web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ada ‘sesuatu’ Belakang Kru,”- Zahiril Adzim

Bermula dengan kamera  rosak, cermin kereta pecah, entiti mistik kemudian muncul di hadapan kru.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 9:33AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bergelar pelakon genre seram kadangkala memberikan pengalaman yang tidak begitu menyenangkan. Apalagi jika ia bersangkutan dengan perkara mistik atau entiti yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Baru-baru ini pelakon Zahiril Adzim berkongsi pengalamannya yang beberapa kali berhadapan situasi menyeramkan di set penggambaran. 

Ketika melakukan penggambaran filem Ada Hantu di sebuah banglo, Zahiril diminta melakonkan sebuah babak lompat. Apabila pengarah memberi arahan untuk memulakan lakonan, ada ‘sesuatu’ yang menolak Zahiril dari belakang sehingga menyebabkannya terjatuh dan terseliuh kaki. 

Zahiril bagaimanapun tidak menceritakan perkara terbabit kepada sesiapa kerana enggan menambahkan kerisauan kru Ada Hantu yang masih mempunyai beberapa babak perlu dilunaskan pada waktu itu.

Beberapa minggu selepas penggambaran Ada Hantu, Zahiril menerima tawaran sebuah projek genre seram. Kebetulan pula, lokasi  penggambaran itu merupakan sebuah banglo tinggal  iaitu rumah yang sama ketika mereka menjalankan penggambaran Ada Hantu.

Dan, nampaknya gangguan yang dialami suami kepada Shera Ayob itu kali ini lebih teruk apabila berkali-kali kru mereka diganggu sepanjang penggambaran.

“Pada awalnya, ia  hanya kacau biasa-biasa sahaja. Bermula dengan mengganggu kamera sehingga rosak, kemudian cermin kereta pengarah kami pula pecah. Namun, kemuncaknya ialah pada hari terakhir penggambaran di mana dia betul-betul menunjukkan dirinya di hadapan saya dan kru.

“Waktu itu, pelakon kami memang disolekkan seperti hantu. Saya bangun dan ingin tukar baju. Entah kenapa saya ternampak entiti yang menyerupai  hantu berdiri di belakang kru kami hingga terpacul di lidah saya perkataan Allahuakbar,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media Ada Hantu.

Barisan pelakon Ada Hantu
Barisan pelakon Ada Hantu

Zahiril kemudian cuba mengawal keadaan dan menukar baju seperti biasa. Keluar dari bilik persalinan, kru tersebut mula memanggil Zahiril dan bertanya apa yang membuatkan Zahiril kelihatan begitu terkejut. Setelah berterus-terang, rupanya-rupanya kru yang lain juga melihat entiti serupa. 

“Bukan itu sahaja, salah seorang pelakon aksi lasak kami juga cedera  kerana ada sesuatu yang menolaknya dari belakang sewaktu melakukan aksi lompat,” tambahnya lagi.

Namun begitu, peristiwa seram tersebut tidak mematahkan semangat Zahiril untuk terus aktif dalam bidang lakonan termasuklah untuk filem atau drama bergenre seram.

“Niat saya hanyalah untuk cari rezeki dan hiburkan orang dengan lakonan saya. Tak mengapalah jika perkara sebegini jadi sekalipun,” ulasnya.

Dalam filem Ada Hantu, Zahiril memegang watak Alif yang sangat skeptikal terhadap perkara ghaib. Dia dan rakan-rakan bermalam di sebuah banglo yang dikatakan milik jeneral tentera Jepun yang telah membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam. 

Namun, sebaik sahaja malam menjadi semakin larut, satu demi satu peristiwa ngeri berlaku kepada rakan-rakannya membuatkan Alif percaya ada yang tidak kena di rumah berkenaan. 

Filem arahan sulung Hairul Azreen ini boleh disaksikan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 13 Ogos ini. - Getaran, 17 Ogos 2021

Gambar: Instagram @zahiriladzim

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN