web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malam Kini Meriah! Ini Senarai Drama Anda Boleh Layan Di TV3

Dari drama romantik, komedi sehinggalah seram semuanya bakal memeriahkan malam anda di TV3.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau anda memang suka menonton siri drama tempatan, nampaknya artikel ini memang ditulis untuk anda. Mana tidaknya, kami bakal menghimpunkan rancangan drama dari stesen TV3 yang tidak pernah lekang memberikan hiburan terbaik untuk penonton.

Bulan Ogos ini, nampaknya malam anda tidak sendu lagi apabila stesen TV3 mula menayangkan beberapa siri drama dengan pelbagai genre termasuklah romantik, komedi dan seram. Berikut ialah tiga drama yang anda wajib tonton sepanjang minggu ini.

 

‘Hello, Jangan Tapau Cintaku’

Bersiaran menerusi slot Lestary ialah drama ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku.’ Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota.  Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. 

Dikenali dengan panggilan ‘Minah Tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.

Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak-beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit  dalam masa dua bulan.

Maka Ain kemudian bertemu Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong. 

Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

Kalau nak tahu apa lagi yang jadi, ha kenalah tengok drama ini!

Drama yang dilakonkan oleh Elisya Sandha, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, dan Syerinie Myra ini ditayangkan Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

 

‘Sitik Tok’

Drama ‘Sitik Tok’ sangat dekat dengan golongan muda memandangkan aplikasi TikTok kian mendapat sambutan kebelakangan ini. Ia menceritakan seorang gadis bernama Siti yang bercita-cita menjadi TikToker tegar. Apa yang menarik, walaupun baru lima hari ditayangkan, drama ini telah berjaya memperoleh 3 juta tontonan.

‘Sitik Tok’ mengisahkan tentang Siti sering berkongsi video-video menarik di setiap pelosok kampung. Apa sahaja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan Siti dalam video TikTok. Keluarga tunang Siti tidak suka dengan ketaasuban Siti terhadap aplikasi itu dan mendesak pertunangan itu diputuskan. 

Siti tidak patah hati dengan kejadian itu sebaliknya nekad mencari peluang berhijrah ke Kuala Lumpur.  Siti memujuk ibunya supaya membenarkan dia ke Kuala Lumpur. Selepas puas merayu, ibunya memberikan keizinan tetapi dengan syarat Siti perlu tinggal dengan sepupunya, Jaja. 

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi tidak sedar Jaja tidak menyukai kehadirannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video serta menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu Maru pula gadis yang ceria dan mengusahakan perniagaan  food truck. 

Drama 16 episod arahan Joon Goh ini dibintangi Scha Elinnea, Niezam Zaidi, Nadia Aqilah, Nelissa Nizam, Zamaeraa, Kahoe dan Acong Sweetchild.

‘Sitik Tok' bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 hingga 10.30 malam di TV3.

 

‘Mata Ketiga’

Jangan berganjak dari tempat duduk anda kerana rancangan selepas itu juga tidak kurang hebatnya. 'Mata Ketiga' mengisahkan Faizul, pelajar universiti yang dikurniakan anugerah istimewa apabila boleh berkomunikasi dengan makhluk halus.

Pengembaraan bermula apabila Faizul dan empat rakan baiknya menyertai ekspedisi hutan yang diketuai Profesor Mazlan.

Faizul menasihati rakan-rakannya supaya mematuhi pantang larang ketika berada dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Sejak insiden itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiganya. 

Drama 10 episod berdurasi 30 minit ini terbitan Skop Productions dan diarahkan oleh C. Kumaresan. 'Mata Ketiga' membariskan ramai pelakon muda berbakat besar iaitu Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don.

Ia ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam. 

Jadi tunggu apa lagi, selamat menonton! - Getaran, 10 Ogos 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN