web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lucu, Sedih, Cemas, 'Chomel' Si Hero!

Kisah hubungan kasih sayang manusia dan haiwan peliharaan membuatkan karya ini sarat dengan pelbagai emosi bahkan Chomel bukan sahaja pencetus konflik tetapi juga menjadi penyelamat hubungan keluarga yang retak.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Aug 2021 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan mudah menjadikan haiwan atau binatang peliharaan sebagai subjek utama dalam filem tetapi Chomel membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil!

Menariknya, kisah hubungan kasih sayang manusia dan kucing peliharaan telah membuatkan Chomel diwarnai dengan pelbagai emosi termasuk gembira, sedih, lucu serta cemas.

Siapa sangka, filem yang mengangkat kucing sebagai subjek utama ini berjaya mengetengahkan elemen kekeluargaan, persahabatan serta kasih sayang bukan sahaja antara manusia malah haiwan.

Filem arahan Jason Chong yang berdurasi 90 minit ini amat sesuai ditonton  semua peringkat umur terutama seisi keluarga.

Menerusi rebiu filem kali ini, penulis senaraikan lima perkara yang anda perlu tahu tentang Filem Chomel:

  • Kucing yang comel dan bijak

Penulis jamin, sesiapa sahaja termasuk bukan penggemar kucing pasti akan ‘cair’ melihat gelagat dan aksi haiwan peliharaan ini. Menariknya, Chomel bukan baka mahal tetapi ia hanya kucing jalanan yang buat penulis terhibur dengan aksi dan gelagatnya yang mencuit hati. 

Chomel boleh dikatakan kucing yang bijak kerana wajahnya seolah-olah mampu memberi pelbagai reaksi dalam setiap babak. Sebagai contoh, ketika tuannya, Mimi memberi arahan, dapat dilihat kamera merakam reaksi wajah Chomel seolah-olah faham dengan apa yang sedang dikatakan. Malah, Chomel pencetus segala konflik dan ia juga jadi penyelamat hingga menyatukan seluruh keluarga.

  • Bukan keluarga biasa

Ia memaparkan seorang bapa yang sempoi bernama Imran lakonan Zahiril Adzim berusaha menjaga dua anak perempuannya dengan sempurna selepas kehilangan isteri.  

Banyak unsur humor yang berlaku dalam keluarga ini kerana Imran bukan berjiwa serius malah dia cuba menjadi kawan kepada anak-anaknya. Sebagai contoh, ketika anak pertamanya datang bulan, Imran cuba menenangkan anaknya dan menawarkan diri untuk membeli tuala wanita. Bagaimanapun, dia panik dan anaknya menolak untuk bercerita lanjut dengannya. Babak itu dilihat sangat lucu walaupun situasinyanya janggal. 

  • Watak cilik hebat

Chomel mengisahkan seorang anak kecil bernama Mimi yang kesunyian dan dahagakan kasih sayang serta perhatian daripada keluarga dan rakan-rakannya. Pelakon cilik Airiezara Jasmin berjaya menghidupkan watak Mimi dengan cemerlang. Lakonannya profesional malah dapat menzahirkan segala emosi termasuk sedih dan gembira dengan baik. 

Malah, Mimi juga berbakat mengendalikan Chomel yang dilihat sangat manja dan begitu mesra dengannya. Bukan Airiezara sahaja,  pelakon kanak-kanak lain juga hebat begitu juga watak kakak Mimi yang dijayakan Yuyun Hikmah. 

  • Cameo Beri Impak

Selain membariskan pelakon terkenal Zahiril Adzim, Azizah Mahzan, Nadia Aqila dan pelakon muda, Aniq Suhair, filem ini juga menampilkan ramai pelakon cameo yang hebat. 

Mereka terdiri daripada Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim dan Gavin Yap. Dengar sahaja nama mereka pasti anda boleh membayangkan betapa lucunya aksi mereka. Penulis akui bila keluar sahaja wajah Douglas Lim yang membawakan watak lelaki lembut, babak itu sangat lucu dan ketawa terbahak-bahak.  

Ternyata kemunculan Douglas tidak sia-sia apatah lagi namanya kini jadi bualan ramai berikutan deretan video lucunya di media sosial dan YouTube. Selain itu, babak dalam mahkamah lakonan Adibah Noor, Aziz M.Osman serta Gavin Yap juga tidak kurang hebatnya.

 Lakonan mereka benar-benar memberi impak dan unsur humor yang membuatkan penonton tak kuring gusi meskipun babak itu dilakukan di dalam mahkamah ketika sesi perbicaraan.

  • Cerita kanak-kanak yang menghiburkan

Secara keseluruhan, Chomel sebuah karya ringan bergenre drama dan komedi yang sesuai ditonton golongan muda berusia 13 tahun ke bawah.  

Kanak-kanak akan lebih terhibur kerana elemen persahabatan di sekolah serta kisah cinta monyet menjadikan karya ini dekat dengan diri mereka. Bagi ibu bapa pula, mungkin ia agak membosankan dan hanya boleh ditonton ketika bersama anak-anak. Mungkin apa yang boleh dikaitkan dengan golongan dewasa hanyalah mengenai bagaimana Imran sebagai bapa menguruskan anak-anaknya tanpa isteri. 

Filem arahan Jason Chong ini telah pun menemui penonton menerusi Astro First sejak 24 Jun lalu dan masih ditayangkan.  

Kisah Chomel bermula apabila Mimi berasa sunyi selepas pemergian ibunya dan keadaan semakin buruk apabila keluarnya berpecah-belah. 

Bagi menghilangkan kesunyian, Mimi nekad menyertai Diva Girlz namun gagal. Keadaan bagaimanapun mula berubah apabila Mimi bertemu Chomel. Dia berasakan sudah ada jalan untuk berkawan dengan geng Diva Girlz. 

Sementara itu Imran sering didesak ibu mentuanya supaya menyerahkan Mimi dan Nora. Keadaan itu membuatkan keluarga Mimi kacau bilau namun kehadiran Chomel seakan memberi harapan kepada Mimi untuk berjuang memperbaiki hubungan bapa dan neneknya. - Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN