web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Bayu Somerset' Hasil Cetusan Di Sebalik Cabaran COVID-19

Jenama fesyen baju kurung kedah dan kebaya ‘Bayu Somerset’telah berjaya mencipta nama bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi luar negara sehingga United Kingdom (UK) dan Australia.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:47AM

Pemilik dan Pengarah Urusan Bayu Somerset Siti Nurdiana Kamalul Arifin, 29, (kiri) bersama suaminya Mohamad Emir Mohamad Fauzi, 29, (kanan). Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum genap setahun, jenama fesyen baju kurung kedah dan kebaya ‘Bayu Somerset’, hasil cetusan Siti Nurdiana Kamalul Arifin berjaya mencipta nama bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi luar negara sehingga United Kingdom (UK) dan Australia.

Namun, di sebalik kejayaan itu, ‘Bayu Somerset’ yang bermaksud ketenangan dan keselesaan (Bayu) dan diambil sempena sebuah daerah di UK (Somerset) yang menjadi tempat kesukaan usahawan muda itu ketika belajar di sana, dihasilkan ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Siti Nurdiana, 29, berkata ketika wabak itu menjengah pada 2020, beliau yang berniaga secara sambilan menjual baju raya, melihat cara perniagaan turut berubah dengan beralih kepada kaedah dalam talian kerana pada masa itu sekatan pergerakan dilaksanakan menyebabkan orang ramai tidak dapat keluar rumah membeli-belah di kedai.

“Tanpa melengahkan masa saya bertekad untuk mengambil kursus e-dagang dan pemasaran dalam talian dalam pengurusan perniagaan. Pandemik ini membuka mata bahawa jualan di alam maya amat meluas dan boleh menjangkau sesiapa sahaja walaupun tiada kedai fizikal,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu kemudian mengasaskan perniagaan sendiri pada Julai 2021 dengan modal RM10,000 bersama suaminya Mohamad Emir Mohamad Fauzi, 29, walaupun tiada ilmu dan pengalaman dalam jahitan.

Bekerja dalam industri perbankan selama lebih lima tahun, Siti Nurdiana tidak terfikir akan bertukar pekerjaan menjadi usahawan yang merupakan minat dan cita-citanya sejak sekian lama, namun terpendam akibat sibuk dengan kerjaya ketika itu.

“Sepanjang 2020 saya banyak menguasai ilmu tentang e-dagang dan tahun seterusnya saya bersedia melangkah keluar dengan mengasah kemahiran untuk penggambaran dan promosi barang jualan untuk dimuat naik ke laman web jualan.

“Saya tidak menyangka jualan berlipat ganda pada raya tahun lepas sekali gus jenama ini mendapat perhatian ramai bukan sahaja bangsa Melayu malah pelbagai lapisan masyarakat tempatan selain permintaan turut meningkat termasuk dari negara jiran seperti Brunei dan Singapura,” katanya.

Siti Nurdiana berkata koleksi jenama ‘Bayu Somerset’ kini mencecah 190 corak dan terus maju dengan pembukaan butik pertama di Setia City Mall, Shah Alam selain merancang untuk memperluaskan jenama itu ke pasaran ASEAN yang dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang.

“Ciri-ciri koleksi ‘Bayu Somerset’ ialah keselesaan, fabrik yang digunakan adalah kain kapas yang senang dijaga, coraknya juga ringkas selain harga mampu milik menjadi tarikan pelanggan dan sasaran saya ialah golongan berusia 20 hingga 40 tahun yang ingin berbaju tradisional dengan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membuka peluang kepada pelajar yang melakukan latihan amali di butiknya untuk mengasah bakat dalam bidang perniagaan industri fesyen termasuk reka bentuk dan seni kreatif, fotografi serta pengurusan dan perakaunan.

“Pasukan saya ada 13 orang, semuanya muda dan bercita-cita tinggi. Tujuan kami mengambil pelatih adalah supaya kita dapat mengasah potensi mereka serta mempersiapkan generasi muda untuk menjadi usahawan dengan lebih yakin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik