web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Bergaya Dengan Rekaan Ilham Penelope Cruz

Bintang Sepanyol itu dilantik sebagai duta pertama jenama fesyen GEOX, hasilkan kapsul koleksi untuk musim luruh dan sejuk 23/24.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 10:15AM

Penelope Cruz memperagakan koleksi hasil kerjasama dengan GEOX.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kasut antarabangsa, GEOX, baru-baru ini mengumumkan bintang antarabangsa, Penelope Cruz sebagai duta jenama ini buat julung-julung kalinya.

Pengumuman itu dibuat ketika Minggu Fesyen Milan yang diadakan pada 19 hingga 25 September lalu. 

Penelope yang juga pemenang Oscar ini akan menjadi wajah kepada kempen pengiklanan global untuk jenama GEOX dan terbahagi kepada dua fasa.

Fasa pertama sejajar dengan pelancaran koleksi wanita untuk musim luruh/sejuk untuk tahun 23/24 dan fasa kedua didedikasikan khas untuk koleksi musim bunga/panas 2024. 

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran jenama untuk meningkatkan imejnya dan meningkatkan bahagian pasarannya dalam segmen wanita.

Mengulas tentang perkara ini, Pengasas dan Pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato, memaklumkan berasa cukup teruja menantikan episod baharu yang menarik itu.

Bagi beliau, mengiktiraf Penelope Cruz sebagai duta adalah langkah ideal untuk menyampaikan falsafah utama jenama GEOX. 

“Syarikat kami telah mengalami pertumbuhan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami sangat teruja kerana Penélope Cruz menjadi duta GEOX yang pertama.

“Beliau akan membawa jenama GEOX ke persada antarabangsa kerana dirinya mempunyai evolusi stail yang mengaburkan garis antara kecantikan, kesejahteraan dan keselesaan, satu falsafah kemenangan yang sentiasa menyokong rekaan kami,” ujar Mario.

Pada masa sama, Mario berkata, kerjasama strategik GEOX dan Pelenope itu bersesuaian dengan imej beliau yang berkredibiliti dan profesional.

“Beliau dipenuhi kualiti seperti profesionalisme, kesederhanaan, kekuatan, keanggunan dan perwatakan ini nilai yang sejajar dengan semangat dan aspirasi jenama GEOX,” ujar beliau lagi. 

Lebih istimewa, Penélope Cruz dan kakaknya, Mónica Cruz, seorang ballerina dan pelakon yang berbakat, bersama-sama mencipta satu koleksi kapsul menawan untuk musim bunga dan panas tahun hadapan. 

Koleksi eksklusif ini direka dengan bijak untuk memenuhi keperluan wanita moden yang mendambakan gabungan praktikal dan imaginasi, menggabungkan keanggunan dengan keselesaan bersama. 

“Lebih dua dekad, saya dan Monica telah menceburi pelbagai kolaborasi dalam dunia fesyen. Minat kami pada fesyen dan kegembiraan berkolaborasi telah mendorong kami untuk menjalinkan kerjasama terbaharu ini.

“Koleksi yang kami hasilkan ini mendapat inspirasi daripada falsafah jenama GEOX, yang memerlukan bahan dan teknologi yang terbaik, serta mengekalkan aura yang bergaya,” ulas Penelope.

Dengan inspirasi Mediterranean yang kuat, Geox oleh Penélope dan Mónica Cruz memfokuskan pada rona hangat seperti oren, merah dan merah jambu. Koleksi yang ditunggu-tunggu ini termasuklah pelbagai jenis jaket, pakaian ringan, dan kasut yang dipersembahkan dalam warna-warna pastel yang sesuai digayakan untuk pelbagai acara. 

Mengintai kepada rekaan kasut yang bakal dilancarkan, tidak mustahil jika ramai yang menyimpan hasrat untuk memilikinya.

Setiap satu rekaan tampil menawan dan nampak selesa apabila disarungkan di kaki, dan yang paling penting ia diyakini mampu menyerlahkan penampilan. 

Antara koleksi pakaian luar yang mungkin menarik perhatian pencinta fesyen ialah trench coat kalis air yang ia diperbuat daripada bahan kitar semula.

Biarpun pakaian sebegini tidak popular di Malaysia, namun percayalah ia akan nampak hebat apabila disarungkan ketika anda sedang menikmati percutian musim luruh dan sejuk di luar negara. 

Jika gemar menyarungkan padanan aktif dan mementingkan keselesaan sepanjang hari, boleh dapatkan jaket ringan yang direka untuk menahan hujan pada musim bunga seperti jaket parka.

Tidak ketinggalan jaket labuh Doralea yang sempurna untuk percutian bandar pada musim luruh. Jaket yang dilengkapi dengan tali pinggang ini mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih langsing dan menawan.

Koleksi GEOX oleh Penélope dan Mónica Cruz boleh didapati di semua butik Geox utama di seluruh dunia dan dalam talian di https://www.geox.com/int/l/penelope-cruz-x-geox mulai Februari 2024. - Getaran, 15 Oktober 2023

Foto: GEOX 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia