Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Alasan Berpakaian Sendat Melekat, Dapatkan LILIT.

LILIT. memperkasakan wanita dengan pelancaran koleksi pakaian aktif mereka yang sederhana dan inklusif

Gaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 9:40AM

Koleksi LILIT. activewear untuk wanita berhijab aktif bersukan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertudung tetapi bagaikan berbogel. Ini perumpamaan yang sering diungkapkan untuk mereka yang menutup kepala tetapi berpakaian sendat melekat. Selain kerana ingin ‘berfesyen’, ada juga yang memberi alasan sukar untuk mencari baju atau pakaian yang sesuai terutamanya untuk bersukan atau bersenam. 

Biasanya, mereka yang berhijab atau bertudung akan mengeluh jika mahu mencari pakaian yang sesuai untuk bersukan. Ini kerana baik baju atau seluar, ia tampil singkat, sendat dan melekat di badan. Habis terjojol semua aset yang ada. 

Memang tidak disangkal, jika dicari pasti ada, namun pilihan yang tersedia tidaklah ‘semewah’ untuk mereka yang tidak menutup aurat.

Bagi memenuhi keperluan inilah, LILIT., jenama yang menyediakan pakaian fesyen sopan untuk semua baru-baru ini telah melancarkan Activewear Collection untuk digayakan oleh wanita sopan dan menutup aurat. Jadi, golongan hijabista tidak perlu lagi mengeluh untuk kekal aktif. 

Direka untuk memperkasakan wanita daripada pelbagai jenis badan, koleksi ini menggabungkan gaya dan fungsi, membolehkan wanita menghadapi sebarang cabaran dengan yakin.

Koleksi Activewear mempersembahkan rangkaian pakaian pelbagai fungsi yang menggabungkan elemen fesyen dan kecergasan. Bintang utama koleksi ini termasuklah Oversized 2-in-1 Top, Regular Fit Yoga Pants, Running Hijab yang kesemuanya dihasilkan daripada fabrik yang menyejukkan, cepat kering dan meregang.

Pakaian yang direka dengan teliti ini memastikan keselesaan dan fleksibiliti sambil memastikan pemakainya dilindungi dengan bergaya.

"Bagi wanita yang ingin melakukan aktiviti fizikal dengan masih bertudung dan tampil sopan, koleksi aktif ini adalah salah satu pilihan terbaik dan kategori popular di LILIT. Tidak banyak pilihan untuk pakaian aktif sederhana di pasaran, dan LILIT bertujuan untuk menanganinya. ”

“Ciri unik kami termasuklah keselesaan, fungsi dan kesederhanaan. LILIT. ialah jenama minimalis yang menawarkan asas yang diperlukan oleh semua orang," ujar Pengarah Kreatif Kumpulan Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof.

“Di LILIT., kami amat percaya bahawa fesyen dan kecergasan berjalan seiring. Koleksi Activewear kami direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan semua wanita, menampilkan pelbagai saiz daripada XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).”

“Kami berdedikasi untuk menawarkan setiap wanita peluang untuk mencari kesesuaian sempurna dan bersenam dengan sentuhan gaya sederhana. Koleksi itu kini boleh dibeli di semua cawangan LILIT. Dan secara dalam talian di laman web rasmi kami. Harga untuk koleksi ini bermula dari RM99 hingga RM169,” ujar Pengurus Jenama di LILIT. Amee Halim pula.

Untuk meraikan pelancaran koleksi terbaharu ini, LILIT. berbesar hati untuk menawarkan tawaran menarik kepada pelanggan yang ingin berbelanja. Dari 6 hingga 30 Julai hadapan, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM250, termasuk produk daripada koleksi Activewear, di mana-mana cawangan LILIT., akan berpeluang memutar roda dan memenangi hadiah menarik sehingga RM200. 

Promosi ini sudah pasti menambah keseronokan tambahan kepada pengalaman membeli-belah anda, bahkan mengeratkan lagi hubungan antara LILIT. dan pelanggan yang dihargai.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan koleksi sopan ini kerana tiada lagi alasan untuk hijabista tampil mencolok mata dengan pakaian sendat ketika beriadah. Anda boleh teruskan gaya hidup aktif tanpa perlu berasa bersalah atau bimbang dengan umpatan orang sekeliling. Dengan LILIT. tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat.

Foto : LILIT.

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Refleksi 10 jam yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN