dan tinggi kandungan seratnya.

Apabila anda memulakan perjalanan kesihatan pada Ramadan ini, ingatlah bahawa transformasi melangkaui angka pada skala. Fokus untuk menjadi versi diri yang lebih sihat supaya dapat menjadi yang terbaik untuk keluarga, kerjaya dan yang paling penting, untuk diri sendiri!

Untuk maklumat lanjut mengenai Program ageLOC® TR90®, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY. – Getaran, 26 Mac 2024

Foto : Nu Skin

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN