Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Uji Bakat Pencarian Model Neonate Dapat Sambutan Ramai Termasuk TikTokers, Pelakon Dan OKU Berkerusi Roda

Menurut pemilik jenama Neonate, Karl Shafek, mereka mencari model dari kalangan orang biasa termasuk warga emas, orang asli dan bertubuh 'plus size'.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 8:00PM

Neonate mencari model dari kalangan orang biasa untuk mewakili jenama mereka di pentas KL Fashion Week - Gambar Instagram Neonate

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu lalu telah berlangsung uji bakat pencarian model untuk pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 atau KL Fashion Week (KLFW) untuk jenama Neonate milik selebriti Karl Shafek. 

Uji bakat yang berlangsung selama dua hari di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini telah mendapat sambutan hangat kerana Neonate bukan sahaja mencari model profesional, malah dari kalangan orang biasa untuk mewakili jenama mereka di pentas fesyen berprestij itu nanti. 

Menurut Karl, seramai hampir 800 orang peserta telah hadir ke sesi uji bakat untuk mencuba nasib menjadi model peragaan. 

“Alhamdulillah, sambutan untuk sesi uji bakat kali ini sangat memberangsangkan. Bukan sahaja wajah-wajah baharu yang hadir, tetapi wajah-wajah terkenal seperti Imran Bard (pempengaruh), Shahidan Izwan (pelakon) dan Zachery Pung (model profesional) turut hadir. 

“Antara yang memeranjatkan saya adalah kehadiran seorang orang kurang upaya (OKU) yang hadir dengan berkerusi roda. 

“Dia telah membuatkan beberapa kru serta pengadil menitiskan air mata apabila mengetahui kekurangannya sejak lahir itu namun masih mempunyai impian yang tinggi untuk menjadi peragawan profesional.

“Kami amat terharu kerana dia memberitahu dia hanya memilih untuk menjadi model Neonate dan mengharapkan kami memberikan peluang kepadanya,” katanya kepada Getaran.

Ditanya apakah kriteria yang dicarinya dalam pencarian model ini, Karl menjelaskan, Nenonate sentiasa ingin tampilkan wajah real people (orang kebanyakan) dalam setiap pertunjukan fesyen mereka.

Real people bermaksud orang biasa yang ada minat untuk menjadi model, namun ada faktor yang selalunya tidak melayakkan mereka mencapai impian tersebut kerana faktor ketinggian, saiz badan yang terlalu kurus atau plus size.

“Jenama Neonate adalah satu jenama streetwear yang mana ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. 

“Jadi, saya tidak mahu hanya model profesional yang menggayakan koleksi fesyen saya ini  di pentas peragaan. Amat penting untuk saya bawa orang-orang biasa untuk memakai pakaian yang saya hasilkan.

“Saya juga mengharapkan akan ada orang asli, kaum minoriti dari Sabah, Sarawak atau warga emas yang akan hadir.

“Namun kerana uji bakat ini diadakan di Kuala Lumpur, ia mungkin menyukarkan mereka untuk datang. 

“Saya akan meneruskan pencarian ini di platform TikTok mulai 26 Julai (hari ini)  pula khas buat yang tidak dapat hadir,” kongsinya. 

Ditanya sama ada dia sudah menemui calon-calon yang sesuai untuk berjalan di pertunjukan fesyennya nanti, kata Karl, dia masih lagi mencari beberapa karakter yang belum ditemui sewaktu uji bakat secara fizikal. 

“Disebabkan TikTok juga adalah rakan strategik Neonate yang bertindak sebagai platform media sosial rasmi, jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan lagi pencarian sehingga Ahad, 31 Julai 2020. 

“Sesiapa yang berminat boleh menyertai dengan menghantar video uji bakat mereka di akaun TikTok sendiri dan wajib untuk menyertakan tag @neonate.company, @tiktokmalaysia, @voltbar.official serta @aeonretailmy,” katanya. 

Karl juga berharap setiap peserta yang menghadiri uji bakat secara dalam talian ini akan dapat menjadi diri mereka sendiri. 

“Contohnya, jika dia bertindik di wajah, jangan sorok.  Jika dia botak, jangan pakai rambut palsu, jika dia ada parut di muka atau badan, tak perlu cover dengan make-up

“Tunjukkan sahaja kesemua keistimewaan yang ada.  Buat video pengenalan diri, profil wajah dan badan dari hadapan, kiri dan kanan dan rakam cara berjalan dengan penuh gaya dalam satu video. 

“Saya nasihatkan juga untuk tidak menggunakan sebarang filter kecantikan supaya mudah kami menilai keaslian kulit serta fizikal mereka,” kongsinya. 

Jelas Karl lagi, setakat ini tiada kuota yang ditetapkan untuk peratusan kategori model profesional dan orang biasa dalam pertunjukan fesyennya nanti. 

“Buat masa ini tiada lagi kuota untuk kedua-duanya, namun saya membayangkan akan ada 50 peratus model profesional dan 40 peratus orang biasa dan 10 peratus artis terkenal sebagai muse yang akan menggayakan koleksi Neonate di pentas KL Fashion Week 2022 nanti.” - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran