web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beli 3 Kemeja-T Ini Demi Kebajikan! 

#SupportLocal membeli sambil menderma, sokong barangan tempatan yang menyumbang kepada kebajikan.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 2:22PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini Malaysia sedang menghadapi salah satu banjir terburuk dalam sejarah. 

Hujan berterusan yang luar biasa membanjiri Lembah Klang sehingga membuatkan bandar-bandar utama seperti Shah Alam dan Klang hampir ‘tenggelam’.

Bersama-sama, kita sebagai rakyat Malaysia boleh menghulurkan tangan, membantu meringankan beban mangsa banjir dengan memberi sokongan yang diperlukan. 

Membeli sambil menderma, kebaikan anda boleh mengubah walau secebis kehidupan mereka! 

Love Respect Unity

Love Respect Unity ialah satu projek amal antara CROSSOVER dengan rakan-rakan jenama seperti Carhartt, Challenger, F-lagstuf-f, mo’des, Patta, FUCT, Hikari Riders dan 333 Studio.

Projek ini bertujuan membantu mereka yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara baru-baru ini. 

Istimewanya, 100% daripada hasil pembelian akan disalurkan kepada Global Peace Mission Malaysia dalam membantu mangsa banjir yang terjejas akibat bencana alam ini.

Kemeja-T khas ini berharga RM169.90 dan hanya terbuka untuk pesanan hingga 9 Januari 2022. 

Klik untuk membeli: Love Respect Unity

Instagram: @crossoverconceptstore

OURDIN

MYDIN menyeru seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan dalam membantu mangsa banjir melalui kempen OURDIN.

Melalui kempen ini, anda boleh menyalurkan dana untuk membantu mereka yang memerlukan sambil bersolidariti bersama rakyat Malaysia yang lain dengan semangat #RakyatJagaRakyat.

Dengan sokongan anda, 100% hasil kutipan dalam bentuk kewangan akan diberikan kepada mangsa banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan.

Kemeja-T OURDIN ini berharga RM55 sehelai.

Klik untuk membeli: OURDIN

Instagram: @mydinmalaysia 

KamiBorneo

KamiBorneo merupakan satu gerakan kemasyarakatan yang bertujuan untuk mendidik dan menerapkan minda belia Borneo untuk berbakti kembali kepada masyarakat, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. 

Gerakan ini menganjurkan aktiviti-aktiviti sukarelawan dan memberi bantuan dari segi  ekonomi dan pendidikan kepada golongan miskin serta mengajar masyarakat terpinggir di Borneo supaya celik mengenai hak mereka sebagai rakyat Malaysia. 

KamiBorneo ditubuhkan pada 2018 ketika tragedi kebakaran yang menimpa perkampungan atas air masyarakat pesisir pantai laut Sabah. Kesusahan yang dialami oleh rakan, keluarga dan masyarakat membuatkan pengasas KamiBorneo nekad menjalankan gerakan ini.

Tidak hanya terhad kepada rakyat Sabah dan Sarawak, KamiBorneo juga boleh dianggotai perantau dan anak Borneo di Semenanjung serta seluruh rakyat Malaysia di negeri-negeri Malaysia Barat.

KamiBorneo bergerak melalui sumbangan orang ramai, hasil duit persendirian, jualan cenderamata dan kemeja-T KamiBorneo. Sesungguhnya, bantuan ikhlas walau hanya seringgit, mampu memberikan nikmat yang sungguh tidak terkata buat golongan yang memerlukan. 

Klik untuk membeli: KamiBorneo

Instagram: @kami.borneo - Getaran, 4 Januari 2022

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Warga Emas Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Langgar Lari: Pemandu SUV Diburu Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden