web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Busana Puteri Disney Mempesona Rekaan 8 Pereka Fesyen Tempatan

Kolaborasi bersama lapan pereka fesyen tempatan untuk kutipan dana ‘Make-A-Wish’ kelolaan Puteri Selangor, Tengku Zatashah bersama Disney.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 8:34AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring menyambut sambutan The Ultimate Princess Celebration di Malaysia, Disney mengumumkan satu projek kerjasama khas bersama lapan pereka fesyen terkemuka tempatan untuk rekaan semula koleksi busana puteri-puteri Disney!

Berdasarkan inspirasi puteri kegemaran masing-masing, pereka fesyen itu terdiri daripada Alia Bastamam, Celest Thoi, Fiziwoo, Izrin Ismail, Khoon Hooi, Leslie Variyan, Melinda Looi dan Nurul Zulkifli.

Mengangkat sikap berani Mulan, perwatakan Cinderella yang baik hati dan perasaan ingin tahu Ariel, barisan pereka fesyen ini menggabungkan kisah abadi puteri-puteri tersebut dengan gaya unik mereka yang tersendiri. 

Menyulam unsur kebaikan di dalam lembar-lembar benang, dengan sokongan puteri yang sebenar, Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Penaung Diraja Yayasan Make-A-Wish Malaysia, koleksi ini dibuka untuk bidaan pada Disember 2021.

Tengku Zatashah bersama pereka-pereka fesyen yang mengambil bahagian untuk Make-A-Wish 
Tengku Zatashah bersama pereka-pereka fesyen yang mengambil bahagian untuk Make-A-Wish 

Secara globalnya, Disney sudah pun bekerjasama dengan yayasan ini sejak 40 tahun lalu, merealisasikan lebih 145,000 kanak-kanak dengan masalah kesihatan kronik di seluruh dunia. Hasil bidaan akan disumbangkan sepenuhnya kepada yayasan ini bagi membantu mereka.

The Ultimate Princess Celebration sangat dekat dengan hati saya kerana ia membawa nilai-nilai yang saya yakini seperti percaya diri dan tidak gentar dalam menghadapi kesulitan. Di atas segalanya, bersikap baik dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan.

“Ramai antara kita membesar dengan melihat puteri-puteri Disney ini. Kisah mereka memberi inspirasi kerana mereka menjadi diri sendiri. Ia mempengaruhi seluruh dunia, sesuatu yang saya cita-citakan untuk diri saya melalui Make-A-Wish Malaysia,” ucap Tengku Zatashah. 

Bagi mereka yang berminat untuk membida, layari Make-A-Wish Malaysia. - Getaran, 30 November 2021

Snow White rekaan Khoon Hooi
Snow White rekaan Khoon Hooi
Pocahantas rekaan Alia Bastamam
Pocahantas rekaan Alia Bastamam
Moana rekaan Izrin Ismail (Innai Red)
Moana rekaan Izrin Ismail (Innai Red)
Ariel rekaan Hadizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz (Fiziwoo)
Ariel rekaan Hadizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz (Fiziwoo)
 Jasmine rekaan Nurul Zulkifli (Mimpikita)
Jasmine rekaan Nurul Zulkifli (Mimpikita)
Mulan rekaan Melinda Looi
Mulan rekaan Melinda Looi
 Aurora rekaan Celest Thoi
Aurora rekaan Celest Thoi
Anna rekaan Leslie Variyan
Anna rekaan Leslie Variyan

Gambar: Disney Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

3

TARA 3 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

4

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Mahu Berkubur? Sayap UMNO, Sila Lakukan Penjenamaan Semula 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh