Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lima Pakaian Tradisional Negara Islam Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Ia sopan dan mungkin bersesuaian untuk diperagakan rakyat Malaysia.

Gaya Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 7:16PM

Pemakaian busana sopan dari negara Islam lain kini mulai menjadi pilihan masyarakat Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pakaian tradisional merujuk kepada busana turun-temurun dan menjadi indentiti sesuatu etnik.

Ia juga lazim merujuk pakaian dari sesuatu kawasan dan tempoh masa, selain faktor lain seperti agama, status dan kedudukan dalam sesebuah masyarakat.

Seperti negara lain, Malaysia juga mempunyai pakaian tradisional yang unik.

Biarpun mempunyai pelbagai mangsa dan etnik yang menganut agama berbeza-beza, apabila menyebut nama Malaysia, terus terbayang baju kurung dan baju Melayu yang sopan, sesuai dengan pakaian bercirikan Islam.

Jika orang Melayu di Malaysia boleh berbangga dengan baju kurung dan baju Melayu, ada juga masyarakat Islam di negara lain yang turut berbangga dengan pakaian tradisional masing-masing yang turut diperagakan di luar dari negara terbabit.

Di sini, penulis kongsikan lima pakaian tradisional negara Islam yang mungkin sesuai untuk diperagakan oleh rakyat Malaysia.

Niqab

Biarpun ia bukanlah sejenis pakaian yang lengkap, sebaliknya sebagai sebahagian daripada busana yang sering dipakai wanita dari negara Arab bagi melindungi muka dan hanya menampakkan bahagian mata.

Niqab sering dipakai di negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Kuwait, Qatar, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selalunya ia berwarna hitam, dan dipadankan dengan pakaian lain seperti abaya, namun kini sudah ramai pereka fesyen yang menggunakan fabrik berwarna.

Kelihatan sopan, namun pemakaian niqab lebih berunsur budaya dan ia kini sudah mulai dipakai oleh wanita Islam Malaysia yang tidak mahu mata bukan mahram menatap wajah mereka.

Abaya

Abaya atau nama lain aba pula adalah baju luar berpotongan ringkas dan longgar seakan-akan jubah wanita, yang dipakai diatas pakaian lain.

Sebagai pakaian luar, ia labuh dan melepasi paras pakaian di sebelah dalam supaya ia tidak mudah kelihatan.

Asal-usul abaya masih tidak dapat dijelaskan dengan tepat namun beberapa ahli sejarah mengatakan ia sudah mula dipakai sejak tamadun purba Mesopotamia, sekitar 4,000 tahun dahulu.

Beberapa ahli sejarah kontemporari mengesahkan bahawa abaya diperkenalkan di Arab Saudi sekitar 80 tahun lalu. Ia dibeli oleh pengembara yang datang dari Iraq dan Iran.

Malah, pemakaian abaya menjadi sebahagian daripada fesyen yang sinonim dengan wanita Islam dari benua Afrika serta Semenanjung Arab.

Chador

Chador atau chada adalah sejenis pakaian luar, berfungsi sama seperti abaya namun bentuknya seakan-akan tudung yang labuh yang sering dipakai oleh wanita di negara-negara dipengaruhi budaya Parsi seperti di Iran, Afghanistan, Pakistan selain beberapa kawasan dan komuniti Syiah di Iraq, Bahrain, dan Qatif di Arab Saudi.

Chador tidak mempunyai bukaan tangan atau sebarang butang, cengkaman dan seumpamanya.

Sebaliknya ia disarung dari atas kepala kemudian dipegang dengan tangan di bahagian depan kain semasa berjalan supaya kedudukan pakaian tersebut tidak bergerak-gerak.

Thobe

Pakaian yang digelar thobe atau thawb seringkali dilihat di kawasan padang pasir dan diperagakan oleh lelaki namun terdapat juga beberapa rekaan yang sesuai disarungkan oleh wanita.

Seperti abaya, thobe adalah sejenis pakaian seakan-akan jubah namun panjangnya separas buku lali. Malah, antara gelaran popular yang selalu disebut oleh sesetengah orang ialah jubah Arab.

Kebiasaannya ia dikombinasikan dengan seluar putih longgar dan berasal daripada semenanjung Arab, namun rekabentuknya berbeza-beza mengikut etnik dan negara seperti Arab Saudi, UAE, Oman, Kuwait dan Qatar.

Thobe lebih bergaya jika dilengkapi dengan kuffiya iaitu sejenis kain penutup kepala dipakai bersama dengan tali (agal) yang diikat di bahagian atas kepala.

Kini, pakaian ini boleh didapati dengan pelbagai warna lain terutamanya pada musim sejuk.

Shalwar Kameez

Shalwar kameez ialah pakaian gabungan tradisional yang dikenakan oleh wanita akan tetapi terdapat juga golongan lelaki di beberapa wilayah di Asia Selatan serta Asia Tengah yang memakainya.

Ia berasal daripada India terdiri daripada shalwar iaitu seluar yang lebar di bahagian pinggang tetapi sempit bahagian celana manakala kameez pula sejenis baju panjang.

Bagi wanita yang memakai salwar kameez, mereka biasanya akan mengenakan tudung atau selendang di kepala.

Kini sudah terdapat beberapa jenis shawar kameez yang lebih moden dan diperagakan secara kasual. – Getaran, 8 Oktober 2023

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN