web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Segalanya Tentang Wildside Yohji Yamamoto!

Yohji Yamamoto melancarkan platform dalam talian terbaharu, ‘Wildside Yohji Yamamoto’.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 4:47PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yohji Yamamoto Inc telah melancarkan sebuah projek konseptual dalam talian pertama yang diberi nama ‘Wildside Yohji Yamamoto’ dengan konsep berwarna hitam selaku lambang jenama.

Rumah fesyen asal Tokyo itu telah melancarkan projek konseptual ini di dalam pelbagai genre, bukan sahaja dalam bentuk fesyen, tetapi juga dalam bentuk seni, reka bentuk dalaman dan gaya hidup.

Antara item istimewa dilancarkan sempena pelancaran ini adalah  seperti ‘Needles’, ‘Noma t.d’, ‘Hysteric Glamour’, ‘Ambush’ dan ‘Minedenim’.

Koleksi Wildside Yohji Yamamoto juga turut dilancarkan pada waktu  yang sama.  Dengan tema ketenteraan, kerja dan sukan sebagai kata kunci, unsur-unsur yang diekstrak daripada intipati Yohji Yamamoto dibina semula dengan satu rasa kasual.

Koleksi ini merupakan sebuah koleksi uniseks yang telah dikemaskini dengan penyesuaian dan kefungsian moden.

Dari sudut cadangan idea seni, Wildside Yohji Yamamoto bekerjasama pula dengan beberapa galeri dan artis yang mempunyai hubungan rapat dengan jenama itu. Galeri Taka Ishii pula mempersembahkan ‘Tights’, sebuah karya representasi jurugambar, Daido Moriyama dan lukisan oleh pelukis, Tomoo Gokita.

Sebuah lukisan khas lain daripada yang lain oleh artis kontemporari, Takeru Amano untuk Wildside Yohji Yamamoto juga akan tersedia tidak lama lagi.

Galeri Akio Nagasawa mempersembahkan gambar-gambar bagi seni bina Tadao Ando yang diambil jurugambar, Takay.

Sebagai tambahan kepada ‘Fesyen’ dan ‘Seni’, platform dalam talian itu juga menampilkan kategori ketiga iaitu ‘Kandungan’ yang merangkumi wawancara, dialog dan artikel.

Jenama ini turut merancang untuk mengeluarkan kandungan dari semasa ke semasa yang akan membantu orang ramai untuk menikmati projek ini.

Menariknya, Wildside Yohji Yamamoto turut merancang untuk membuka sebuah kedai utama di Jepun pada musim luruh 2022. 

Layari Wildside Yohji Yamamoto untuk maklumat lanjut. – Getaran, 26 Julai 2022

Gambar: Wildside Yohji Yamamoto

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan