web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mudah Dan Selesa: Produk Solekan Musim Bunga Anda Wajib Ada 

Tahukah anda meluangkan lebih masa untuk penjagaan diri adalah satu bentuk ‘self love’? Kami senaraikan beberapa produk solekan yang bertekstur ringan dan selesa dipakai.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik ini telah membuatkan kita berasa malas untuk bersolek dan menjaga penampilan. Apatah lagi bila ramai daripada kita bekerja dari rumah dan perlu memakai pelitup muka bila keluar.

Walaupun lebih sering menghabiskan waktu di dalam rumah, namun tahukah anda meluangkan lebih masa untuk penjagaan diri adalah satu bentuk ‘self love’?

Jadi apakah cara terbaik untuk meraikan keindahan diri dengan produk solek baharu yang tahan lama dan didadan pada diri.

Photo Finish Silkscreen Primers oleh Smashbox 

Bagi mendapatkan hasil solekan yang lebih sempurna, anda haruslah memilih produk primer berdasarkan jenis kulit samada berminyak, kering, kombinasi, normal, sensitif atau berjerawat.

Primer bukan sahaja memastikan solekan tahan lama malah akan membantu menyembunyikan masalah kulit yang tampil jelas pada kulit wajah seperti liang pori terbuka dan cela di wajah.

Primer ini hadir dalam empat jenis yang mempunyai fungsi yang berbeza. Namun begitu, ciri persamaanya adalah ia mudah diapplikasikan pada kulit dan membolehkan solekan kelihatan lebih menyatu.

Selain itu, ia juga membentuk lapisan baharu sekali gus memberi efek tekstur kulit yang rata dengan mengisi lubang pada bekas jerawat.

Meskipun formulasinya agak melekit, ia terasa sangat ringan dan selesa dipakai di bawah produk muka.

Hebatnya, bahan-bahan yang digunakan seperti Asid Hyaluronik, Probiotic Extract dan Vitamin A serta C, juga mampu melindungi dan menyuburkan kulit anda. 

Maskara Big by Definition Mascara oleh Sephora Collection

Meskipun hargaya mesra poket, tidak dinafikan bahawa maskara keluaran terbaharu Sephora ini mampu memberi kesan dramatik yang cukup memuaskan.

Malah dakwatnya tidak bergumpal dan memberi kesan berketul-ketul seperti banyak maskara di pasaran.

Berusnya juga dicipta khas untuk memastikan setiap sapuan meliputi setiap bulu mata dan membuatkannya lebat serta lentik bagaikan bulu mata anak patung. Bukan itu sahaja, maskara ini juga senang ditanggalkan.

Bagi penulis, maskara adalah salah satu produk solek yang penting untuk menaikkan seri pembayang mata dan membuatkan solekan tampak lebih menyerlah.

Jadi, jika anda sedang mencari maskara yang bagus tanpa membakar lubang poket, inilah produk buat anda. 

Soft Pinch Liquid Blush Oleh Rare Beauty

Terkenal dengan rangkaian produk kecantikannya, jenama Rare Beauty tidak perlu diperkenalkan lagi.

Ditubuhkan dengan misi untuk meraikan keunikan setiap individu, Selena Gomez selaku pengasas Rare Beauty ingin para pengguna untuk menghargai keaslian diri sendiri.

Walaupun masih baharu dalam dunia kecantikan, jenama ini cukup teliti dalam pemilihan formulasinya. Hadir dalam 11 rona, pemerah pipi rangkaian Soft Pinch Liquid Blush ini mempunyai tekstur yang ringan dan selesa didandankan sepanjang hari. 

Menariknya pemerah pipi ini mempunyai fungsi dua dalam satu dan boleh juga digunakan sebagai lip tint.

Sejujurnya, penulis juga menggunakan pemerah pipi ini terutamanya ketika berada di penggambaran. Oleh sebab teksturnya yang pekat, anda hanya perlu  titikkan dua titis sahaja untuk mendapatkan efek semula jadi.

Jadi jika anda ingin kelihatan lebih mudah, segar dan glowy, kami cadangkan pemerah pipi Soft Pinch Liquid Blush yang sesuai untuk semua jenis kulit muka. 

Palet Pembayang Mata Pastel Palette oleh Natasha Denona 

Tahan lama dan tidak mudah retak, pembayang mata hasil Natasha Denona tidak pernah mengecewakan. Bagi meraikan musim baharu, mereka telah melancarkan palet pembayang mata khas buat mereka yang menggemari gaya solekan yang lebih menarik dan berani. 

Palet ini disusun dengan pelbagai warna pastel dan terang sehingga membolehkan pecinta makeup menghasilkan gaya solekan berbagai. Formulasinya yang bertekstur butter dan lembut juga memudahkan setiap warna dicampurkan dengan hanya satu sapuan. - Getaran, 22 Mac 2022

Semua gambar: The PR People

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Rona-Rona Girang Perayaan Rangwali Holi Di Kuil Shree Lakshmi Narayan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Walaupun Digosipkan Bercinta Dengan Ahli The Chainsmokers, Selena Gomez Mati-Mati Kata Dia Single

3

Gaya 4 tahun yang lalu

Tampil Anggun Dan Berseri Sepanjang Lebaran Dengan 5 Produk Ini

4

Gaya 4 tahun yang lalu

5 Tren Kacamata Musim Bunga Dan Panas Buat Anda!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden