web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tolonglah Dengar Suara Kami!” Kru Produksi Minta Jumpa CEO FINAS

Setahun lebih PKP dilaksanakan, kehidupan kru produksi semakin terhimpit. Sesuatu harus dilakukan agar mereka dapat bekerja semula dan meneruskan kelangsungan hidup.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 4:38PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah hampir dua tahun dunia terpaksa bergelut dengan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh umat sejagat tanpa belas kasihan, namun hingga saat ini virus yang dikatakan tercetus hasil buatan manusia ini masih belum mampu dihapuskan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita. 

Akibatnya ekonomi dunia terus jadi lumpuh, banyak sektor yang tidak mampu menjalankan operasi sehingga banyak syarikat terpaksa ditutup dan ada mengecilkan skala operasinya sehingga menyebabkan ramai yang kehilangan kerja serta punca pendapatan. 

Keadaan ini menyebabkan kehidupan ramai orang semakin terhimpit sehingga ada yang tidak mampu mengakalkan lagi kelangsungan hidup, menjadi tertekan, buntu dan putus harapan.

Keperihan ini amat dirasai dalam kalangan kru penggambaran drama dan filem apabila sepanjang hampir dua tahun ini mereka tidak dapat bekerja. Kebanyakannya hanya mengharapkan gaji hari daripada projek-projek drama dan filem yang dijayakan mereka. 

Pengurus Produksi Zaidi Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Botak PM berkata, keadaan kru penerbitan drama dan filem ketika ini sangat kritikal dan ibarat menunggu bom masa yang bila-bila waktu sahaja akan meletus. 

“Ramai kru yang sudah tidak mampu bertahan lagi untuk meneruskan kehidupan. Ada yang tidak mampu beli lampin dan susu anak. Ada juga yang telah dihalau keluar dari rumah kerana tak boleh membayar sewa rumah. 

“Itu belum masuk dengan bil dan loan kereta. Banyak kos overhead yang perlu kami fikirkan untuk memastikan kami dapat makan dan hidup tenang dengan anak bini.

“Memang FINAS ada memberi bantuan. Tapi, bantuan itu dari sudut makanan. Akan tetapi buat masa ini kita sudah ada banyak food bank di merata tempat dan bukan bantuan makanan yang diperlukan sangat. Yang diperlukan sangat-sangat adalah kewangan,” katanya. 

Menyentuh tentang bantuan makanan yang diagihkan FINAS, ia juga tidak diagihkan kepada semua kru produksi. 

Pengurus Produksi Zaidi Mat Zin (Botak PM)
Pengurus Produksi Zaidi Mat Zin (Botak PM)

“Ada kru produksi yang terpaksa datang jauh ke KL semata-mata untuk mengambil bantuan makanan tersebut, sampai habis duit minyak. 

“Ada yang tidak dapat datang kerana mereka tak punya duit minyak untuk datang. Ada juga yang sudah datang ambil tapi bila dalam perjalanan rumah, gas pula habis. 

“Macam-macam permasalahan yang berlaku sebenarnya dalam kalangan kru produksi. Saya sendiri sentiasa mendapat panggilan daripada budak-budak kru. Macam-macam mereka mengadu. Ada yang kena COVID-19 tapi tak dapat pergi hospital sebab tidak ada duit langsung. 

“Apa yang saya boleh bantu saya bantu. Tapi, saya juga tidak dapat membantu banyak mana. Sebab, saya sendiri pun berhadapan dengan situasi yang sama dengan mereka,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Zaidi lagi, pada saat-saat yang kritikal ini, apa yang diperlukan oleh kru produksi adalah kerja. 

“Memandangkan sudah setahun lebih shooting tidak ada, kalau ada pun sekejap sahaja waktu tempoh penggambaran dibenarkan sedikit hari dulu, kebanyakan kru produksi memang tidak punya income langsung. Jadi, bagaimana mereka mahu survive

“Dan, kru produksi pula memang dibayar dengan gaji hari. Kalau ada kerja adalah pendapatan. Bila tidak ada kerja memang pendapatan pun sifarlah. 

“Waktu kerajaan mengumumkan bahawa SOP untuk produksi meneruskan penggambaran hendak dilaksanakan selepas raya, ramai yang menarik nafas lega kerana berpendapat mereka sudah mampu bekerja semula. 

“Tapi, masalahnya SOP tersebut mempunyai banyak kekangan untuk produksi melakukan penggambaran. Serupa seperti tidak memberi kebenaran untuk shooting. Jadi bagaimana produksi hendak bergerak dan kru hendak bekerja?” soalnya lagi. 

Justeru itu, Zaidi berharap, pihak FINAS menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, iaitu Dr. Ahmad Idham akan dapat meneliti perkara ini dan memikirkan jalan yang terbaik agar nasib kru produksi ini terbela serta mencari solusi paling efektif agar kru produksi dapat bekerja semula. 

“Pada masa ini, ada lebih kurang 3,000 kru produksi yang berdaftar di bawah PROFIMA (Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia). Yang tidak berdaftar, saya tidak tahu. 

“Tapi, kebanyakan yang mendaftar ini, mereka pun sudah tidak boleh membayar wang keahlian kepada PROFIMA dan saya juga tidak tahu bagaimana PROFIMA mampu bertahan. 

“Dalam keadaan waktu yang terdesak ini, saya harap semua pihak akan dapat bersatu. Saya sendiri banyak nasihatkan anak-anak buah saya (pekerja kru) supaya jangan cepat emosi dan jangan jadi keyboard warrior di media sosial. 

“Hanya dengan penyatuan kita boleh selesaikan sesuatu perkara dan saya amat berharap Dr. Ahmad Idham sendiri dapat mengadakan pertemuan dengan kami dan cubalah dengar keluhan dan nasib kami ini. Tolonglah dengar suara kami ini. 

“Kami sedia untuk berjumpa mengikut kawalan SOP.

“Kami juga berharap agar shooting mengikut kawalan SOP yang sebelum ini dapat dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak sudah melalui fasa kedua atau fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara,” katanya yang sudah 25 tahun menjadi pengurus produksi drama dan filem. - Getaran, 2 Julai 2021

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN