web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurnalis Fesyen Ikonik, Andre Leon Talley Meninggal Dunia

Dunia fesyen dikejutkan lagi dengan satu khabar duka tahun ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 3:48PM

Gambar: AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarang, pengarah, jurnalis dan pengkritik fesyen, Andre Leon Talley menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun akibat serangan jantung.

Menurut TMZ, mendiang meninggal dunia di sebuah hospital yang tidak dimaklumkan namanya di White Plains, New York, Amerika Syarikat.

Membesar dengan persekitaran gereja, Andre yang terkenal dengan penampilan busana jubah dan kaftan Afrika itu dilahirkan pada 1948 di Washington DC.

Dia mula meminati fesyen seawal usia sembilan tahun apabila menemui majalah Vogue pertamanya di perpustakaan tempatan.

Setelah meningkat dewasa, Andre berpindah ke New York bagi mengejar cita-cita dalam dunia fesyen dan pernah bekerja dengan pengarang fesyen legenda, Diana Vreeland.

Kerjaya fesyen Andre mulai memuncak apabila dia dilantik sebagai pengarang Interview Magazine, majalah kepunyaan Andy Warhol.

Dia kemudian menggalas tanggungjawab sebagai pengarang majalah WWD di Paris, Perancis, sebelum bekerja bersama Anna Wintour di Vogue US sebagai pengarah kreatif. - Getaran, 19 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden