Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Tampil Anggun Dan Berseri Sepanjang Lebaran Dengan 5 Produk Ini

Minggu ini kami kongsikan produk-produk kecantikan yang wajib ada dalam beg solekan anda, terutama pada musim perayaan ini.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 4:10PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun tidak dapat beraya di kampung halaman berikutan pandemik COVID-19, semestinya perayaan kali ini cukup bermakna apabila dapat berkumpul dengan ahli keluarga tersayang. Meskipun sambutan kali ini disambut dalam keadaan yang sedikit kalut, namun ia tetap memberikan kenangan yang berharga.

Selain perasaan gembira, solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap kaum Hawa. Minggu ini kami kongsikan produk-produk kecantikan yang wajib ada dalam beg solekan anda sepanjang musim perayaan ini. 

 

#1 Tatcha The Dewy Skin Cream

Bagi mendapatan hasil solekan yang sempurna dan lebih kemas, penggunaan losyen pelembap adalah wajib dalam setiap rutin kecantikan.

Boleh dikatakan losyen pelembap, ‘Tatcha The Dewy Skin Cream’ mengandungi ramuan impian bagi sesiapa yang mempunyai kulit kering dan ingin menghaluskan kulit dalam masa yang singkat.

Menariknya, produk ini mampu membuat solekan kelihatan tidak bercapuk.

Produk yang kaya dengan campuran ekstrak botani, teh hijau, beras ungu Jepun dan alga ini menyerap ke dalam kulit dengan mudah sambil menghidratkannya. Krim ini juga mempunyai kandungan antioksidan yang menyeluruh. 

Bagi mereka yang ingin kulit yang lembap dan gebu sepanjang hari, pelembap ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Apa yang bagusnya, produk ini tidak melekit, ringan dan terus menyerap selepas disapu pada kulit wajah.

Anda kini tidak perlu risau lagi bila keluar beraya waktu panas terik. Muka anda tidak akan kemerah-merahan sebab selaran matahari lagi kerana produk ini boleh membantu untuk mengurangkan kerengsaan kulit.

 

#2 Supergoop! Unseen Sunscreen SPF 40 PA+++ 

Saat melawat orang tersayang dan bersuka ria beraya, jangan lupa untuk pastikan kulit anda tetap terlindung daripada sinaran matahari. Meskipun berada di dalam rumah sahaja, rutin penggunaan komputer dan telefon pintar secara tidak langsung membuatkan kita semakin terdedah kepada sinaran cahaya yang merosakkan kulit.

Cahaya matahari (UV) tidak lagi menjadi ‘perosak’ tunggal kepada kulit kita, malah cahaya biru dari peranti juga kini menjadi ancaman kepada kulit. Jadi, tidak kiralah anda berada di dalam rumah sekalipun, kulit seharusnya dilindungi dengan SPF.

Supergoop! Unseen Sunscreen SPF40 bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung matahari tetapi juga krim dasar primer mutiara yang membuat wajah tampak segar dari dalam. Menariknya, ia tahan peluh dan dirumus dengan mineral pemantul sinar dan sebatian emolien.

Tekstur produk ini juga cukup ringan, tidak melekit dan membuatkan aplikasi cukup selesa. Jadi, biarpun berada di dalam rumah, anda tidak akan rasa membebankan kulit dengan sapuan produk ini. 

 

#3 Sephora Collection Best Skin Ever Foundation

Apabila mula terasa panas, anda mungkin risau bedak asas akan semakin hilang. Oleh itu, ia sangat penting untuk menggunakan bedak asas yang sesuai dengan jenis kulit muka kita.

Sapuan ringan bedak asas yang boleh membolehkan kulit bernafas serta menghidratkan kulit merupakan ciri-ciri yang unggul dalam iklim panas.

Jadi, jika anda sedang mencari bedak asas yang mampu memberi penghidratan yang menyeluruh sambil mencantikkan dan meratakan kulit dengan optimal, bedak asas ‘Sephora Collection Best Skin Ever Foundation’ adalah terbaik buat anda!

Mengandungi bahan-bahan seperti ekstrak brown algae dan asid hyaluronik, bedak asas ini mampu bertahan selama 12 jam dan melindungi kulit daripada pencemaran. Tambahan pula ia sangat sesuai buat mereka yang ingin ciptakan solekan semula jadi.

 

#4 Nudestix Mini Nudies Bestsellers Kit

Ya sudah tentu, gincu memainkan peranan yang besar dalam bersolek. Tiada gincu, tiada seri. Tidak kira apa sahaja warna atau kemasan kesukaan anda, peranan gincu tidak boleh dinafikan. 

Jika anda jenis malas dan lebih suka produk yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja, anda pasti akan suka ‘Nudestix Mini Nudies’. Produk berbentuk pensil ini tampil dengan enam warna menarik dan boleh dijadikan sebagai gincu, pemerah pipi serta pembayang mata.

Dicipta dengan formula tahan lama dan ringan, produk ini juga kalis air dan tidak mengeringkan bibir. Jadi anda tidak perlu lagi risau jika warna gincu atau pemerah pipi anda hilang selepas sehari berpeluh.

 

#5 MAC Cosmetics Magnificent Moon Eyeshadow Palette

Sejak pemakaian pelitup muka dijadikan satu kewajipan, ramai mula beralih fokus pada solekan mata dan belajar untuk meriasnya dengan warna-warna yang dramatik.

Bagi anda yang mahu berjinak-jinak dengan pembayang mata atau mahu menambah koleksi, kami cadangkan palet pembayang mata terbaharu MAC ini.

MAC Cosmetics Magnificent Moon Eyeshadow Palette dilengkapi dengan enam rona tanah yang mampu membuat solekan anda tampak lebih natural dan segar pada siang hari serta solekan berkabut (smokey) pada malam hari.

Malah rona-rona ini sangat sesuai untuk setiap jenis tona kulit yang sukakan aura berani dan ‘bold’. Dengan hanya satu palet ini, anda boleh bereksperimen dengan gaya riasan mata dan cabar kreativiti diri. 

Pigment campuran bahan-bahan yang digunakan juga memberikan warna teksturnya lebih lembut, mewah, tahan lama dan mudah untuk disebatikan bersama warna pembayang mata yang lain. - Getaran, 3 Mei 2022

Semua gambar: The PR People

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 21 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 16 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 12 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN