web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kulit Kendur dan Berkedut Boleh Diatasi Dengan 'Retinal Resculpt Overnight Treatment'

Terbukti secara klinikal, produk ini membantu memulih dan meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit yang semakin berkedut serta ‘menipis’ bagaikan kertas krep.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 6:07PM

Proses penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan namun jangan abaikan penjagaan kulit muka, pastikan ia sentiasa dijaga dan dirawat. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin bertambah usia, semakin hilang keanjalan kulit. Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, masalah penuaan ini pasti mengganggu fikiran. Tidak mustahil anda juga merupakan salah seorang individu yang selalu ingin ‘menegangkan’ atau 'menghaluskan' kulit? Selain itu, adakah lipatan kulit di leher juga turut mengganggu anda?

Memang benar, graviti sedang memainkan peranannya, namun janganlah terlalu selesa sehingga mengabaikan penampilan sehingga hilang rasa yakin diri. Struktur asas kulit semakin rosak dari semasa ke semasa jika anda tidak melakukan sesuatu.

Inilah yang dipanggil penuaan, proses semulajadi yang merampas keremajaan dan daya tahan kulit. Kulit kemudiannya memperbaharui dirinya pada kadar yang lebih perlahan dari sebelumnya. 

Terdapat juga kerosakan yang disebabkan oleh matahari, perubahan berat badan dan beberapa faktor lain yang menyebabkan kulit mula hilang keanjalan, dan sebelum anda sedar, rahang sudah kelihatan ‘jatuh’. Tidak lagi terletak cantik.

Murad memperkenalkan Retinal ReSculpt Overnight Treatment untuk merawat kulit. 
Murad memperkenalkan Retinal ReSculpt Overnight Treatment untuk merawat kulit. 

Di sinilah Murad memainkan peranannya. Jenama yang dipercayai untuk merawat masalah kulit dengan produk yang selamat, terbukti secara klinikal dan bebas kekejaman ini cuba membantu, dengan memperkenalkan Retinal ReSculpt Overnight Treatment. 

Produk berkuasa yang mengangkat dan memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol, salah satu bentuk Vitamin A yang paling mujarab.

Terbukti secara klinikal untuk menangani tanda-tanda utama penuaan dengan memulihkan penampilan leher yang kendur, produk ini membantu memulih dan meningkatkan keanjalan dengan menghaluskan kulit yang semakin berkedut serta ‘menipis’ bagaikan kertas krep.

"Teknologi yang digunakan dalam produk ini diadaptasi dan disesuaikan daripada aplikasi farmaseutikal, yang membolehkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment memberikan kestabilan yang dipertingkatkan dan penghantaran yang disasarkan jauh ke dalam permukaan  kulit. 

Bahkan, keberkesanan adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol bebas, namun ia masih bertindak lembut pada kulit," ulas Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon.

Produk rawatan kulit ini mengandungi ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun selain ditambah dengan ekstrak oat serta alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit. - Gambar dari Murad
Produk rawatan kulit ini mengandungi ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun selain ditambah dengan ekstrak oat serta alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit. - Gambar dari Murad

Tidak cukup dengan itu, produk rawatan kulit ini juga ditambah dengan ramuan ‘next-generation’ iaitu ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, kedutan halus dan menyokong daya tahan, dengan ekstrak oat dan alpha glucan yang membantu menambah seramida (lipid yang didapati secara semula jadi di lapisan kulit yang paling atas) untuk meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.

Kesan yang boleh dilihat adalah dramatik. Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut dan tidak sekata akan tampil lebih anjal, lembut dan halus. Transformasi kulit ini akan bertambah baik jika produk digunakan dalam tempoh yang lama, iaitu kira-kira empat minggu. 

Formulanya yang berkhasiat, yang baik untuk kulit seimbang, berminyak, kering atau kombinasi akan membuatkan kulit anda berasa lebih anjal, lembut dan lembap.

"Terkenal dengan Retinol Youth Renewal Serum yang klasik yang memberikan penambahbaikan yang nyata pada tanda-tanda penuaan ringan hingga sederhana, produk Murad yang terbaharu Retinal ReSculpt Overnight Treatment akan memberikan hasil yang dipertingkatkan dan faedah pemulihan untuk tanda-tanda penuaan yang lebih serius, sambil menyihatkan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit," ujar Pengarah Murad Malaysia, Jason Choy.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, sila layari laman web Murad. - Getaran, 8 Jun 2023 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia