web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Tren Kacamata Musim Bunga Dan Panas Buat Anda!

Bagi meraikan musim bunga dan panas, Safilo Group telah melancarkan koleksi terbaharu mereka yang menampilkan pelbagai jenis rekaan dan warna kacamata.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 10:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kacamata bukan sahaja dapat melindungi mata dari sinaran matahari tetapi ia juga merupakan aksesori fesyen yang sangat bergaya. Menariknya, kacamata mampu membantu melengkapi gaya pakaian seseorang serta membuatkan penampilan mereka tampak lebih eksklusif dan elegan.

Jadi, apabila ingin memilih sepasang kacamata yang sesuai, kita harus mempertimbangkan bentuk wajah kita terdahulu dan bukan berdasarkan tren fesyen semata-mata. Buat pemilik wajah bujur, pemilihan lebih senang kerana boleh memilih kacamata bersaiz dan bentuk apa sahaja mengikut citarasa yang diinginkan.

Bagi meraikan musim bunga dan panas, Safilo Group telah melancarkan koleksi terbaharu mereka yang menampilkan pelbagai jenis rekaan dan warna kacamata unik dari jenama-jenama tersohor dalam dunia fesyen. Kami senaraikan lima tren kacamata yang wajib anda miliki musim ini. 

Kacamata Mata Kucing (Cat-eye)

Carolina Hererra Cat Eye (Pearls: CH 0002/S Sunglasses)

Jimmy Choo (JC Logo & Pearls: SONJA/G/N/S Sunglasses)

Kacamata berbentuk mata kucing bukanlah satu model baharu yang hanya menjadi tren seketika dahulu. Model ini dianggap sebagai salah satu bentuk klasik yang sesuai digayakan sepanjang masa. Khusus buat koleksi musim ini, jenama seperti Carolina Herrera, Isabel Marant, Jimmy Choo dan lain-lain turut menampilkan bingkai mata kucing dalam beberapa saiz untuk memberi alternatif pilihan gaya buat para pembeli.

Bingkai ini boleh dikatakan sangat universal kerana padan dengan pelbagai jenis muka dan dapat memberi efek muka yang lebih defined serta structured. Oleh itu, jika anda ingin muka tampak lebih ramping dan kurus, pilihlah bingkai ini.

Kacamata Aviator

Marc Jacobs Aviator (The Light: MJ 1048/ Sunglasses)

Nampaknya kacamata Aviator tidak kehilangan popularitinya dalam kalangan generasi muda. Buat anda yang suka bergaya dengan kacamata, pastinya tidak asing juga dengan istilah kacamata aviator. 

Selain daripada bentuk klasiknya, kacamata ini memberikan aura yang lebih edgy, maskulin dan berani kepada sesiapa yang menggayakannya.  Kini, kacamata ini tidak hanya memiliki warna hitam, tetapi sudah hadir dalam beraneka ragam warna menarik.

Oleh sebab lensa yang tebal berbandingkan kacamata lain, ia memberi perlindungan mata secara menyeluruh dari pengaruh sinar UVA dan UVB. Untuk pengetahuan semua, kacamata yang bersifat unisex ini sangat sesuai untuk mereka yang berwajah kotak, persegi panjang dan bulat malah senang dipadankan dengan apa-apa pakaian.

Kacamata Bingkai Tebal

Marc Jacobs (The Icon: MJ 1046/S Sunglasses)

Carolina Hererra (Stripes: CH 0020/S Sunglasses)

Tampilkan keberanian anda dengan bingkai yang lebih menarik dan bold. Selain bermain dengan pilihan warna, anda juga dapat memilih bingkai tebal dengan berbagai bentuk. Marc Jacobs kini menampilkan beberapa kacamata bingkai tebal dengan warna terang yang serasi dengan musim ini. Carolina Herrera pula menyediakan pelbagai reka dan corak bingkai yang lebih bulat dan unik, sesuai buat mereka yang suka menonjolkan gaya funky dan tersendiri. 

Kacamata reflector dan ombre

Levi’s (LV 1022/S & LV 1023/S)

Pilihan bergaya buat para wanita adalah kacamata yang mempunyai kecerunan warna (ombre). Jenis kacamata ini bakal memberikan imej misteri dan mampu menarik perhatian ramai orang kerana kelihatan chic dan segar. Lihat sahaja pada warnanya, lensa ini memiliki warna yang lebih vibran dan mampu menghidupkan pakaian yang bosan dan ‘biasa’. 

Jadi, jangan takut untuk mencuba warna yang luar biasa dan menarik selain daripada kacamata hitam pada musim bunga dan panas ini.

Bingkai Kacamata Transparan 

9 Marc Jacobs (The Mod: MJ 1052/S Sunglasses)

Akhir-akhir ini tren kacamata vintage berbingkai transparan kembali mendominasi dunia fesyen. Banyak para pecinta fesyen di media sosial mula menjadikan kacamata ini sebagai aksesori pelengkap gaya mereka bagi menyuntik sifat klasik. 

Tambahan pula,  bentuknya yang begitu fleksibel serta warna-warni yang ditawarkan dapat memberi kesan ringan dan riang pada gaya pakaian anda. Dengan bingkai jenis ini dan lensa yang lebih gelap, ia bakal menjadikan kacamata sebagai pusat perhatian.

Bagi menghindari bingkai transparan ini terlihat tenggelam, sebaiknya pilih busana yang berwarna cerah dan terang. Bukan itu sahaja, ia juga turut memberi efek pencerahan pada kulit wajah anda. - Getaran, 15 Mac 2022

Sumber gambar: Safilo Group

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Panduan Menghadapi Musim Panas Melampau Di Malaysia

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Musim Panas: Lebih 100 Penduduk Kuala Sungai Di Gua Musang Mula Simpan Air

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Rona-Rona Girang Perayaan Rangwali Holi Di Kuil Shree Lakshmi Narayan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kreativiti Dan Tanggungjawab Diperlukan Untuk Berjaya, Kata Jimmy Choo

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden