web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Nak Botak, Kaum Lelaki Boleh Cuba Rangkaian 50 Megumi Men Baharu 

Produk utama, Anti-Hair Loss Treatment Essence membantu mengurangkan keguguran rambut sebanyak empat peratus dalam masa empat bulan

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 8:56AM

Produk 50 Megumi Men yang mengandungi 50 bahan istimewa bagi menangani masalah keguguran rambut. gambar 50 Megumi

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti kaum wanita, lelaki juga berdepan masalah penampilan yang merunsingkan. Salah satunya adalah kebotakan. Memang benar ada wanita menganggap lelaki botak itu seksi dan menawan, tetapi mungkin bilangannya tidak seberapa. Sebab itulah,  ada lelaki botak atau hampir botak mengalami masalah kurang keyakinan diri. 

Menurut laporan terkini, seramai  50 peratus lelaki berumur 50 tahun dan ke atas mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu, juga terdapat peningkatan daripada segi jumlah kes lelaki yang mula mengalami masalah rambut gugur pada usia muda. 

Lebih membimbangkan, 25 peratus mengakui masalah keguguran rambut memberikan impak ketara kepada keyakinan diri mereka, sekali gus menjejaskan perhubungan dan kerjaya mereka sebelum mencecah usia 21 tahun.

50 Megumi Men menampilkan dua pilihan syampu iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo. gambar 50 Megumi
50 Megumi Men menampilkan dua pilihan syampu iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo. gambar 50 Megumi

Menyedari betapa penting isu ini, 50 Megumi memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu dengan formulasi khas bagi menangani keguguran rambut dalam kalangan lelaki. 50 Megumi adalah jenama penyelesaian keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dengan lebih 10 juta produk terjual di seluruh dunia.

Berbekalkan kepakaran jenama itu dalam menangani keguguran rambut, rangkaian baharu ini menampilkan dua produk syampu dan satu esen rawatan rambut yang direka khas untuk menyuburkan kulit kepala, meningkatkan pengaliran darah, menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, di samping memberi pengalaman yang menyegarkan.

“Keguguran rambut bukan hanya menjejaskan paras rupa, malah ia turut mengubah persepsi terhadap diri sendiri dan identiti. Lama-kelamaan, ia mencetuskan kebimbangan yang akhirnya mengundang kemurungan. Itulah sebabnya kami menghasilkan rangkaian 50 Megumi Men baharu, satu penyelesaian yang membantu mengembalikan semula rambut dan keyakinan diri anda,” ujar  Pengurus Kanan Jenama 50 Megumi, Aaron Wong, 

Majlis pelancaran 50 Megumi Men oleh Pengurus Kanan Jenama, Aaron Wong; Pengurus Jualan Kebangsaan, Kenny Lee dan Eksekutif Barangan Guardian, Nurul Asyikin. gambar 50 Megumi
Majlis pelancaran 50 Megumi Men oleh Pengurus Kanan Jenama, Aaron Wong; Pengurus Jualan Kebangsaan, Kenny Lee dan Eksekutif Barangan Guardian, Nurul Asyikin. gambar 50 Megumi

Berkesan dan menjimatkan wang

Manfaat rangkaian 50 Megumi Men dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Dengan penggunaan harian yang konsisten, pengguna boleh mengurangkan masalah keguguran rambut sebanyak 45 peratus dalam tempoh empat bulan.  

Sebotol esen dapat bertahan sehingga 40 hari jika digunakan sebanyak dua kali sehari, menjadikannya satu penyelesaian yang mudah dan menjimatkan kos pengurusan keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Pada majlis pelancarannya baru-baru ini, doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin sempat berkongsi mengenai faktor penyumbang keguguran rambut dalam kalangan lelaki. 

“Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang dalam kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan.

“Menyedari faktor ini, cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat,” ujar beliau.

Sesi perkongsian pakar bersama doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin. gambar 50 Megumi
Sesi perkongsian pakar bersama doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin. gambar 50 Megumi

Produk utama dalam rangkaian 50 Megumi Men baharu adalah 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence. Esen rambut ini hanya perlu digunakan secara langsung pada kulit kepala.

Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat. Teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikannya sesuai untuk lelaki yang sibuk, kerana ia tidak menjejaskan gaya rambut serta tidak perlu dibilas dengan air. 

Rangkaian 50 Megumi Men juga menampilkan dua pilihan syampu, iaitu 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh dan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo. 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina segar bagi menghilangkan lebihan minyak pada rambut dan menguatkan akar rambut. 

50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani  kelemumur secara berkesan.

Setiap produk dalam rangkaian 50 Megumi Men dirumus khas dengan 50 bahan terpilih yang merangkumi kosmetik moden, herba tradisional dan bahan semula jadi yang sesuai dengan keperluan unik lelaki untuk mencegah keguguran rambut.

Rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di pasaran pada harga dari RM50 hingga RM150. Untuk maklumat lanjut mengenai 50 Megumi, sila layari https://50megumi.com.my/. - Getaran, 10 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia