web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solekan Jalur Gemilang Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Solekan yang mengambil masa selama tiga jam ini merupakan terjemahan semangat patriotik serta rasa cinta jurusolek, Faridatul Aswani Ahmad Zidan, kepada negara.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 8:06AM

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang pemilik butik pengantin di Kota Bharu, Kelantan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menggunakan kemahiran solekan yang dimiliki untuk melukis Jalur Gemilang pada wajah modelnya.

Pemilik Qaseh Inspire Bridal (QIB) Faridatul Aswani Ahmad Zidan, 39, berkata, solekan tersebut merupakan terjemahan semangat patriotik serta rasa cintanya kepada negara.

Ibu kepada empat cahaya mata berusia lapan hingga 15 tahun itu berkata, dia sentiasa mencari kelainan pada solekan dan setelah berbincang dengan suaminya Mohd Harmizi Mahmood, 44, mereka kemudian bersetuju menyesuaikan kemahiran dengan sambutan Hari Kebangsaan.

 "Saya menggunakan pengalaman yang ada dan untuk menyiapkan solekan Jalur Gemilang pada wajah mengambil masa selama tiga jam menggunakan alat solekan khas 'Face Make Up' untuk memastikan solekan dihasilkan adalah yang terbaik.

"Solekan paling rumit adalah pada bahagian bintang yang mempunyai 14 bucu. Warna solekan juga membawa maksud tersendiri seperti garis merah pada bahagian kening menandakan keberanian dan kebebasan, garisan biru di kelopak mata mencerminkan keharmonian serta keamanan negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di butiknya di Jalan Guchil Bayam, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Faridatul Aswani, seorang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi Jabatan Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, sebelum pandemik COVID-19, beliau dan suami menghasilkan pakaian dengan tema Hari Kebangsaan.

“Sebelum pandemik setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, kami akan menghasilkan pakaian yang dijahit dan direka oleh suami.

"Pada masa itu, seawal 6 pagi butik ini akan dipenuhi dengan anak-anak sekolah datang mengenakan kostum yang ditempah. Kini kami mencari kelainan dengan membuat solekan Jalur Gemilang pada wajah dan tampilkan menerusi aplikasi Tik Tok dan Facebook," katanya. - Bernama

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus, Sivasangari Dipilih Bawa Jalur Gemilang di Sukan Asia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN