web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Dialog Filem Malaysia Pilihan Warga TikTokers!

Dialog filem-filem tempatan ini kembali popular selepas diparodikan warga Tik Tok dengan kreativiti masing-masing!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 4:24PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenyataan yang perlu kita terima adalah generasi hari ini adalah generasi Tik Tok. Daripada sebuah platform yang dianggap picisan kerana kandungannya sering dipertikaikan, kini Tik Tok berubah menjadi salah satu medium penting permulaan sesebuah trend yang menjadi ikutan seluruh dunia.

Kata lainnya, jika anda viral di Tik Tok, anda adalah selebriti. Anda adalah pemula trend.

Bukan itu sahaja, Tik Tok sudah mempunyai variasi kandungan daripada sukan, masakan, hobi, trend lagu terkini, tip bersihkan rumah, tip bercinta, tip kerja sekolah, gajet dan macam-macam lagi. Anda hanya tinggal pilih sahaja.

Kandungan yang dipersembahkan pula tidak meleret-leret. Ia menarik, cepat dan paling penting tidak membosankan. Sebab itulah sekali anda buka aplikasi itu, anda terus kecanduan. 

Sebenarnya, beberapa petikan dialog filem tempatan kita juga pernah menjadi trend di Tik Tok. Dialog filem-filem ini kembali diparodikan oleh pengguna laman sosial ini dengan kreativiti masing-masing. Ia sangat segar dan menarik untuk ditonton. Berikut adalah antara cuplikan dialog filem Malaysia yang menjadi pilihan TikTokers!

 

 

Adnan Sempit 2

Walaupun filem Adnan Sempit 2 sudah menemui penonton pada tahun 2012, namun siapa sangka babak Adnan (Shaheizy Sam) bercakap dengan Nadia (Intan Ladyana) di tangga dengan dialog ‘banana already fruit two times’ begitu kuat melekat di ingatan penonton.

Adnan menterjemah secara literal peribahasa ‘pisang berbuah dua kali’ kedengaran sangat lucu sehingga kini. Ramai juga yang membuat parodi babak tersebut.

 

 

Pisau Cukur

Filem komedi arahan Bernard Chauly ini memang menjadi perhatian pada tahun 2009. Namun, apabila filem ini menembusi Netflix tahun ini, ia kembali menjadi perbualan para netizen. Antara babak yang selalu menjadi pilihan warga Tik Tok adalah dua dialog ini. Apa pun, cantik betul Fazura dalam filem ini!

 

 

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Pada tahun yang sama Pisau Cukur menemui penonton, filem aksi Bohsia juga hadir memeriahkan panggung dengan klasifikasi umur 18 tahun ke atas. Mana tidaknya, ia banyak memaparkan budaya rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah. Antara babak yang menjadi pilihan warga TikTokers ialah dialog Nabila Huda ini. 

 

 

Gol and Gincu

Merupakan antara filem Malaysia pecah panggung pada tahun 2005. Barisan pelakon juga hebat-hebat belaka seperti Sazzy Falak, Fazura, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre.  Sudah semestinya dialog parodi pilihan warganet diambil daripada babak lakonan Fazura ini.

Demikian antara beberapa filem yang menjadi perhatian warga Tik Tok. Sebenarnya trend seperti ini bagus sebagai mempromosikan kembali filem-filem kita di masa depan.

Tak sabar menantikan banyak lagi babak filem diparodikan seperti Puteri Gunung Ledang, J Retribusi, KIL dan lain-lain. - Getaran, 30 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hari Belia Lonjak Semangat Anak Muda Malaysia - Anwar

2

Politik 3 tahun yang lalu

Agus Minta Anak Muda Nilai PAS, ‘Saya Dimaki Berjemaah Penyokongnya Hanya Kerana’…

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Gara-Gara Memakai Baju Perikatan Nasional, Netizen Tanya Aeril Zafrel Dibayar Berapa Ribu?

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN