Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pilihan Hadiah Untuk Krismas Dan Tahun Baharu

Buntu memilih hadiah untuk insan tersayang? Jangan risau kerana kali ini kami kongsikan beberapa idea menarik yang mungkin boleh anda pertimbangkan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 8:27AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

2021 bakal melabuhkan tirai kurang dari sebulan. Seperti biasa, Disember adalah bulan kita bertukar-tukar hadiah, sama ada untuk meraikan krismas atau menyambut kedatangan tahun baharu.

Biarpun mungkin tiada parti dianjurkan, kebiasaan membeli hadiah buat keluarga dan kenalan rapat tidak mungkin dilupakan.

Mencari hadiah yang sesuai boleh menjadi komitmen paling sukar untuk dilaksanakan bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi jika perlu menjadi ‘secret santa’ kepada seseorang yang tidak begitu dikenali.

Jika teman baik sekalipun, dilema pasti ada. Maklumlah, sudah setiap tahun belikan hadiah untuknya, apa lagi yang harus dibeli?

Jom semak senarai idea di bawah:

Koleksi istimewa BloomThis X Coach

Koleksi yang dilancarkan pada1 November lalu ini menyaksikan kedai bunga dalam talian ini bekerjasama dengan jenama antarabangsa, Coach untuk koleksi unik yang menampilkan wangian baharu iaitu Coach Dreams Sunset.

Koleksi eksklusif ini diinspirasikan daripada kisah dua rakan wanita yang mengembara secara ‘road trip’ yang akhirnya menemui jati diri masing-masing.

Terdapat empat koleksi yang boleh dijadikan pilihan iaitu Sunset Coral Anthurium Flower Box, Roadtrip Dusty Pink Gerbera Flower Box, Journey Coral Kenya Rose Flower Box dan Dream Lilac Rose Flower Box.

Semua jambangan ini menggambarkan kisah dan perjalanan tersendiri, di mana anda juga boleh mencipta kenangan indah bersama teman.

Koleksi ini didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai RM210. Setiap pembelian koleksi Coach Dreams Sunset x BloomThis akan mendapat Coach Dreams EDP Purse Spray 7.5 ml (bernilai RM130), Coach Dreams Sunset EDP Mini Spray 1.2 ml dan tag gantungan (bernilai RM80) dan kad mewarna Coach Dreams Sunset. 

Khidmat penghantaran dari BloomThis hanya tersedia di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut tentang koleksi istimewa ini, anda boleh lihat di sini.

Mesin kopi dan kopi dari Nespresso

Jika ada di antara keluarga dan teman rapat bergelar pencinta kopi, mesin kopi dan kopi edisi terhad daripada Nespresso ini harus direbut. Sempena perayaan kali ini Nespresso telah menyenaraikan mesin kopi kegemaran sepanjang masa untuk dijadikan hadiah bermakna.

Terdapat lima jenis mesin kopi yang boleh dijadikan pilihan iaitu Essenza Mini, Pixie, CitiZ&Milk, Lattissima One dan Lattissima Touch. Setiap satu berharga RM599 hingga RM1599 dan mempunyai fungsi berbeza.

Essenza Mini misalnya bersaiz  kompak tetapi tidak menjejaskan rasa kopi. Mesin kopi kecil ini boleh ditempatkan di ruang paling sederhana dan memastikan anda dapat menikmati detik kopi dengan gaya dan personaliti yang berani.  Sementara Lattissima Touch adalah untuk mereka yang gemar bereksperimen dengan secawan kopi. Mesin kopi yang satu ini dilengkapi dengan enam resipi butang satu sentuhan, menawarkan kemudahan luar biasa dan detik kopi yang mempesona.

Lattissima Touch
Lattissima Touch

Jika mesin kopi bajet, boleh dapatkan ‘Touch Travel Mug’ yang berharga RM84 atau dapatkan seleksi kopi pilihan perayaan yang menjanjikan pengembaraan merentasi hutan dengan kapsul kopi edisi terhad berharga RM133. Ada perisa Forrest Black, Forest Fruit Flavour dan Forest Almond Flavour. 

Untuk lebih tawaran dan maklumat lanjut layari laman web rasmi Nespresso.

Koleksi Oro Italia 916® daripada Habib

Golongan wanita pasti tersenyum puas jika anda menghadiahkan koleksi emas 916 daripada jenama barangan kemas ternama, Habib Jewel ini. Koleksi yang dinamakan sebagai Koleksi Emas Itali ketika mula diperkenalkan pada 2010 ini sudah melalui pelbagai peringkat revolusi sepanjang tempoh 11 tahun. 

Tahun ini memperlihatkan perubahan ketara dengan penghasilan rekaan seperti Amore dan Grafetta yang berbeza daripada rekaan sedia ada. Malahan rantai leher yang sewaktu awal diperkenalkan adalah bersaiz labuh, kini ditawarkan dalam pelbagai saiz dan berat mengikut citarasa pelanggan masa kini.

Jika dahulu Koleksi Oro Italia 916® menawarkan rekaan yang berat dan padu, namun rekaan terkini termasuk jenis sederhana dan ringan dengan julat harga berpatutan, menjadikan koleksi ini mampu milik oleh semua golongan. Malah, terdapat juga rekaan untuk bayi dan kanak-kanak serta pelbagai jenis rekaan baru seperti rantai kaki yang moden dan selesa untuk digayakan. 

Selain dari terkenal dengan hasil kerja tangan yang berkualiti tinggi dan kemas, rekaan Oro Italia 916® juga ada antaranya yang menggunakan kemasan yang berbeza seperti ‘high polish’ dan ‘diamond cut’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web mereka di sini

Vivo Y76 5G Baharu

Mungkin ada dalam kalangan orang tersayang atau teman yang memerlukan telefon pintar baharu. Mengapa tidak anda hadiahkan untuk melihat mereka tersenyum? Vivo Y76 5G yang dilancarkan baru-baru ini mungkin boleh dipertimbangkan.

Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan Skrin Incell FHD+ 6.58" yang mengagumkan, di samping reka bentuk ultra-ramping dan sistem tiga kamera AI 50MP berkuasa. Ia menjanjikan pengalaman mudah alih yang mengasyikkan dan tiada tandingan. 

Spesifikasi yang dimiliki Vivo Y76 5G ini menjadikannya peranti kelas pertengahan sempurna buat mereka yang banyak menggunakan kandungan hiburan dan bermain permainan mudah alih setiap hari.

Tidak dilupakan kehebatan kameranya. Dengan sistem tiga kamera AI 50MP serta sensor yang inovatif, vivo Y76 5G mampu menangkap perincian terkecil sekalipun, tidak kira persekitaran terang atau gelap. 

Sistem tiga kamera AI 50MP terdiri daripada tiga lensa - kamera utama 50MP, kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP membolehkan pengguna mentakrifkan semula seni fotografi.

Kamera Bokeh boleh mencipta kedalaman artistik dan kualiti dengan mudah, manakala kamera makro mampu mendedahkan dunia keajaiban kecil dengan fokus sedekat 4cm.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Vivo. - Getaran, 7 Disember 2021

Gambar: Pexel & brand masing-masing

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

4

Gaya 4 bulan yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi