web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rindu Wayang? TV3 Sediakan 4 Filem 'Box Office' Untuk Anda

Filem terbaik antarabangsa bakal memeriahkan hujung minggu anda sepanjang Ogos ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 2:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Lamanya tak tengok filem di pawagam’

Mesti ramai terfikir perkara sama kan? Mana tidaknya, kalau dulu, jika waktu terluang mesti kita akan ke panggung wayang dengan kawan-kawan menonton filem terbaik tempatan mahupun antarabangsa. Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pawagam belum lagi diizinkan untuk beroperasi. 

Jangan sedih, ada berita baik buat anda apabila stesen TV3 membawakan empat filem pecah panggung terbaik dan berkualiti terus ke skrin televisyen anda. Filem yang ditayangkan ini bukan calang-calang, ia pernah  merangkul anugerah tempatan dan antarabangsa seperti People’s Choice Awards, Asian Film Awards, International Indian Film Academy (IIFA) dan Zee Cine Awards.

Cepat sediakan bertih jagung! Berikut ialah senarai filem  yang bakal memeriahkan hujung minggu anda.

 

Now You See Me 2 (8 Ogos 2021)

Filem ilusi hebat Now You See Me 2 ini mengisahkan sekumpulan ahli silap mata iaitu The Four Horsemen dan seorang ejen FBI cuba merungkai beberapa kes misteri. Mereka  berhadapan masalah sebaik sahaja tiba di Macau. Ejen FBI Dylan lakonan Mark Ruffalo ingin mencari jawapan punca kematian bapanya, Liona Shrike ketika membuat pertunjukan silap mata. Dia mengesyaki Thaddeus Bradley (Morgan Freeman) penyebab kepada kematian bapanya. Pada masa yang sama kumpulan ini cuba  menyelesaikan kes kecurian yang berlaku 30 tahun lalu dan melibatkan anak Arthur Tressler iaitu Walter Mabry (Daniel Radcliffe).  Adakah misi itu berjaya dan mampukah mereka mengatasi kelicikan Walter?

 

Bajirao Mastani (15 Ogos 2021)

Filem epik ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk barisan pelakonnya. Antaranya, Anugerah Filem Asia 2016, International Indian Film Academy 2016 (IIFA) dan Filmfare Award. Filem ini mengisahkan cinta tiga segi  perdana menteri dari empayar Maratha pada kurun 18 iaitu Bajirao (Ranveer Singh), isteri pertamanya Kashibai (Priyanka Chopra) dan isteri kedua Mastani (Deepika Padukone). Mastani yang jelita dan berjiwa cekal sentiasa menyertai peperangan yang dipimpin suaminya. Kelebihan yang dimiliki Mastani membuatkan Bajirao memberikan lebih perhatian kepadanya dan telah mengundang perasaan iri hati Kashibai.

 

The Foreigner (22 Ogos 2021)

Kejayaan Jackie Chan mempelbagaikan watak dalam filem-filem lakonannya sebelum ini membuktikan beliau bintang versatil. Kali ini Jackie Chan bekerjasama dengan pengarah terkenal Martin Campbell dalam menghasilkan The Foreigner. Kisah bermula apabila Quan Ngoc Minh (Jackie Chan) nekad menuntut bela kematian anak perempuannya Fan (Katie Leung), berusia 15 tahun yang terkorban dalam serangan bom pengganas di kota London. Quan merupakan bekas tentera Vietnam dan berbekalkan pengalaman, dia menjejaki pengganas dengan usaha sendiri apabila tidak mendapat kerjasama Timbalan Menteri Ireland, Liam Hennessy (Pierce Brosnan).  

 

Helios  (29 Ogos 2021)

Filem thriller jenayah ini menggabungkan bintang-bintang ternama dari Hong Kong, China, Taiwan dan Korea Selatan. Kisah bermula apabila pihak polis mencari penjenayah paling dikehendaki iaitu Helios (Chang Chen) dan pembantunya Messenger (Janice Man) kerana merampas peranti nuklear untuk dijual di pasaran gelap di Hong Kong. Ini telah menimbulkan krisis antarabangsa. Pasukan kecemasan ditubuhkan dan dianggotai pakar-pakar dari China, Hong Kong dan Korea Selatan. Mereka terdiri daripada Ketua Inspektor Eric Lee Yan-Ming (Nick Cheung) dari Unit Tindakan Keganasan, pegawai kanan Song An dari China (Wang Xueqi) serta dua pakar senjata Korea Selatan Choi Min-ho (Ji Jin-hee) dan Park Woo-Cheol (Choi Siwon). Kes ini turut dibantu Profesor Fizik Siu Chi-yan (Jacky Cheung) dari Universiti Hong Kong yang bertindak selaku  penasihat khas untuk operasi tersebut.

Kesemua filem pecah pangguh ini akan ditayangkan pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 8 Ogos ini. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat hias ruang tamu anda ala-ala pawagam dan tontonlah bersama keluarga tersayang. - Getaran, 4 Ogos 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN