Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Love, Bonito Sambut Ulangtahun Ke-13, Martabatkan Keindahan Warisan Batik

Love, Bonito bekerjasama dengan jenama batik tempatan yang diasaskan wanita, KANOE, untuk mencipta gabungan suai padan fesyen kontemporari yang menakjubkan

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 9:12AM

Sentuhan batik KANOE dalam semua rekaan Love, Bonito - gambar Love, Bonito

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen antarabangsa, Love, Bonito meraikan ulang tahunnya yang ke-13 Ogos ini dengan mempersembahkan 13 gaya ikonik yang telah membentuk personaliti jenama ini sehingga ke tahap hari ini. 

Bertepatan dengan bulan kemerdekaan, jenama itu turut menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada penggemar jenama ini dengan mengangkat warisan seni batik negara yang semakin mendunia. Love, Bonito bekerjasama dengan jenama batik tempatan yang diasaskan oleh wanita, KANOE, untuk menghasilkan gabungan suai padan fesyen kontemporari yang menakjubkan.

Pada acara istimewa yang diadakan baru-baru ini, pihak media berkesempatan melihat sendiri koleksi terbaharu, Best of The Best yang begitu menawan. Tampil dalam rona terang, ceria dan eksklusif, koleksi ini tidak mungkin dipinggirkan oleh stailista yang sentiasa memburu trend terkini! 

 Kaleni Padded Plunge Maxi Dress - gambar Love, Bonito
 Kaleni Padded Plunge Maxi Dress - gambar Love, Bonito

Warna Viva Magenta mewakili wanita yang berani dan bersemangat dalam komunitinya. Pabila dipadankan dengan koleksi batik KANOE, gaya yang tercipta lebih unik dan lain daripada yang lain. Ensembel menawan ini akan dipamerkan di empat stor Love, Bonito iaitu di Mid Valley, Sunway Pyramid, One Utama dan Fahrenheit88 bermula 4 Ogos ini. 

Bercerita lanjut tentang koleksi Best of The Best, ia menampilkan rekaan yang menjadi kegemaran dari dulu hingga kini peminat jenama ini. Malah, ia juga tidak lapuk ditelan zaman. Warna-warna yang ditampilkan merupakan Warna Pantone Tahun 2023 dan ia boleh digayakan untuk pelbagai acara. Si pemakai hanya perlu tampil berani dan bijak menyuai-padan.

Best of The Best Collection dalam warna Viva Magenta - gambar Love, Bonito
Best of The Best Collection dalam warna Viva Magenta - gambar Love, Bonito

Tempoh 13 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek untuk membina sebuah jenama yang terkenal. Beberapa wanita turut berkongsi kisah dengan sejarah Love, Bonito untuk sambutan ulangtahun kali ini. Ini termasuklah pembekal pakaian pertama mereka, Xiao Yi, yang mengambil peluang mencuba rekaan Love, Bonito (walaupun sebelum dijenamakan semula pada tahun 2010), model katalog pertama mereka, Jasmine, dan ramai lagi. 

Nama-nama ini turut berkongsi perjalanan ikhlas mereka bersama-sama Love, Bonito, dan anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kisah mereka ini di laman web rasmi mereka.

Pengarah Negara Love, Bonito, Joan Yeoh (lapan dari kiri) - gambar Love, Bonito
Pengarah Negara Love, Bonito, Joan Yeoh (lapan dari kiri) - gambar Love, Bonito

“Apabila melihat kembali koleksi-koleksi terdahulu, dan meraikan rekaan yang sangat digemari oleh komuniti kami, ia sungguh nyata. Sama seperti fabrik tenunan yang rumit, koleksi terlaris kami adalah kombinasi sempurna antara seni dan sains.”

“Dengan memanfaatkan semua maklumat  terperinci yang diperolehi sejak lebih 10 tahun lalu, 100 rekaan dan maklum balas berharga daripada komuniti kami, kami benar-benar mencipta ikon ini untuk wanita Asia,” kongsi Naib Presiden Reka Bentuk & Pembangunan Love, Bonito, Tingzhi Liu. 

Apa pilihan yang ada? 

Pvara Regular Flare Pants yang menimbulkan ilusi kaki yang panjang adalah rekaan yang sinonim dengan Love, Bonito. Potongan pinggangnya tinggi dan kakinya yang kembang di bawah sudah pasti membuatkan si pemakai kelihatan lebih langsing dan tinggi. Untuk koleksi Best of The Best ini ia hadir dalam warna Viva Magenta dan boleh digayakan dengan bahagian atas dan kasut berwarna neutral.  Kaleni Padded Plunge Maxi Dress pula merupakan gaun personifikasi terbaik untuk lagu hit Ariana Grande ‘God is a woman’.

Pvara Regular Flare Pants - gambar Love, Bonito
Pvara Regular Flare Pants - gambar Love, Bonito

Dengan garis leher yang menjunam, bahagian dada yang berlapik dan potongan siluet yang kembang, penampilan anda pasti membuat setiap mata yang memandang terpikat. Mailea Boat Neck Crop Top dan Mailea Side Pleat Column Skirt cukup sesuai digayakan oleh mereka yang suka tampil seksi dan berani.  Boleh dipakai pada acara hujung minggu bersama teman-teman, ataupun ketika menikmati hidangan hi-tea di kafe atau hotel pilihan.  

Mailea Boat Neck Crop Top dan Mailea Side Pleat Column Skirt - gambar Love, Bonito
Mailea Boat Neck Crop Top dan Mailea Side Pleat Column Skirt - gambar Love, Bonito

Untuk melihat 13 gaya yang ada, bolehlah ke laman web rasmi Love, Bonito. Koleksi Best of the Best ini berharga dari RM105-RM219. Rebut pelbagai tawaran istimewa sehingga 31 Ogos hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lovebonito.com/my - Getaran, 3 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN