web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Modestwear 'Mesti Cuba’ Untuk Gen Z Tampil Lebih Stylish

Bergaya sopan bukanlah alasan untuk mengetepikan stail, harus bijak mencari inspirasi!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 2:01PM

Tampil lebih stylish - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila bercerita tentang fesyen, ia sebenarnya topik yang cukup menarik dalam kalangan mereka yang mementingkan gaya. Ini kerana apabila seseorang itu tampil bergaya, ia boleh meningkatkan keyakinan diri.

Generasi Z atau Gen Z adalah golongan yang dilihat berani mengekpresikan diri dalam berfesyen. Mereka mencedok inspirasi daripada pelbagai aspek kehidupan - gaya hidup, pembelajaran, dekorasi rumah, masakan dan tentu sekali – stail. 

Tidak berlebihan jika dikatakan mereka ini pencetus trend, yakin dan kreativiti mereka tiada batasan. Tiada peraturan dalam dunia fesyen mereka. Semuanya berkaitan dengan mempamerkan gaya unik dan memberi ruang kepada imaginasi untuk bergaya!

Nak tahu apa rahsianya? Mereka rajin membuat rujukan. Maklumlah, semuanya kini di hujung jari. Sama ada penampilan ke tempat kerja, melepak, keluar temujanji atau beriadah, mereka ada rujukan untuk semua acara. Rujukan yang baik membentuk penampilan yang hebat, dan pasti akan menjadi tumpuan mata yang memandang!

Dengan Gen Z, modestwear pun boleh nampak trendy. Jom cedok stail mereka ini. Berikut 5 trend modestwear Gen Z yang anda boleh cuba sendiri.

Dapatkan item-item yang membolehkan anda mencuba trend-trend modestwear ini sewaktu LazLook Jualan Stail Paling Ons bermula esok, 2 Ogos hingga 4 Ogos. Semua item di bawah berharga RM49.

1. Co-Ord Sama Warna

Kredit gambar: Instagram Laylasania

Tema ton atas ton sebegini memang popular. Ceraian top dan seluar atau skirt membuat penampilan hijabi tampil sungguh anggun namun masih lagi sopan. Gayakan dengan tudung rona berbeza untuk memberi penegasan kepada stail keseluruhan dan membezakan warna antara top dan seluar atau skirt dengan tudung.

2. Oversized Sweater 

Kredit gambar: Instagram Bungaisme

Feature image : Lazada

Trend oversized sweater sebegini sudah lama bertahan dalam dunia fesyen. Tetapi asalkan ia masih cool, apa salahnya kan? Gayakan dengan tudung yang dililit minimal agar tidak mengganggu gaya keseluruhan. Jika berani, padankan juga dengan jeans baggy membawa tema 90-an bersama tas yang sedikit fancy untuk kelainan.

3. Kemeja Putih Oversize x Denim

Kredit gambar: Instagram Athinakamarudin

Item fesyen mesti ada! Kemeja putih oversize ini boleh digayakan pada bila-bila masa sahaja, walau ke mana jua. Ke kuliah, ke tempat kerja, bertemujanji dengan kekasih atau keluar bersama teman-teman, pasti anda menjadi yang paling stylish. Gayakan dengan skirt denim, nah anda akan menjadi ‘the ultimate’ gadis 90-an. Padankan dengan tas tangan dan hiasan yang minimal untuk melengkapkan gaya.

4. #BarbieCore Modestwear

Kredit gambar: Instagram Sharifahrose

Feature image : Lazada

Trend #BarbieCore sangatlah trending sekarang. Cuba lihat media sosial, banyak sahaja yang mahu menyertai trend dengan tandapagar (#) ini. Kenakan helaian pink untuk top dan seluar atau skirt, untuk turut serta dalam trend. Padankan dengan tudung yang berbeza warna dan lengkapkan gaya anda dengan mengenakan kaca mata hitam. Pilih tas tangan yang berwarna neutral untuk tidak mengganggu gaya.

5. Monokrom Beige Kim K

Kredit gambar: Instagram Khaininakhalil

Feature image : Lazada

Warna beige yang dipopularkan oleh Kim K ini memang tidak akan dimamah usia. Untuk menyuntik kelainan, padankan dengan satu lagi rona berbeza seperti kelabu. Gunakan warna ini untuk tudung, skirt dan kasut bertumit tinggi misalnya agar ia sepadan. Percayalah, anda akan jadi gadis paling stylish biar apa pun acara yang dihadiri.

Dengan tawaran bawah RM49, diskaun sehingga 80% untuk stail terpilih dan cashback 25%, semua yang anda inginkan ada di sini. Cuba gaya baharu tanpa berbelanja berlebihan sepanjang LazLook Jualan Stail Paling Ons dari 2 – 4 Ogos 2023.

Feature image : Lazada

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia