Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Don Don Donki & Pawagam GSC Kini Di Tropicana Gardens Mall

Cawangan kedua JONETZ by Don Don Donki di pusat beli-belah terkenal ini adalah yang terbesar di Malaysia manakala pawagam GSC ini dilengkapi 12 skrin terbaharu yang menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa. 

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 3:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tropicana Corporation Berhad baru-baru ini mengumumkan tentang pembukaan rantaian peruncitan popular Jepun, JONETZ by Don Don Donki dan juga cawangan terbaharu pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema (GSC) di Tropicana Gardens Mall, Tropicana Indah, Petaling Jaya, Selangor. 

“Apabila dua jenama popular ini memilih untuk membuka cawangan mereka di pusat beli-belah ini, pihak kami sangat berbesar hati dan menganggap ia pencapaian hebat. Kehadiran JONETZ by Don Don Donki dan GSC pasti meningkatkan keyakinan peruncit terkemuka yang ada di Tropicana Gardens Mall.

"Pusat beli-belah ini dibuka pada Mac 2020 lalu, iaitu ketika dunia dilanda pandemik COVID-19, dan pada waktu itu kadar penyewaan yang diraih hanya 27% dan meningkat ke 56% pada November 2021.

"Kami yakin menjelang hujung tahun ini kadar penyewaan akan terus meningkat ke 67%,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Tropicana, Dion Tan. 

Dengan keluasan 42,243 kaki persegi, JONETZ by Don Don Donki merupakan cawangan kedua dan terbesar jenama ini di Malaysia selepas Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Dengan saiz yang lebih besar, kedai yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ke Jepun ini menawarkan pelbagai jenis produk Jepun berkualiti pada harga berpatutan. 

Selain itu, pengunjung juga dibawa mengembara ke beberapa bandar terpilih untuk menikmati makanan jalanan Jepun di deretan ‘Yatai’. Antaranya Takoyaki di Osaka, Ikayaki di Hokkaido, Oden di Ishikawa, Dorayaki di Kyoto dan Jagung Manis di Kagoshima.

Istimewa untuk yang beragama Islam, terdapat juga sudut atau bahagian yang didedikasikan untuk makanan yang diperakui halal bagi membolehkan anda membeli-belah tanpa ragu-ragu.

Jika mahu membeli produk di lain-lain bahagian, pastikan anda melihat label yang tertera di setiap pek. Ini kerana, jika mengandungi bahan-bahan tidak halal, ia turut dinyatakan. 

JONETZ by Don Don Donki dikendalikan oleh Pan Pacific Retail Management (PPRM) Malaysia, di mana ia merupakan rangkaian diskaun runcit Jepun terkemuka yang mempunyai lebih daripada 680 cawangan di seluruh dunia.

JONETZ bermaksud ‘ghairah’ dalam bahasa Jepun dan ia berkaitan dengan pemilihan produk yang  teliti untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan ketulenan produk berkualiti tinggi dan hanya terdapat di Jepun. 

“Don Don Donki ialah kedai barangan Jepun yang beroperasi di seluruh dunia, terutamanya di wilayah Asia-Pasifik. Sehingga kini, kami mempunyai lebih 680 kedai di seluruh Jepun dan Singapura, Hong Kong, Thailand, Taiwan, Malaysia serta Amerika Syarikat. Ini adalah cawangan kedua di Malaysia dan terbesar di rantau Asia-Pasifik.

“Diharap pelanggan di sini boleh menikmati kepakaran Jepun kami, daripada makanan ringan dan barangan runcit, pelbagai hidangan daging Wagyu halal sehinggalah ke makanan sedia untuk dimakan,” kongsi Presiden PPRM (Malaysia) Satoshi Machida pada hari pertama pembukaannya baru-baru ini.

Selain menikmati pengalaman beli-belah yang pelbagai, komuniti Tropicana Indah dan kawasan kejiranan berhampiran khususnya peminat filem juga boleh berhibur di pawagam GSC yang juga baru dibuka. Dengan 12 skrin terbaharu, GSC menjanjikan pengalaman menonton yang luar biasa. 

Pawagam ini mempunyai kapasiti 1,717 tempat duduk, dengan enam skrin istimewa yang setiap satunya menawarkan pengalaman tontonan berbeza.

Salah satu skrin yang mesti anda cuba ialah  Onyx Cinema LED dengan Dolby Atmos (1 skrin) yang menampilkan kualiti 4K, visual skrin LED, kualiti gambar julat dinamik tinggi (HDR) bebas herotan dan digabungkan dengan bunyi keliling atmosfera yang mengasyikkan Dolby Atmos. 

Onyx juga memberikan kemuncak kecerahan dengan skrin LED dengan kontras yang tidak terhingga untuk membuat filem muncul dengan warna hitam yang lebih dalam dan warna terang. Jika anda mempunyai anak-anak kecil, boleh cuba skrin PlayPlus Family (2 skrin) yang direka untuk seisi keluarga meluangkan masa. 

PlayPlus ialah auditorium mesra keluarga yang dilengkapi dengan kawasan permainan dalaman untuk kanak-kanak dan lounge untuk penjaga berehat. Bahkan, lampu di ruang atau dewan tayangan juga tidak dipadamkan ketika filem ditayangkan bagi memberi peluang kanak-kanak berseronok sambil menonton filem kegemaran mereka.

Tropicana Gardens Mall berkeluasan lebih kurang 1 juta kaki persegi ini menempatkan lebih 160 lot kedai, termasuklah Village Grocer, H&M, Taco Bell, Sports Direct, Adidas, Puma, BookXcess, Royce, Starbucks Reserved (terbesar) dan Thai Odyssey yang paling mewah di negara ini.

Layari www.tropicanagardensmall.com.my untuk mengetahui pembukaan terkini, promosi dan acara. - Getaran, 21 Disember 2021

Gambar: Tropicana Corporation Berhad & Rahayu Mat Nah

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi