web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Prima Sediakan Vaksin Kru Penggambaran Drama Yang Tertunda Di TV3 Dan TV9

Bagi memastikan penggambaran drama tertunda dapat diteruskan pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, Rangkaian Televisyen Media Prima mengambil inisiatif menyediakan program suntikan vaksin kepada kru penerbitan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 5:23PM

Gambar hiasan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keputusan kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti penggambaran di luar studio dilakukan semula telah disambut baik kebanyakan syarikat produksi drama mahu pun badan penyiaran sendiri termasuk Media Prima Berhad (MPB). Beberapa produksi drama TV3 dan TV9 terpaksa ditunda penggambarannya buat sementara waktu akibat pelaksanaan PKP dan PKPD. 

Kebenaran untuk menyambung penggambaran ini bagaimanapun hanya boleh dicapai dengan syarat pihak produksi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dikawal selia dengan ketat oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya menyambut baik keputusan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini kerana memahami dan prihatin dengan situasi mereka dan pihak penerbitan.  

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh

“Untuk merealisasikan perkara ini, Rangkaian Televisyen Media Prima turut mengambil inisiatif menyediakan program suntikan vaksin kepada kru penerbitan yang terlibat dengan penggambaran drama yang tertunda di TV3 dan TV9.

“Sebetulnya, kami memang sedang melaksanakan program vaksinasi COVID-19 melalui Program Vaksin Selangor (SelVax) untuk kakitangan, kontraktor dan vendor MPB sejak awal Julai 2021. 

“Malahan sebelum itu, MPB turut memperjuangkan hak untuk pengamal media diiktiraf sebagai barisan hadapan dan mendapat vaksin pada awal Jun. 

“Inisiatif ini kemudiannya dipanjangkan kepada kru produksi yang terlibat dalam pembikinan drama di TV3 dan TV9 yang tertunda. Kemudiannya dimaklumkan bahawa hanya mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin akan dapat meneruskan penggambaran yang tertunda,” katanya. 

Ditanya sama ada MPB akan turut sama menanggung kos vaksin di kalangan kru penerbitan drama dan tidak meletakkan beban ini kepada penerbit syarikat produksi semata-mata, Khairul Anwar berkata, perkara itu tertakluk kepada syarikat produksi terbabit. 

“Ia terpulang kepada syarikat produksi berkenaan sama ada mereka mahu menanggung kos vaksin tersebut atau tidak. 

“Namun keutamaan kami adalah memastikan semua kru penggambaran mendapat suntikan dua dos vaksin bagi selesaikan penggambaran yang tertunda dengan cara paling selamat dan juga membantu negara untuk mencapai imunisasi kelompok (herd immunity),” katanya lagi. 

Bagi memastikan keselamatan kesemua kru produksi ini dapat diselaraskan dengan sempurna, Khairul Anwar berkata lagi, setiap penggambaran drama akan dikawal selia FINAS dengan mematuhi SOP ketat yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Paling penting setiap tenaga produksi terlibat perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, menjalani saringan kesihatan sebelum, semasa dan selepas tamat penggambaran.

“Ini penting untuk kita di Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) dan mampu mengurangkan kadar jangkitan COVID-19,” tambah beliau lagi.

Program Pemberian Vaksin (PPV) dengan Program Vaksin Selangor (SelVax) kepada kru produksi TV9 dan TV9 ini berlangsung di Tropicana Gardens Mall sehingga hujung bulan Julai ini. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN