Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


3 Kedai 'Online' Untuk Hadiah Istimewa

Kirimkan hadiah sebagai pengganti diri kepada insan tersayang di musim pandemik ini dengan membuat tempahan di kedai dalam talian yang menyajikan pelbagai pilihan menarik dan menepati trend terkini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dihitung, sudah berapa banyak agaknya hari istimewa ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang tidak dapat diraikan seperti selalu? Maklumlah norma baharu tidak memungkinkan kita bebas ke sana-sini. Lebih-lebih lagi jika insan-insan yang dekat di hati ini tinggal berjauhan, berbeza daerah mahupun negeri. 

Tidak mengapa, kirimkanlah hadiah sebagai pengganti diri. Tak perlu susah payah keluar membeli-belah, boleh buat sahaja tempahan di dalam talian. Jenguk sahaja ke platform media sosial seperti Instagram, rambang mata dibuatnya. Biarpun kedai-kedai online ini baru ‘setahun jagung’, namun persembahan mereka mengumpan mata yang melihat. Bahkan, produk yang dijual juga premium, sesuai dengan trend terkini.

Berikut tiga kedai online mesti anda intai di Instagram jika mencari hadiah yang diidamkan.

Menjenguk ke akaun Instagram ini, anda pasti terpesona dengan deretan pilihan pelitup muka yang berwarna-warni. Sesuai digayakan oleh mereka yang mementingkan gaya dalam penampilan. Bahkan sangat sesuai dijadikan hadiah di musim pandemik ini. Ada pelitup muka berlipat, ada pelitup muka 3D, pengikat rambut, rantai kunci, pelbagai jenis beg dan juga aksesori pilihan untuk hiasan rumah. 

Anda boleh membeli produk secara berasingan, pilih beberapa pakej atau set pilihan yang tersedia, di mana anda boleh suai padan mengikut kegemaran. Malah, pemilik bisnes ini, Nor Elizabeth Britt Ruffin, 41, turut memberi peluang kepada pembeli untuk memilih fabrik yang diminati. Jangan bimbang tentang kualiti kerana jahitannya kemas, fabriknya nampak mahal dan paling penting rekaannya memikat hati, sesuai dengan harganya. 

Kedai online ini mempunyai lebih 35,000 pengikut di akaun Instagram. Membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada setiap Rabu serta Sabtu, Kedai Hadiah Viral menyediakan aneka pilihan hadiah premium sesuai untuk pelbagai acara, sama ada untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas. Segalanya tersedia dalam kotak menawan pada harga serendah RM99 hinggalah ke ratusan ringgit. 

Melihat pilihan yang ada, pasti ramai setuju kedai online ini tahu dan peka dengan cita rasa pelanggan.  Ramai mendambakan sesuatu yang istimewa untuk dijadikan hadiah buat insan tersayang. Setiap kotak akan disertakan dengan aksesori hiasan serta kad ucapan bagi meluahkan isi hati. Selain kotak hadiah, ada juga cenderahati yang boleh dibeli secara berasingan. Ada lilin wangi, beg duit, anak patung, kotak muzik, kosmetik dan banyak lagi.

Tempahan boleh dibuat terus di https://kedaihadiahviral.com/.

Sepanjang tempoh pandemik ini pasti ramai tidak dapat menziarahi ahli keluarga mahupun teman-teman yang menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup mereka. Tidak dapat bertandang tidak mengapa, tetapi kirimkanlah hadiah sebagai tanda ingatan. Boleh eratkan silaturrahim. Jom intai akaun Instagram yang didedikasikan untuk bayi-bayi comel di luar sana. 

Pertama kali melihat foto-foto yang dimuat naik di Instagram ini, hati telah terpesona. Otak mula ligat berfikir, siapa agaknya ahli keluarga atau rakan-rakan yang baharu atau bakal menimang cahaya mata? Penghantaran boleh dilakukan ke seluruh Malaysia dan percuma untuk semenanjung. Antara set yang boleh ditempah ialah LalaLamb Basket Set, Unicorn Set, Yellow Duckie Set, dan Lil Foxie Set.

Selain daripada tiga pilihan di atas, anda juga boleh ke @inkfinite.gift, @sparkle.thing, @letteredgraceco dan @arkadiusgift. Jarak bukanlah penghalang untuk menggembirakan seseorang. Selain itu tidak perlu tunggu hari istimewa untuk mengirim hadiah atau cenderahati. Sesekali apa salahnya buat kejutan untuk mengeratkan hubungan. - Getaran, 7 Setember 2021

Gambar: Instagram Nor Elizabeth Collection, Kedai Hadiah Viral dan Lala Lamb Baby Gift

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Cukai Jualan Ke Atas Barang Dijual Dalam Talian Mulai 1 Januari - Kastam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 14 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN