web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Bergaya Lebaran Ini Bersama The Fashion Journal

Setia City Mall membawakan butik konsep baharu yang memaparkan tujuh jenama tempatan di bawah satu bumbung.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 11:22AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Fashion Journal merupakan butik konsep terkini yang terletak di aras UG-135 di Setia City Mall. Ruang fesyen istimewa ini menampilkan tujuh jenama tempatan bermula April 2022.

Pengurus Besar Setia City Mall, Vivien Phuah berkata, gedung itu mahu memperkenalkan satu konsep baharu demi memberi kepuasan dan pengalaman membeli-belah yang menarik.

“The Fashion Journal lahir daripada sebuah impian untuk mencipta satu ruang unik bagi menyokong jenama tempatan dengan menyediakan satu platform dan ruang khas untuk mereka.

“Ia konsep yang unik kerana setiap jenama memiliki identiti tersendiri. Ia bagaikan syurga bagi mereka yang suka membeli-belah, dengan variasi pilihan produk fesyen dan kecantikan tempatan.

“Malah, sambil membeli-belah mereka juga dapat menikmati secawan kopi bersama teman-teman setelah penat membeli-belah,” ucap Phuah.

Antara jenama yang terdapat di The Fashion Journal seperti Bayu Somerset yang terkenal dengan rekaan Baju Kurung Kedah dan Kebaya. Binwani’s pula menawarkan pilihan fabrik menawan.

Seterusnya, Locka menyediakan pakaian rekaan terkini. Umma melengkapkan barisan jenama fesyen dengan rekaan busana versatil dan sopan untuk wanita moden.

“Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian The Fashion Journal. Ia memberi peluang kepada kami untuk memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai penggemar fesyen di luar sana.

“Kami yakin fesyen terkini yang ditampilkan akan menarik minat rakyat Malaysia yang mencari keanggunan untuk disarungkan di hari lebaran,” kata Shukri Shari, Pengarah Kreatif Locka.

Penggemar produk kosmetik pula pastinya teruja dengan Nita dan Syedewa. Nita menawarkan rangkaian kosmetik yang menjadi pilihan wanita muda yang menggemari warna-warna pop.

Manakala, Syedewa merupakan jenama kosmetik yang khusus untuk semua jenis tona kulit. Jangan lupa, singgah di Oh Apong bagi menikmati kopi dan aiskrim gula apong yang enak.

“Rangkaian kosmetik kami bebas ujian terhadap haiwan dengan harga yang sangat berpatutan. Produk kami bebas alergen dan sesuai semua tona kulit,” kata Aznita Azman, pengasas Nita.

Kunjungi The Fashion Jurnal di Setia City Mall untuk nikmati pelbagai promosi raya eksklusif. Layari The Fashion Journal untuk maklumat lanjut. - Getaran, 12 April 2022

Gambar: Setia City Mall

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN