web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kreativiti Dan Tanggungjawab Diperlukan Untuk Berjaya, Kata Jimmy Choo

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 9:30AM

Jimmy Choo - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komuniti perniagaan dan usahawan memerlukan kreativiti dan tanggungjawab untuk berjaya terutamanya untuk mengharungi masa sukar, kata iProfesor Datuk Dr Jimmy Choo, OBE (Honorary Order of the British Empire).

Ratu Elizabeth II telah mengurniakan anugerah OBE kepada Choo atas sumbangannya kepada industri fesyen.

Pereka kasut antarabangsa itu berkata kebanyakan perniagaan atau usahawan yang berjaya tidak pernah berputus asa dengan idea mereka terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran dan mereka sentiasa mencari pendekatan inovatif untuk mengatasi halangan.

Beliau berkata usahawan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan ekonomi dan berinovasi serta menerima kemajuan teknologi supaya mendapat perhatian daripada pelanggan.

“Jika anda fikir perniagaan anda bakal menuju kegagalan maka anda mesti mengetahui sebabnya. Cuba ubah pendekatan, model perniagaan atau pelan anda untuk menjadikannya berkesan.

“Sekiranya ada sesuatu yang anda tidak tahu, anda harus bertanya kepada orang ramai. Jika anda berdiam diri, anda tidak akan belajar,” katanya pada program bual bicara Bernama TV - “The Nation” semalam.

Beliau menegaskan pemilik perniagaan perlu mempunyai perkara baharu untuk dipersembahkan kepada pelanggan kerana strategi pemasaran terbaik adalah promosi mulut ke mulut.

“Lakukan perancangan dan ambil berat terhadap pekerja anda dan apa yang paling penting, bertanggungjawab terhadap kesejahteraan mereka.

“Mengambil kira pendapat pekerja akan membantu pemilik perniagaan menunjukkan kepada para pekerja bahawa majikan menghargai mereka (pekerja),” katanya.

Seterusnya ia akan membolehkan syarikat itu dihormati dalam perniagaan, kata Choo.

Mendiang Puteri Diana dan ahli keluarga diraja yang lain adalah antara pelanggan terkenal ikon fesyen antarabangsa itu.

Pada September tahun lepas, Choo melancarkan sekolah fesyen London bernama ‘JCA London Fashion Academy’, sekolah itu menawarkan kursus reka bentuk fesyen yang menggabungkan pengajaran terkini dalam reka bentuk kontemporari dengan kemahiran keusahawanan yang diperlukan untuk menyediakan dan memacu jenama fesyen yang berjaya.

Beliau berkata pendidikan amat penting kerana seseorang menimba banyak ilmu menerusi pendidikan, ia juga dapat membangunkan kemahiran baharu. - Bernama

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh