web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#Zaloraya2022 : Menyambut Kemeriahan Lebaran

Tampak lebih anggun dan menawan dengan busana menarik buat musim perayaan ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pastinya setiap wanita mahu tampil lebih berseri, segar dan menarik buat sambutan lebaran tahun ini. Tahukah anda memilih pakaian sesuai dan cantik pada hari pertama Syawal mampu membangkitkan aura positif terhadap diri sendiri dan juga persekitaran?

Jadi, bagi menambah keriangan musim perayaan, Zalora bersama aplikasi ‘beli sekarang dan bayar kemudian, Atome telah melancarkan kempen #Zaloraya2022 bagi membantu wanita tampil lebih sempurna dan bergaya. 

Bertujuan untuk mengembalikan mood raya yang sudah malap ekoran pandemik, kempen ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan beberapa pereka fesyen tanah air seperti Nurita Harith, Maslea, Tom Abang Saufi, Lubna, Raeesa, Yadotsa, Zalia dan ramai lagi. 

Nampaknya, warna terang mendominasi kempen raya kali ini dengan rekaan busana klasik, moden dan kontemporari. Kepelbagaian seleksi busana lebaran yang ditawarkan pasti membuat anda rambang mata. Jadi, jom kita lihat apa yang menarik tentang persalinan-persalinan busana raya #Zalora2022.

TAS oleh Tom Abang Saufi
TAS oleh Tom Abang Saufi

Tidak lengkap rasanya jika kita tidak melihat koleksi Aidilfitri rekaan pereka fesyen terkemuka, Datuk Tom Abang Saufi. Koleksi ini banyak mengambil inspirasi daripada motif etnik dan turut disuntik dengan elemen cetakan flora dan fauna di Borneo.

“Koleksi ini dihasilkan apabila PKP ditamatkan dan kita dibenarkan keluar dari gua dan melancong ke pulau-pulau semula. Setiap corak disulami dengan motif semulajadi dan melambangkan rasa kegembiraan serta kebebasan melihat laut.

"’Ia seakan menggambarkan cahaya matahari selepas hujan. Kami ingin meniup semula suasana positif dan ceria selepas dua tahun menghadapi COVID-19 blues,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, koleksi ini dipersembahkan di bawah jenama kedua pereka fesyen ini iaitu TAS. Tidak dinafikan, jenama ini sentiasa tampil dengan kelainan dalam menghasilkan koleksinya dan membuatkan ramai teruja.

Maslea
Maslea

Bertemakan ‘Jendela Waktu’, koleksi lebaran jenama Maslea masih mengekalkan elemen tradisional dalam rekaan busananya walaupun mendapat sentuhan moden. Bagi koleksi kali ini, Maslea mempamerkan gaya busana sofistikated yang memberikan nafas moden kepada potongan klasik kebaya ketat, baju labuh, dan kebarung.

 Kemasan pada fabrik juga disiapkan dengan perincian yang teliti untuk menyerlahkan rekaan mewah kepada setiap busana. Setiap kebaya juga sesuai dipadankan dengan batik lepas, kerongsang dan selendang pada sebelah bahu agar tampak lebih elegan.

Koleksi ini sesuai buat mereka yang ingin tampil minimalis dan ringkas namun tetap menawan dan glamorous

Lubna
Lubna

Tidak mahu kalah dalam menghasilkan rekaan busana yang inovatif dan kreatif, Lubna sekali lagi tampil dengan koleksi raya yang menonjolkan corak-corak unik. Menurut jenama ini apa yang ingin ditampilkan adalah wanita yang yakin dan tidak menyembunyikan keaslian dan keunikan diri sendiri. 

Walaupun baju kurung adalah pilihan baju raya yang paling cliché, namun koleksi ini diterjemahkan dengan rekaan baju kurung yang moden dan terdiri daripada limpahan warna terang. Sesuai buat mereka yang mahu menonjolkan sisi yang lebih ceria dan quirky di pagi raya.

Nurita Harith
Nurita Harith

Koleksi NH oleh Nurita Harith menyaksikan tren potongan bahu tahun 80-an dan permainan warna pastel yang sangat digemari oleh pereka ini. Nampaknya, potongan bahu kembang atau tajam yang dipadankan dengan warna seperti biru muda, merah jambu, ungu lembut, dan hijau pudina mampu membuat kita tampil lebih muda dan glowing.

Rekaannya ini turut dihias indah dengan kain les, renda dan cetakan floral yang menjadi lambang keanggunan kebanyakan koleksinya. Bukan itu sahaja, koleksi ini juga memaparkan siluet klasik bagi mengekalkan elemen feminin.

Untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi #Zaloraya2022, jangan lupa layari laman sesawang rasmi Zalora. - Getaran, 29 Mac 2022
 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan