web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Sopan Dan Sentimental Di Hari Raya 

LILIT. X Nurita Harith mempersembahkan ‘Slightly Sentimental’ sempena Hari Raya Aidilfitri.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 2:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang hampir tiba, LILIT. menampilkan kolaborasi pertamanya dengan pereka fesyen tempatan, Nurita Harith. 

Koleksi ini diberi nama Slightly Sentimental yang mendapat inspirasi daripada saat-saat Nurita merasa bahagia, semasa dia menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai Cape Town.

Slightly Sentimental merangkumi rangkaian busana, gaun, hijab dan tas tangan dengan warna, motif dan tekstur yang menggambarkan kebebasan serta ketenangan lautan.

“Saat memikirkan masa paling lapang dan gembira, saya terfikirkan semasa saya sedang menyaksikan matahari terbenam yang indah di Cape Town.

“Berkat nilai sentimental dan memori itu, saya mahu mencipta koleksi yang boleh mencetuskan perasaan gembira, cintai diri dan semangat dalam diri semua wanita.

“Bersama LILIT. kami dapat menghidupkan impian ini dengan menggunakan warna-warna yang ‘mengalir’, lembut dan tenang. 

“Kami harap koleksi ini membenarkan mereka yang memakainya ‘hadir’ pada musim perayaan, tetapi tetap menjadi sentimental pada hari-hari yang memberi mereka kegembiraan,” katanya.

Pengurus Pemasaran LILIT., Shasha Sekharan pula berkata, “Kami sangat teruja bekerjasama dengan Nurita Harith. Dia memiliki visi yang sama iaitu sudut pandang hidup yang bertenaga. 

“Kita semua sudah lama mendambakan untuk melancong atau bertemu orang yang tersayang, terutamanya semasa musim perayaan ini.

“Kebiasaan lalu seperti itu, kini sudah menjadi sesuatu yang sangat istimewa. Dengan koleksi ini, kami ingin mengingatkan para pelanggan kami untuk mengenang masa lalu mereka yang indah. 

“Selain itu, dengan berkolaborasi bersama Nurita, kami selangkah lebih dekat dalam menghasilkan busana sopan yang boleh didapati secara meluas untuk semua orang,” jelasnya. 

LILIT. x Nurita Harith boleh didapati dalam talian melalui lilitstore.com atau aplikasi LILIT serta secara fizikal di butik LILIT. - Getaran 15 Februari 2022

Semua gambar: LILIT

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 2 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN