web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suntikan Elemen Fesyen Terkini Untuk Sut Lelaki

Wardrobe mengabadikan elemen fesyen terkini untuk koleksi ‘Acme Society’ di Mercedes Benz Fashion Week 2022.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 10:00AM

Koleksi 'Acme Society' Wardrobe bakal menampilkan barisan 30 sut lelaki - Gambar ihsan Wardrobe

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama Wardrobe bakal mempersembahkan epilog fesyen daripada koleksi trilogi mereka yang dinamakan sebagai ‘Acme Society’ di Mercedes Benz Fashion Week 2022.

‘Acme’ yang bermaksud tahap keunggulan mutlak ini bakal menonjolkan sisi matang serta personaliti lelaki.

Koleksi ini menampilkan barisan 30 sut lelaki, “Sut klasik akan sentiasa relevan dalam dunia fesyen lelaki, terutamanya di dalam kategori luxury. Ia merupakan DNA dan prinsip utama kami.

“Namun, kami juga perlu beradaptasi dengan aspirasi dan keinginan terkini pelanggan kami,” kata Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe.

Melalui koleksi ini, Heng nekad mencabar konsep pemakaian sut tradisional, “Wabak yang melanda dunia telah mengubah senario global dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor fesyen.

“Misalnya, sut lelaki kini direka mengikut gabungan elemen pakaian yang berbeza. Lelaki masa kini lebih cenderung memadankan sut mereka bersesuaian dengan citarasa,” ujar Heng.

Rona pudar koleksi disulam dengan elemen mewah dan selesa supaya mudah digayakan. Heng mengabadikan citarasa lelaki masa kini yang bergaya.

Ia menonjolkan konsep penceritaan koleksi dengan nilai-nilai masyarakat fesyen yang majmuk.

Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ini bakal hadir dalam rona tanah, kelabu dan corak fesyen yang pelbagai.

Sut direka dalam jenis polos, petak dan jaluran, Acme Society turut disuntik dengan sentuhan fesyen yang vibrant dan berani dengan rona gelap seperti hitam dan merah hati.

“Sejujurnya, pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia mutakhir ini telah banyak mempengaruhi saya sebagai seorang manusia dan pereka fesyen.

“Kini, saya lebih berani dengan pilihan-pilihan saya dan lebih terbuka untuk bereksperimentasi. Acme Society mengukuhkan hakikat ini. 

“Di sebalik semua yang terjadi, kami tetap mampu menyuntik elemen bersahaja dalam keanggunan dan kehalusan pembuatan sut lelaki,” akhiri Heng. – Getaran, 19 Julai 2022

Gambar: Wardrobe



 

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 3 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 4 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan