web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beli Kotak Signature Market Tanda Sokongan Kepada Pejuang Kanser Payudara

Kempen ‘It’s ME’ Signature Market meraikan kecantikan dalaman dan ketabahan semua wanita dengan slogan ‘Unleash Your Brilliance’.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 1:47PM

Sebahagian daripada jualan kotak hadiah Signature Market It's ME akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Oktober ini, Signature Market dan Plan Origins bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara menjayakan kempen ‘It’s ME’ sempena meraikan Pinktober yang didedikasikan untuk golongan wanita, khususnya pejuang-pejuang kanser. 

Kali ini, Signature Market dan Plan Origins mendapat inspirasi daripada perjalanan luar biasa wanita yang berani mengharungi perjalanan hidup mereka dengan kekuatan dan ketahanan diri.

Ia menekankan tentang kekuatan dan kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan, serta meraikan kecantikan dalaman dan ketabahan semua wanita dengan slogan ‘Unleash Your Brilliance’.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kempen ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa jenama terkenal antarabangsa dan tempatan yang sudi menyumbang produk dan perkhidmatan mereka bagi mencipta kotak hadiah yang direka untuk menggalakkan wanita menyerlahkan kecantikan dalaman dan semangat luar biasa mereka. 

Antara jenama terkenal antarabangsa yang terlibat ialah Marc Jacobs, philosophy, Libresse, Blackmores, Wardah, dan Youvit serta jenama tempatan Neutrovis dan Sunway Medical Center.

Bersama-sama, jenama ini telah menghasilkan sebuah kit yang direka khas bagi menyediakan wanita dengan alat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan yang cergas bertenaga. 

Lebih membanggakan, sebahagian hasil jualan kotak hadiah itu akan didermakan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 

Pada permukaan setiap kotak hadiah itu terpampang nama kempen, ‘It’s ME’, frasa yang bukan sahaja mengesahkan pemerkasaan dan penerimaan diri tetapi turut menekankan kepentingan untuk wanita mencorak naratif mereka sendiri. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang, berkata kempen itu bertujuan memberikan rakyat Malaysia peralatan atau barangan yang diperlukan bagi merkea mengambil langkah pertama untuk kehidupan lebih sihat.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan jenama-jenama hebat ini bagi meraikan wanita di seluruh Malaysia, tanpa mengira latar belakang mereka atau apa yang sedang mereka lalui ketika ini.

“Misi kami di Signature Market sememangnya adalah untuk memberikan rakyat Malaysia peralatan atau barangan yang diperlukan oleh mereka untuk mengambil langkah pertama ke arah kehidupan lebih sihat. 

“Sama ada kesihatan fizikal, mental atau emosi. Kami juga sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara pada tahun ini untuk mengembangkan lagi sumbangan kepada komuniti di sekeliling kami,” katanya. 

Setiap kotak hadiah It’s ME dijual pada harga RM49.90 dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Signature Market, Lazada, Shopee serta di kedai jenama itu di Design Village Pulau Pinang dan di Signature Market Experience Store yang terletak di IOI Putrajaya. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila ikut mereka di Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang. – Getaran, 14 Oktober 2023

Foto : Signature Market

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia